CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini Tanggungjawab Suami Bila Dapat Gaji, Tapi Berapa Ramai Yang Buat?

27-4-2016 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15727| Komen: 57

Oleh : Dean BZ

Seorang lelaki perlu tahu tanggungjawab yang wajib dilakukan apabila bergelar seorang suami. Salah satu tanggungjawab utama seorang suami yang juga merupakan ketua keluarga terhadap isteri atau isteri-isterinya adalah memberi nafkah zahir dan batin secukupnya kerana isteri itu adalah amanah Allah S.W.T untuk dijaga.

Selain memberi nafkah zahir dan batin secukupnya kepada isteri mengikut kemampuan, suami juga perlu menyediakan keperluan asas kepada si isteri seperti makanan yang mencukupi, pakaian dan tempat tinggal. Tidak lupa juga suami perlu memberi didikan agama secukupnya kepada anak dan isteri untuk bekalan di dunia dan akhirat kelak.

Tapi mungkin ada yang lupa tentang satu benda ini, atau kadang buat kadang tak iaitu memberi duit perbelanjaan kepada kedua ibu bapa. Perlu anda tahu, tanggungjawab sebagai anak lelaki terhadap kedua ibubapa nya tidak akan pernah putus sekali pun sudah berkahwin.

Tertarik dengan perkongsian gambar ini, mungkin anda boleh bahagikan duit gaji anda siap-siap untuk "perkara wajib" apabila sudah mendapat gaji.

Dengan cara ini duit anda akan lebih terturus dan perkara wajib yang perlu anda dahulukan dapat diselesaikan setiap bulan. Baki selebihnya anda boleh gunakan untuk perbelanjaan barang dapur, minyak kereta, tol, dan selesaikan macam-macam lagi komitmen yang anda ada.

Apapun, uruslah perbelanjaan bulanan anda ikut kemampuan. Yang penting, anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang suami dengan sebaik mungkin. Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsi artikel ini dengan rakan-rakan. - CARI Infonet.

Sumber - KisahRumahTangga

*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

13

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
27

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 27-4-2016 03:17 PM
Kebanyakkan jejantan sekarang kedekuttt, lepas kahwin kedekut haji bakhil dengan anak isterii~~

ayat standard makcik;

rezeki duit yang Allah bagi selepas kahwin tu untuk anak isteri lerr bongok!! Ko kedekut dengan famili ko, ko tunggu Allah tarik balik kesenangan yang Allah bagi tu, tak tarik kalu, mati la ko dalam kesesatan, haaaa gituuh~~~ kikiki
Quote zameyla 27-4-2016 03:17 PM
Seorang suami dia kena sediakan nafkah untuk dirinya sendiri dulu, diikuti dgn isteri lepas tu baru ibu.
Quote dondangdendang 27-4-2016 03:42 PM
tp kenapa ni tbalik ngn aku.... keta, rmh, anak, ibu semua aku....laki bg duit belanja nafkah ngn belanja dapur je kat aku.

tp xpa lah, tu pun aku bsyukur. kdg2 duit rumah kluar separuh2...
Quote krustykrab 27-4-2016 03:42 PM
hahahha...komen korg buat aku gelak dikala stress
Quote susukambingbest 27-4-2016 03:47 PM
Satu lg kna tmbah, tabung/simpanan.. Jgn tnjuk kt mil duit kt bni lg bnyk, klu jnis cmburu ngn dil, abis la skturunan dia makinya
Quote mokcikKSKB 27-4-2016 04:20 PM
Baguslah bagi kat mak ngan bini..mana duit rokok dia
Kat fesbuduk..ada yg kata kesian laki xde nafkah utk sendiri.
Ape yg korang nk sebenarnya wahai perempuan( walau aku pon pompuan jugak)...bg duit salah tak dapat duit nafkah seribu kli lagi slh....haha..pening aku ngan puak2 perempuan di fesbuduk ni.
Quote tintabiru73 27-4-2016 04:24 PM
dondangdendang replied at 27-4-2016 03:42 PM
tp kenapa ni tbalik ngn aku.... keta, rmh, anak, ibu semua aku....laki bg duit belanja nafkah ngn be ...

Suami WAJIB beri nafkah KEWANGAN kepada isteri walaupun isteri bekerja dan ada gaji sendiri. Kalau isteri reda, pahala besar untuk isteri tapi jangan mengungkit-ungkit.
Quote cocorex 27-4-2016 04:25 PM
Hubby aku slalu jer buat mcm tu..xder plak hubby aku nk viral kt dlm fb
Quote CrowneGlory 27-4-2016 04:39 PM
jenis2 somi yg makin pupus di muka bumi...selalunya bahagian enjoy mesti ada...bahagian kawan2 pun ada..paling jahanam bahagian aweks
Quote dondangdendang 27-4-2016 04:59 PM
tintabiru73 replied at 27-4-2016 04:24 PM
Suami WAJIB beri nafkah KEWANGAN kepada isteri walaupun isteri bekerja dan ada gaji sendiri. Kalau ...

tp kalau time gaduh tu mmg kadang2 terungkit....huhuhuh, pastu mohon maaf balik sbb terlanjur kata
Quote Emperor95 27-4-2016 05:04 PM
belum kahwin lagi tapi sudah buat pun semua tu.
Quote Andyscenes 27-4-2016 06:52 PM
ini gaji 5k sebulan. banyak duit dia. aku bagi bini aku pun x banyak camtu. aku bg kad bank aku je. belanje utk aku sehari RM10. huhu..
Quote gigahertz 28-4-2016 12:30 AM
Kak.Nah.Bosan replied at 27-4-2016 07:23 AM
lelaki memang, kalau cerita pasal nafkah dia tahu nafkah batin je nak kena langsai.. itu je dia fi ...

itu kan bil air tertunggak sis
Quote gigahertz 28-4-2016 12:32 AM
dondangdendang replied at 27-4-2016 07:42 AM
tp kenapa ni tbalik ngn aku.... keta, rmh, anak, ibu semua aku....laki bg duit belanja nafkah ngn be ...

cuba masa basuh seluar tu gomol gomol raba raba selak selak seluar dia sis. ada tak objek warna merah kat dlama poket dia?
Quote IbuAulia 28-4-2016 06:41 AM
Laki aku x pernah bagi duit bulan2 utk aku belanja..dia cakap dah bagi duit belanja makan tiap hari cukup..paling banyak 10 ringgit..kadang x bagi pon..nak kata bagi duit utk aku belanja utk diri sendiri jgn harap la..setahun sekali 2 je prnah.tu pon jenuh gaduh..sedih dpt lelaki kedekut
Quote IbuAulia 28-4-2016 06:42 AM

Lihat semua komen(57)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top