CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Buat Aduan Pada Kementerian Pelajaran, Anak Tak Dapat Jadi Ketua Pengawas

28-4-2016 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 24921| Komen: 211|Original author: R2D2

Oleh Izzah Abbasy

Lumrah apabila menjadi seorang ibu pastilah inginkan anaknya menjadi paling terbaik di sekolah.

Sehubungan dengan itu, kes tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan ketua pengawas, seorang ibu kepada murid lelaki berusia 11 tahun membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran.

Kalaichelvi Nadarajan membuat aduan kepada kementerian itu selepas anaknya tidak dipilih sebagai ketua pengawas pada 4 Februari oleh jawatankuasa pemilihan sekolah Sri KDU.

Kredit Foto : babat.net


Beliau meminta alasan diberikan mengapa calon yang lain lebih sesuai sebagai ketua pengawas sekolah persendirian itu, tetapi penegasannya dinafikan oleh pihak sekolah.

"Anak lelaki saya bekerja keras, menunjukkan pencapaian atas purata (dalam program-program akademik dan ko-kurikulum) dan malah ditawarkan kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lepas.

"Namun, tahun ini, tiada siapa yang boleh beritahu saya mengapa pelajar yang lain telah dipilih (sebagai ketua pengawas) berbanding anak saya,"
kata Kalaichelvi.

AK Chan, ketua pegawai operasi (COO) dan pengarah akademik sekolah Sri KDU, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada hari Khamis, mempertahankan prosedur pemilihan jawatankuasa.

"Dalam penilaian jawatankuasa itu di Sekolah Sri KDU, (pelajar yang telah dipilih sebagai ketua pengawas) adalah calon yang lebih sesuai untuk jawatan itu, berdasarkan hasil daripada keseluruhan proses pemilihan.

Gambar hiasan


"(Pemilihan ini juga berdasarkan kepada) pemerhatian jawatankuasa ini kepada kematangan pelajar, kesabaran, komitmen, dan ketekunan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun lepas, serta penghormatan yang beliau dapat dari yang lain daripada badan pengawas," jelas Chan.

Menjadi seorang pengawas di sekolah merupakan idaman setiap pelajar kerana jawatan itu dianggap paling hebat dan berpengaruh dalam kalangan pelajar lain. Ia dikira pelajar lain akan menghormati dan takut dengan individu yang menjawat jawatan pengawas.

Namun, dengan pelantikan pengawas yang dilakukan oleh pihak sekolah, pastilah individu tersebut mempunyai kriteria yang selayaknya. Seharusnya ibu bapa harus menyokong dan memberi kata-kata semangat agar anak-anak tidak terpengaruh dengan jawatan yang popular atau dihormati di sekolah.

Tidak salah kiranya anak tidak menjadi pengawas dan ibu bapa harus akur dengan pemilihan tersebut bukanlah seperti yang berlaku sekarang ini. Tetapi disebabkan ibu bapa telah membayar mahal berikutan anaknya bersekolah di sekolah elit swasta, seharusnya si ibu menegakkan kebenaran untuk si anak. - CARI Infonet  

25

Bagus
25

Marah
26

Terkejut
22

Sedih
26

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 24-4-2016 04:13 PM
n sian ank kau
Quote tumpanglalu74 24-4-2016 04:13 PM

Quote Skuau 24-4-2016 04:13 PM
Baru pengawas....klo bosar kang...jgn ler petikaikn kenapa x dilantik jd PM....
Quote MissNigga 24-4-2016 04:15 PM
owh ... phulese ler auntie ...
focus jer kepada kecemerlangan anak dalam pelajaran tu ....
nampak sangat auntie ni giler kowser
Quote FanTasyCreaTioN 24-4-2016 04:16 PM
alahai ..
bising kerna tak dapat jadi ketua pengawas?
jangan2 anak dia pun tak nak

Quote MeghanK 24-4-2016 04:17 PM
ni mak yg sekolah ke anak yg sekolah apa sumbangan acik ni kat sekolah anak dia sampai duk buat perangai pprt camni sekali


btw, kat fb terpampang muka acik ni..malu je kalau jadi anak dia
Quote Suchi 24-4-2016 04:18 PM
Sri KDU ni sekolah swasta ke
Quote shamsadis 24-4-2016 04:21 PM
keling gila kuasa, kecik2 dah ajar anak giler kuasa, yang cina giler duit, haram pun dia sebat, Melayu plak giler populariti, masuk rancangan menyanyi
Quote R2D2 24-4-2016 04:26 PM
Suchi replied at 24-4-2016 04:18 PM
Sri KDU ni sekolah swasta ke

sekolah elit swasta

Quote Artemesiaa 24-4-2016 04:26 PM
Anak yang tak dapat maknya pulak yang meroyan attitude kurang kot
Quote R2D2 24-4-2016 04:27 PM
kes2 parents tak puas hati anak tak terpilih jadi pengawas tiap2 tahun ada
Quote MeghanK 24-4-2016 04:30 PM
shamsadis replied at 24-4-2016 04:21 PM
keling gila kuasa, kecik2 dah ajar anak giler kuasa, yang cina giler duit, haram pun dia sebat, Mela ...

betui sangat..setuju
Quote red_cattleya 24-4-2016 04:31 PM
igt senang ke jadi ketua..pengawas sekolah tu kdg2 mcm kuli dh..
Quote saladin780 24-4-2016 04:33 PM
lagi 10 -15 tahun akan dtg..anak x dpt jdik MPP,  kena marah lecturer x buat assignment parent gi serang lecturer kat U plak
Quote lasagnaklcc 24-4-2016 04:34 PM
Actually ramai je parents mcm ni. Kalau anak tak terpilih wakil sekolah apa ke pon blh serang cikgu. Saya suspect anak dia yg sedih sgt tak mkn kurung dlm bilik. Mak mane tak syg anak oii
Quote missus_meow 24-4-2016 04:34 PM
sekolah x lantik sbb perangai mak nye ... x larat nk layan.
Quote mak_wa95 24-4-2016 04:47 PM
hahaahaha..esok2 dengar anak bunuh diri xtahan kena pressure dengan maakk dia.
Quote MeetJoeFly 24-4-2016 04:48 PM
Kesian kat anak tu. Di kerah jadi yang terbaik aje sejak kecik. Besar sikitnanti tekejut tgk banyak betul benda best selain jadi yang terbaik dalam segala hal.. Rugi.
Quote Nham22 24-4-2016 04:55 PM
Ntah2 mak die banyak perabih duit tuk nilai tambah anak die..kot lah kan..tak pon anak die murung...ade kesan saikolgi...

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.246136 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top