Oleh : TS LOO
sumber foto: http://cdn.idntimes.com/
Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan setiap pasangan dalam mencorakkan kehidupan mereka. Sebelum berkahwin, mereka telah diberi sedikit pengetahuan mengenai alam rumah tangga.
Bagi suami yang memiliki isteri yang cantik, dan mempunyai didikan agama yang secukupnya, ditambah pula dengan kepakarannya dalam memasak, itu merupakan suatu bonus dan nikmat yang perlu disyukuri oleh suami.
Yang penting, jangan sesekali menjatuhkan hukum yang isteri tidak rajin dan tidak pandai masak. Mari kita selidik apa yang suami boleh buat agar isteri rajin masak. Di bawah ini ada sedikit tips yang boleh diamalkan oleh isteri untuk pupuk minat memasak.
1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik ‘complaint’ sahaja
Suami tidak perlu memarahi isteri yang tiada kemahiran memasak. Suami perlu memberi sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Beri kata-kata pujian terhadap masakan percubaannya ditambah dengan komen positif supaya isteri dapat perbaiki lagi masakan akan datang. Jangan sesekali mengamalkan sikap panas baran dan tidak berkhemah dalam menegur isteri. Walau pun dia hanya pandai menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap puji dan berterima kasih kepadanya.
2. Suami kena tolong isteri di dapur
Isteri yang bekerjaya, tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri tetap memasak untuk suami, suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak.
Jika isteri tidak mahir mengenai resepinya, suami perlulah membantu isteri. Hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur supaya isteri tidak rasa bosan ketika memasak. Ini juga merupakan satu daya tarikan bagi isteri sentiasa memasak untuk suami.
3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak
Bagi memastikan isteri pandai memasak, suami dan isteri perlulah pupuk sikap rajin untuk ke dapur. Jangan sesekali bermalasan untuk pergi ke dapur. Sikap seperti ini akan membuatkan anda malas memasak. Apabila malas, anda tidak akan dapat memperbaiki kekurangan anda dalam masakan. Biasakan diri ke dapur. Membuat sarapan, makanan tengahari, minum petang dan makan malam. Sebelum memasak, anda telah fikirkan menu yang hendak dimasak supaya tidak membuang masa.
4. Tonton rancangan memasak bersama
Suami jangan hanya tengok bola sepanjang masa. Luangkan masa tonton rancangan masakan bersama isteri. Sangat banyak rancangan di televisyen berkaitan masakan. Pastikan anda luangkan sedikit masa untuk menonton rancangan tersebut. Jika menu yang menjadi pilihan dalam rancangan itu mudah untuk anda belajar, ambil inisiatif untuk mencubanya.
Pastikan segala bahan-bahan yang diperlukan telah anda tulis dan boleh sediakan. Ajak juga suami untuk tonton bersama-sama supaya dia juga boleh membantu anda dalam penyediaan makanan.
5. Mulakan menu yang mudah
Pelik kalau suami tidak tahu masak sardin kan? Ia terlalu mudah. Bagi yang tidak pandai memasak, anda dicadangkan untuk memasak makanan yang mudah dan ringkas dahulu. Jangan mencuba masakan yang susah, kerana dikhuatiri masakan tidak menjadi, dan semangat anda akan hilang untuk memasak. Menu yang mudah disediakan seperti berunsurkan telur dan ikan.
Sebenarnya bukan isu yang besar pun sekiranya isteri tidak minat memasak, jika si suami pandai dan memang gemar memasak, bolehlah si suami masuk dapur dan tunjukan masakan hebat tersendiri dan hidangkan untuk anak bini. Yang penting sedap dimakan dan tiada aduan dari anak bini, haha! - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|