CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Profesor USM didakwa memalsukan tuntutan elaun perjalanan!

18-7-2013 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7907| Komen: 43

18/07/2013 12:10pm

GEORGE TOWN - Seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.

Prof Dr. P. Ambigapathy, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim.

Ambigapathy, 56, dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di pejabat USM dengan niat memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Haryatie Zainor, dengan menyerahkan dokumen iaitu kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri yang palsu bagi bulan Februari 2010 untuk tugasan rasminya dengan nilai sebanyak RM1,242.

Kesemua tuntutan perjalanan rasmi itu dibuat dengan menggunakan kereta sendiri jenis Mercedez Benz bernombor pendaftaran PJL 1292 sedangkan tertuduh sebenarnya menggunakan kereta jabatan jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran PHJ 6116.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 18-7-2013 03:11 PM
kesian, lapar sgt dgn RM1,242  
Quote kadijot 18-7-2013 03:17 PM
name je prof....
Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 03:20 PM
tongkatwaran pon rasis joga pada kaom india???
Quote miawpink 18-7-2013 03:23 PM
prof pun menipu
Quote tapibukanaku 18-7-2013 03:24 PM
miawpink posted on 18-7-2013 03:23 PM
prof pun menipu

prof pun manusia biasa lah awak..
Quote miawpink 18-7-2013 03:25 PM
tapibukanaku posted on 18-7-2013 03:24 PM
prof pun manusia biasa lah awak..

ye la rasa nya mcm prof ni kaya x perlu la nk menipu ni


Quote tapibukanaku 18-7-2013 03:26 PM
miawpink posted on 18-7-2013 03:25 PM
ye la rasa nya mcm prof ni kaya x perlu la nk menipu ni

mungkin masa tu dia terdesak nak guna rm1K++...
Quote miawpink 18-7-2013 03:26 PM
tapibukanaku posted on 18-7-2013 03:26 PM
mungkin masa tu dia terdesak nak guna rm1K++...

terdesak mcm ne pun jaga la nama baik prof dia tu
Quote tapibukanaku 18-7-2013 03:27 PM
miawpink posted on 18-7-2013 03:26 PM
terdesak mcm ne pun jaga la nama baik prof dia tu

dia da bosan kot kerja jadi prof tu
tu yg dia buat camtu
so that senang resign terus
Quote miawpink 18-7-2013 03:29 PM
tapibukanaku posted on 18-7-2013 03:27 PM
dia da bosan kot kerja jadi prof tu
tu yg dia buat camtu
so that senang resign terus

erm mcm tu pulak
Quote tapibukanaku 18-7-2013 03:30 PM
miawpink posted on 18-7-2013 03:29 PM
erm mcm tu pulak

mana lah tau kan
speku je
Quote baby_pingu 18-7-2013 03:32 PM
nomot plat perdana tuh cantek
Quote missus_meow 18-7-2013 03:42 PM
Prof baru nk amek sijil kursus menipu
Quote benzo33 18-7-2013 03:49 PM
Prof tu..sayang...jadi kambing hitam pun ada juga..nak menunjukkan pengurusan kewangan konon2nya telus?
Quote gaara_X 18-7-2013 03:49 PM
orang type nie tak sah nak cakap laa......berbelit-belit....
Quote Mataris 18-7-2013 03:51 PM
Why Ambiga..? Why daa...?  No money daa...  Yinnadaa.. Kasi eler daa..  Aiyoo,yoo.yoo Kadulei!
Quote ChildrenOfBodom 18-7-2013 03:55 PM
aku kenai dia ni..selalu dok nampak dolu kat pusat bahasa..haha

lol tuntut rm1200 kena bayaq ikat jamin sampai rm8000..

dahla kalau sabit kesalahan boleh kena 20 tahun penjara

haram tak berbaloi la tamby...


baca sini details sikit

http://www.thestar.com.my/News/N ... -travel-claims.aspx
Quote abas8888 18-7-2013 03:55 PM
biasa tahap prof2 ni nak pulak dekan dia suruh steno dia je isikan borang tuntutan segala benda tu..prof biasanya dia nak jadi tukang sain je.. ada kebarangkalian tak steno dia salah isi borang tuntutan dan dia pun tersilap main sain je...??? lagipun dengan nilai byk tu elok USM minta pulangkan je duit tu kalau ada bukti prof tu salah claim..
Quote harizs 18-7-2013 03:57 PM
tapibukanaku posted on 18-7-2013 03:26 PM
mungkin masa tu dia terdesak nak guna rm1K++...

mungkin dia dah buat 18 kali sebelum ni & terlepas. sepandai2 tupai melompat kata org...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067639 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top