Bukit Merah mungkin akan diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan situasi paras air di empangan Bukit Merah, Perak kini berada pada tahap kritikal. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan pengisytiharaan itu, jika air di empangan berkenaan terus kekal kritikal dalam tempoh sehingga hari ini. Jelas Zambry, kesan daripada pemendapan tanah di tasik tertua negara itu merupakan antara faktor yang menyebabkan keadaan paras airnya kritikal. Setakat ini, menurutnya lagi, keadaan paras air di empangan berkenaan mencatatkan sedikit peningkatan sejak malam semalam akibat taburan hujan di beberapa kawasan berdekatan.
Namun, katanya, kerajaan negeri tetap akan meneruskan pemantuan secara teliti kerana keadaan paras air di tasik itu boleh memberi kesan buruk kepada pesawah-pesawah di sekitar 5,000 hektar kawasan berkenaan.- CARI Infonet sumber berita: http://www.astroawani.com/
|
26
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
20
Sedih |
23
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT