CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Minta Hutang Demi Anak Sakit Tenat, Ibu Diselar "Babi Tak Faham Bahasa"! ... ...

27-4-2016 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15081| Komen: 65


Oleh : TS LOO


Kita semua pasti pernah mempunyai pengalaman memberi hutang kepada kawan-kawan yang memerlukan, tak kiralah dalam apa bentuk sekali pun. 



Namun demikian, agak sedih kerana terdapat segelintir manusia yang dibantu itu bukan sahaja menganggap bantuan yang diberikan itu adalah sesuatu yang wajar, malah ketika pemiutang meminta hutang, penghutang berkenaan pula bersikap kurang ajar dengan memaki hamun dan berbahasa kasar ke atas pemiutang. 


Baru-baru ini, terdapat seorang wanita Melayu, bernama Izzatul Azifah berkongsi pengalamannya yang cukup menyedihkan. Anaknya mengalami sakit teruk sehingga dia terpaksa meminta hutang daripada kawannya, tanpa disangka-sangka kawannya pula memarahinya dengan berkata : "Anak kau sakit jangan babitkan aku, Jangan nak jadi babi sangat tak faham bahasa!" 


Difahamkan,  anak perempuan Izzatul iaitu Ainun telah masuk wad akibat dijangkiti virus, dan pernah tidak sedarkan diri selama 14 hari, keadaannya sangat membimbangkan.



Biarpun, anak perempuannya sudah sedar, tapi disebabkan banyak bahagian dalam badannya mengalami jangkitan virus, jadi setiap bulan masih memerlukan kos rawatan kira-kira RM3,500. 


sumber foto: Facebook Peribadi Aimiekho Ainun Aimiekho Ainun



Disebabkan itu, Izzatul turut meminta balik sejumlah hutang daripada kawannya. Melalui keratan perbualan yang dimuatnaikkan itu, dia menyatakan pendiriannya bahawa bertapa terdesak dirinya memerlukan duit, tetapi pihak yang berhutang itu hanya setakat membaca mesej tersebut tanpa membalas. 


Sebaliknya Izzatul pula bertindak memohon maaf dan mengatakan bukan berniat untuk mengganggu kawan berkenaan, cuma dia berharap kawannya dapat memulangkan duitnya setelah mengetahui anaknya sedang sakit tenat.


" Kini saya amat perlukan duit, jika anda tiada duit, sila pulangkan sebahagian duit itu kepada saya, tiada duit sila terus-terang beritahu, jangan macam ini (tidak balas), minta tolong... ketika anda berada dalam keadaan susah, saya beri bantuan pada awak, sekarang saya bermasalah, harap awak memahami keadaan saya sekarang.... anak saya sakit tenat....perlukan banyak duit... sila balas mesej saya...."


Yang sedihnya, kawan berkenaan bukan sahaja enggan pulangkan duit, malah menyelar Izzatul dengan bahasa yang kasar.


sumber foto: Facebook Peribadi Aimiekho Ainun Aimiekho Ainun


" aku sekarang tidak ada duit, aku harap kau faham, jangan call atau whatsapp aku lagi! Anak kau sakit jangan babitkan aku, aku ada duit aku ganti balik duit kau, jangan nak jadi babi sangat tak faham bahasa!"


Perkongsian status Izzatul banyak dikongsikan oleh netizen dan kebanyakan mengatakan pernah mempunyai pengalaman sama seperti Izzatul. 


Selain bersimpati, rata-rata netizen mencadangkan agar Izzatul membuat laporan polis berhubung isu tersebut.


Tidak kiralah apa yang dipinjam samada wang ataupun barangan, setelah meminjam kenalah pulangkan tanpa diminta. Itu barulah seorang manusia yang menepati janji. - CARI Infonet
32

Bagus
31

Marah
27

Terkejut
32

Sedih
18

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzarai 27-4-2016 10:57 AM
berapa banyak dia hutang?
Quote sabar_sabariah 27-4-2016 11:07 AM
aiyooo!!! siannye..
macam bapak aku
ramai orang hutang dia tp tak bayar
bapak aku tukang rumah
ramai jugak owner rumah yg amik kesempatan
bila adik2 aku nak masuk sekolah, banyak pakai duit
bapak aku pun pergilah jumpa dorang
tagih hutang
tapi ada yg nangis2 cakap takde duit
ada yg nampak je van bapak aku terus lari lintang pukang masuk rumah
pastu suruh anak cakap dia takde kat umah
pprt sgt perangainya..
Quote blackwidowbae 27-4-2016 11:07 AM
Jiwa kacau lerr tuu memusim elnino nii
Quote JENABREJAM89 27-4-2016 11:09 AM
ko yang vavi .... dah hutang xreti bayar ....
Quote Abangwahab 27-4-2016 11:12 AM
apa la punya kawan, cakap elok2 x boleh ke?
Quote MariaClara 27-4-2016 11:17 AM
x senonoh punye kwn...
Quote prettyuglybabe 27-4-2016 11:22 AM
orang yang tak reti bayar hutang ni memang hina dari babi..
aku doakan semoga mereka, dan ahli keluarga mereka mati dalam keadaan hina dan bertukar jadi babi...
Quote Artemesiaa 27-4-2016 11:24 AM
Melepaskan anjing tersepit namanya bila terdesak pandai nak mintak tolong bila nak bayar liat banyak je alasannya. Tak reti menghargai pertolongan yang kawan berikan.  Zaman sekarang ni ramai je jenis yang macam ni kawan makan kawan tahu nak lepas sesak dia je.  Harap yang menganiaya ni kena timpa bala lebih besar lepas2 tu.
Quote ainie_1008 27-4-2016 11:29 AM
prettyuglybabe replied at 27-4-2016 11:22 AM
orang yang tak reti bayar hutang ni memang hina dari babi..
aku doakan semoga mereka, dan ahli kelu ...

marah nmpk.. tp aku sokong..
Quote ainie_1008 27-4-2016 11:32 AM
nie kisah mak aku. peminjam tue klu bercerita bab agama no 1. tp dia sndiri hutang ngan mak aku wat bodoh je. dah berthn kot. bila tnya memanjang je tak de duit. bukannya mak aku mintak bayar sekaligus, bayar sikit2 pon jd lah.
Quote chinta89 27-4-2016 11:44 AM
memang ramai jenis parasit mcm ni.

dh la ko utang org.. ko lak salahkan org yg mtx utang. dasar muke layak letak kat taik lembu je org mcm ni.
Quote Skuau 27-4-2016 11:51 AM
Pernh gk kena...kita minta duit kita balik pon....bkn minta duit drng...kita pula dimaki....skrng ni aku dh x pernh bg orng pinjam lg...$$$$ yg kita bg, @#**@* pula yg kita dpt balik...x sanggup lg aku....
Quote missinpiece 27-4-2016 12:08 PM
Mmg vavi sgt perangai..mcm kita ni mintak sedekah pulak dgn die. Masa nak pinjam janji bulan bintang bagai :
Quote cmf_conan 27-4-2016 12:12 PM
sebab tu la bila berhutang, kena buat agreement waima dgn adik beradik sendiri pon.
apa2 hal, boleh amik tindakan undang2..
takdek la merana sendiri di kemudian hari..
Quote Super-M 27-4-2016 12:14 PM
Campak je kepala babi depan umah dia,
Suruh pikir mana dosa,pegang babi dosa atau
Xbayar hutang Org lebih dosa.
Quote Pelindung 27-4-2016 12:17 PM
tak faham aku org melayu ni.... vavi lah.. khinzir lah.. nak bagi konon nampak kiut sikit.  dah babi cakap je lah babi! si hutang tu memang babi! nyusahkan org. kecit2 taknak mampuh. kesian kawan yg bagi pinjam tu.
Quote AisyDani13 27-4-2016 12:29 PM
People Nowdays..
Yang berhutang tak reti nak bayar,
kita yg bagi pinjam ni yg jadi pengemis hutang
Quote crazecousa 27-4-2016 12:32 PM
kadang2 aku x faham sikap manusia ni... dh pinjam pastu xreti nk byar boleh plak tergamak nak maki atau caci org yg bg hutang... bodo btoi
Quote aqissa 27-4-2016 01:08 PM
Yg kes aku pulak...kwn pinjam duit...merayu sampai naik lemas. Demand plak tu...cissss...
Bila aku ibgatkan hutang aku...boleh pulak dia kata sblm mati dia bayar....
Mmg aku gelak gile.... aku tanya dia... "eh tuhan ada roger ko ke bila ko nak mati" tu tahap aku dah geram sgt....
Sampai skrg...harammmmmmmm :::

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058032 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top