CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bersihkan Rumah Dengan Cuka Epal, Tapi Bagaimana?

28-4-2016 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3562| Komen: 1

oleh Adib Za

Salah satu bahan yang harus ada di rumah anda ialah cuka epal. Mengapa?

Selain dijadikan bahan dalam makanan, ia sangat berguna sebagai agen anti-bakteria yang membersihkan permukaan kotor di dapur dan bilik air.


Walaupun tidak sehandal pembersih klorin namun sifat asidik dalam cuka epal mampu membunuh bakteria dan kuman. 

Malah ia sesuai digunakan di pelbagai jenis permukaan seperti kayu, kabinet, sinki dan sebagainya. 





1. Campuran satu mangkuk kecil cuka epal dan sebaldi air boleh membersihkan ruang dapur, peti sejuk dan ketuhar mikro. 


2. Ia bukan sahaja menyingkirkan minyak dan bakteria malah menjadi agen pewangi dan mengelakkan bau busuk. 


3. Lap campuran tadi di permukaan singki, papan pemotong, dan tempat memasak untuk menyucikannya.



(Sumber foto: Carian google)



4. Jika anda mempunyai dishwasher, campurkan semangkuk kecil cuka epal ke dalamnya, bukan sahaja membersihkan pinggan mangkuk sebaliknya ruang dalam dishwasher. 


5. Untuk memastikan saluran air di bilik kekal bersih dan segar, masukkan 1/2 cawan baking soda, 1 cawan cuka epal dan air panas. Biarkan selama 10 minit sebelum bilas bersih dengan air. - CARI Infonet

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 27-5-2016 10:54 PM
Good info tt

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.276670 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top