CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bocey Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016, Raih RM500,000

30-4-2016 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30026| Komen: 170


Oleh : Dean BZ


Kumpulan Bocey menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016), malam tadi. 

Saingan minggu terakhir MLM 2016 kali ini telah diadakan di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi. 

Gandingan Abam, Acey dan Fad meraih wang tunai RM500,000 dan trofi. Mereka menewaskan tiga pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan muzikal dan bebas. Kumpulan Joras yang dianggotai Shuk, Rahim dan Joey muncul naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi. 

Tempat ketiga dimenangi Kumpulan Puteh yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi. Kumpulan LOL yang dianggotai Tauke, Angah dan Ajak pula di tempat keempat yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. 


Sumber foto - astrogempak


Peserta diadili juri tetap, Ziana Zain, Shaheizy Sam serta dua juri luar iaitu Najip Ali dari Singapura dan Bunga Citra Lestari dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Maharaja Lawak Mega 2016 yang disiarkan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10.00 malam setiap Jumaat secara rasminya telah menutup tirai malam tadi. - CARI Infonet.


Sumber - bharian/astrogempak
11

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote InVendeTTa 19-2-2016 11:55 PM
Ade org tgok lg ke program sampah sebegini? Wat malu je kalo ngaku tgok.low class..haha
Quote membesar 20-2-2016 12:04 AM
Teruk la MLM kali ni. Tak lawak langsung :zz
Quote lazim 20-2-2016 12:12 AM
aku tgk 10 mnt terakhit. geng xola klr. kesian group ni dihuni oleh org yg prasan lawak. school of lawak, raja lawak , bintang cari bintang , MLM semua pulun masuk. tapi haram xlawak. sedar la dri bro uols xdikurniakan bakat untuk jadi pelawak.

group amir dgn bell lagi merapu.. jenis lawak org bodo x pi sekolah
Quote izat123 20-2-2016 12:58 AM
lazim replied at 20-2-2016 12:12 AM
aku tgk 10 mnt terakhit. geng xola klr. kesian group ni dihuni oleh org yg prasan lawak. school of l ...

Xola tu ahli dia ada sorang dari m kumpulan chot Raja lawak 3. Bayangkan lah gigih berlawak dari zaman raja lawak 3, masuk skool of lawak, bintang mencari bintang pun dia pernah masuk, entah apa jenis lawak semua dia masuk tak putus asa.

Sama lah dengan hazwan tu. Jenis tak sedar diri bakat melawak tu takde.
Quote Fainors 20-2-2016 01:29 AM
Tak kuasa nak ngadap tv tu tgk mlm musim ni.Kekadang layan  mlm yg org2 duk share kat newsfeed fb je.  Tu pun,  ada yg tgk tak sampai half,  dah close.  Bosan yg amat!
Quote Jajabeans 20-2-2016 07:32 AM
Dh adaa laa thread ni tp mungkin dh jauh tertinggal ke belakang sbb taun ni bosan smpai org pun xteruja nk komen
Quote batman_2007 20-2-2016 08:36 AM
Kann. Mcam tiba2 muncul gitu
Quote c===8 20-2-2016 08:45 AM
sejak musim pertama lagi gua rasa geng2 hina je layan program ni
Quote rosasa 20-2-2016 09:14 AM
akak tengok sambil tertidur
Quote Adeakukesah11 20-2-2016 09:18 AM
Astro kira bunuh diri betul bila panggil pelawak2 amatur masuk MLM ni. Hmm
Quote tomatome 20-2-2016 02:28 PM
Sesuai label as raja lawak or maharaja lawak pn blm tentu layak.. Ni mega kut... X sesuai
Quote lazim 20-2-2016 03:31 PM
bayangkan la abh aku yg jenis suka tgk bnda2 lawak ni.. dia surrender pi tdo awal. bosan katanya
Quote mizzmimi 20-2-2016 05:45 PM
takde nafsu nak tengok

tak sesuai letak mega, so not up to that level
Quote putriworld 20-2-2016 05:51 PM
ade ke yg tgk ? salute kt korg yg tgk..ak nak on citer ni pon x sanggup
Quote stania83 20-2-2016 05:56 PM
eh ada jugak yg lawak , ke aku spesis mudah terhibur, isa kumpulan bora tu comelnyaaaaaaaaaaaaaa
Quote eisyah 20-2-2016 06:18 PM
Xselawak dl..lawak yg terpaksa dibuat2..:zz:zz:zz
Quote eLiaD 20-2-2016 07:26 PM
Nape lah amik juri yg cakap tunggang terbalik bahasa inggeris..dah la speaking berterabur..nakk tergelak pun ada..yg ni lawak
Quote caramel_cloud9 20-2-2016 07:26 PM
Tak lawak dah mcm dulu2..tak best.
Quote nh83 20-2-2016 07:27 PM
rosasa replied at 20-2-2016 09:14 AM
akak tengok sambil tertidur

Samala kita sis..sedaq2x dah abis haha..
Taun ni the worst lawak memasing x lawak..idea sama ja semua..x kreatif lansung

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top