CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Ahli Parlimen PAS, Hanipa maidin tidak mahu Alvivi dan Vivian didakwa

19-7-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10306| Komen: 93

Tidak adil dakwa Alvin-Vivian di bawah Akta Hasutan


PETALING JAYA: Ahli parlimen PAS kawasan Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta kerajaan tidak mendakwa pasangan Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24  di bawah Akta Hasutan kerana akta itu telah banyak menzalimi rakyat negara ini.

Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, kata beliau.

“Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. Adakah ini keadilan?
“Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil? Di mana keadilan yang juga menjadi prinsip utama ajaran Islam hendak kita campakkan?,” katanya dalam satu kenyataan.


Kedua-dua pasangan muda itu telah mencetus kontroversi kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mempamerkan gambar lucah, didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Peguam PAS itu sebaliknya meminta umat Islam menerima  maaf dari pasangan itu.
Islam menurutnya, adalah  agama rahmah di mana  Allah telah menulis untuk DiriNya rahmah (belas ikhsan).
'Menerima kemaafan’
“Maka oleh itu saya rasakan tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan kedua pasangan remaja itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu.

“Saya percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, bagi saya, menjadi hukuman perit ke atas mereka,” katanya.
Beliau menambah, bagilah peluang kedua kepada mereka berdua,  remaja yang mudah tergelincir.
Katanya, percayalah Islam tidak akan dilemahkan dengan penghinaan mereka berdua dan Islam juga tidak dikuatkan hanya kerana kita melaung kuat untuk menghukum mereka di bawah akta yang zalim seperti Akta Hasutan.

Sebaliknya, dekatilah mereka dengan lemah lembut dan berhemah supaya segala keraguan mereka atas agama ini dapat dipadamkan dari benak pemikiran mereka.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 18-7-2013 10:06 PM
Apa komen lobai lobai selekeh PAS yang lain terhadap syor lobai mamak Kerala ini?
Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 10:09 PM
gelagat mamak di dalam palimen mmg lah tah hape2
Quote noraidil_06 18-7-2013 10:11 PM
there u go
Quote cucusaddam 18-7-2013 10:13 PM
1 lagi haprak.....semua nak di maafkan...
Quote batusembilan 18-7-2013 10:14 PM
Opposition and BN politicians were united in condemning the couple who posted insensitive Ramadan greetings over Facebook and that they should face the full force of the law. Penang Chief Minister Lim Guan Eng even went on to call them a "complete disgrace".

Guan Eng, who is also DAP secretary-general, said the couple, Tan Jye Yee (Alvin) and Vivian Lee, had gone overboard.

"That is wrong. They deserved to be punished. There is no doubt about it. It is completely un-Malaysian. They are a complete disgrace," Lim was reported as saying.

Selangor Umno deputy chief Datuk Seri Noh Omar joined in the fray. "They have gone too far and what they did was an insult to Muslims," he said.

"Although they have apologised for their actions, it is not enough. The damage has already been done."

Noh agreed they should be investigated and severely punished if found guilty.

Their reactions came after the infamous sex bloggers were hauled up by the Malaysian Communications and Multimedia Commission for questioning today.

They posted a picture last Thursday with the greeting "Selamat Berbuka Puasa" while eating "bak kut teh" (herbal pork soup). A halal logo was also displayed on the picture.
Quote solstice 18-7-2013 10:15 PM
Tak payah lah nk jd juara
Org lain bukannya bodoh x reti berfikir
Quote Maideen. 18-7-2013 10:17 PM
Penat jer Taliban Tua Nik Aziz dan Ulama PAS lain mendidik pengikut PAS jadi Taliban - pukol orang, rejam orang, potong tangan orang, tetiba datang lobai mamak kerala kunun nak tunjuk Islam tu pemaaf.......prrrrrrrrrrrrrpffffftght

Terlebih makan kari ka apa?
Quote peYno 18-7-2013 10:17 PM
cucusaddam posted on 18-7-2013 10:13 PM
1 lagi haprak.....semua nak di maafkan...

Melatu caprit yg mengaku islam tapi x puasa dan makan khalaysk ramai lebih menghina islam



Quote munchkin 18-7-2013 10:26 PM
pergilah layan si Alvivi tu.
Quote H猷L鰃頧 18-7-2013 10:28 PM
itu laen,
Berahim Jabba baru je cakap, bukannya dah buat,
yg Babian tu bukan je cakap, tegelincir apa? meke ni buat romen terangan2 sebagai lifestyle pujaan pepura (ahem)

Appaaa , mau jaga hati member ka?, ingat skit la, diorang tak pernah jaga hati melayu muslim balik, lebih baik diam sebab statement tu tak menguntungkan pon
Quote roblucci 18-7-2013 10:55 PM
peYno posted on 18-7-2013 10:17 PM
Melatu caprit yg mengaku islam tapi x puasa dan makan khalaysk ramai lebih menghina islam[/backcol ...

banyak kat negeri mana yang macam tu?
Quote dino 18-7-2013 10:59 PM
Maideen. posted on 18-7-2013 10:17 PM
Penat jer Taliban Tua Nik Aziz dan Ulama PAS lain mendidik pengikut PAS jadi Taliban - pukol orang,  ...

bongok tul maiden nih....
Quote capiloton 18-7-2013 11:10 PM
kan betol aku dah cakap.. mudah benar baca otak pencacai PAS..
kiasu DAP buat taik, berak merata..
PAS guna sarban dan kopiah (imej Islam) mereka untuk cuci kebusukan cina kiasu..
hina benar aku tengok pas pis pus bodoh nih..

PAS bodo ingat cina kiasu ni semua nya innocent belaka..
aku bukan penyokong pencacai umngok..
tapi aku lagi tak minat nak sokong barua PAS..
hanya layak jadi pencacai cuci najis berak tak basuh cina kiasu..

pas bebal ni dengan orang kapir bukan main lembut..
dengan sesama Islam (umno), bukan main bengkeng..
ini ke yang Nabi ajar? ini dah terbalik tak sama macam ajaran Nabi..
iyer ker betul Isle nih?
ker ini ajaran baru Isle PAS oleh nabi nik ajis?
baru2 ni nabi nik ajis pun keluar fatwa nak ludah pada sesapa2 yang coba2 nak ajak sesama Islam (pas & umno) bersatu..

[youtube]qizVTDSj_6Y[/youtube]

tak payah la sesapa kat sini nak jadi ostad kata haroomm hukumnya kutuk ulama..
ulama konon..   mereka lebih berilmu dan beramal tinggi katanya..
ILMU tak serupa bikin..
Last edited by capiloton on 18-7-2013 11:19 PM

Quote Maideen. 19-7-2013 12:07 AM
dino posted on 18-7-2013 10:59 PM
bongok tul maiden nih....

Buat malu nama Jer........
Quote dahliateck 19-7-2013 12:08 AM
capiloton posted on 18-7-2013 11:10 PM
kan betol aku dah cakap.. mudah benar baca otak pencacai PAS..
kiasu DAP buat taik, berak merata..
...

like seratus kali
Quote PITTSBURGH 19-7-2013 12:09 AM

gila pablisiti ghupenye
Quote lyna22 19-7-2013 12:10 AM
Hello hanipa.....ni adalah negara islam okeh....bukan negara sekular....so selayaknya la org yg hina islam di dakwa....
Quote kakikuDibibirmu 19-7-2013 12:12 AM
perbuatan pijak dan bakar Al-Kitab tak boleh dibiarkan sebegitu adja
Quote dino 19-7-2013 12:12 AM
capiloton posted on 18-7-2013 11:10 PM
kan betol aku dah cakap.. mudah benar baca otak pencacai PAS..
kiasu DAP buat taik, berak merata..
...

dah org umno tolak isle....
ape2 pun dlm byk hal org melayu byk dibodohkan..... tp kena la sokong ehem2 nak bg nmpk urban....


Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060470 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top