CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jual Arak Di Pawagam, GSC Jamin Hanya Untuk Orang Dewasa Dan Bukan Islam

27-4-2016 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16019| Komen: 135|Original author: the_killer


Oleh : Dean BZ


Pengendali pawagam GSC semalam memberi jaminan bahawa hanya orang dewasa dan bukan Islam dibenarkan untuk membeli bir dari cawangannya.

Ia berikutan aduan daripada Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) bahawa jualan alkohol di pawagam itu boleh menggalakkan tabiat meminum minuman keras di kalangan pengunjung dan mereka di bawah umur.

"Jualan ini hanya dihadkan kepada pengunjung dewasa di GSC Perdana dan Gold Class lounge.

"Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, pawagam kami mematuhi undang-undang tempatan dan tidak menjual bir kepada orang Islam dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun,"
katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Ia menambah bahawa para pelanggannya "datang dari semua lapisan masyarakat".

"GSC sentiasa berusaha memastikan pawagam kami terbuka kepada semua kerana kami percaya dalam memberikan nilai yang besar dan suasana yang selesa untuk semua orang bagi menikmati keajaiban filem pada skrin besar," katanya.

Timbalan Presiden PHA P. Murugiah minggu lalu berkata, NGO itu telah mengadu kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

"(Kami mahu) tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan arak di pawagam," katanya.

Persoalannya, sejauh manakah jaminan yang diberikan itu benar-benar terjamin? Pada pandangan penulis, banyak perkara dan kesan-kesan negatif akan berlaku jika arak dibenarkan ketika menonton wayang. Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? - CARI Infonet.




Sumber - malaysiakini



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

15

Bagus
20

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
23

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nour2001 26-4-2016 02:27 PM
Idea bodoh jual bir di cinema..mintak2 yg minum tu jadi mabuk, muntah dan ganggu penonton lain...
Quote Muntz 26-4-2016 02:34 PM
Minum beer sambil tengok movie? Boleh menghayati movie ker kalau camtu?
Quote mokcikKSKB 26-4-2016 02:35 PM
Jual bir bau semerbak..tu belum tumpah kat karpet payah nk hilang bau dia lagi...aiyok.xpelah...korang pegilah minum sakan sgt bir tu.mcm kat rumah x puas minum je..esp melayu urban yg perasaan cool kalau minum bir ni.
Quote dondangdendang 26-4-2016 02:37 PM
ada la yg melayu konon urban tu menyamar nanti semata2 nak minum bir ni
Quote zulka 26-4-2016 02:37 PM
bodoh punya idea, kang org sebelah minum beer yg sebelah tu tahanla bau beer 2 jam, kang sendawa tesembur sket..
Quote hanakikan 26-4-2016 02:44 PM
Sale dah turun lettew tu since tgv kaw2 ubah everything dr snacks, seat.
Quote EvieWanKenobi 26-4-2016 02:47 PM
tak sukanya.. konfem busuk..
Quote blackwidowbae 26-4-2016 02:48 PM
Pasni merudum ler sales cinema ko baq hanggg~
Quote JpA0606 26-4-2016 02:50 PM
Nape bodo sgt karang menyusahkan penonton yg lain pula.. Bayangkan yg bawa bdk kecik.. Ish!!! Tak suka la...           
Quote missDollie 26-4-2016 03:26 PM
Tak sesuai...respek La kaum lain sama..
Quote Themilo 26-4-2016 04:08 PM
NGO Hindu gak yang komplen.. NGO melayu dok tak puas hati dengan banglo LGE
Quote znorm 26-4-2016 04:09 PM
Batak arak namanya nih. Kapir negara maju pon tak batak arak macam yg kt Malaysia. Dasar keji. Ke saje gatey nak create isu. Untung2 melarat sampai ke politik
Quote ToungeSoup 26-4-2016 04:14 PM
giler lah idea ni..dah tentu beer bau kuat..ada satu pawagam bau beer...dengan tumpah melekat kat kerusi ngan karpet..sekali duduk plak sebelah orang yang minum beer tu...mmg takkan pegilah pawagam ni..kat US ngan UK pun takde orang tgk wayang fefeeling urban sambil teguk beer
Quote fcl29 26-4-2016 04:20 PM
dalam flight pon nk berarak... nk tgk wayang pon nk berarak... sedap sgt ke arak ni?
Quote the_killer 26-4-2016 04:26 PM
kang nak kata tak sensitif tak leh pulak...konon kata ni negara sekular
Quote -electrifying- 26-4-2016 04:26 PM
beer dh la bau busuk... mnum kt gsc yer terperap tu dgn ekonnya
Quote myakayina 26-4-2016 04:28 PM
no more GSC..& TGV.. skrg aku layan movie kt MBO jer..
Quote AMDTurion 26-4-2016 04:32 PM
myakayina replied at 26-4-2016 04:28 PM
no more GSC..& TGV.. skrg aku layan movie kt MBO jer..

murah sikitkan tiket dia..... aku pun layan mbo. x larat dah nak masuk 2 tempat tuh. kopakkk!
Quote Adeakukesah11 26-4-2016 04:43 PM
Apekehei nya nk letak bir bagai lah pulak
Sedangkan kat tmpt aku ni pon majoriti staf pekerja depa ni trdiri dari kaum melayu
Jgn besok smp trpaksa hire bangla keje ngn kome udahlah

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top