CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penggemar Teh? Tapi, Jangan Sesekali Tersilap Cara Persediaannya

16-5-2016 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8882| Komen: 21

Oleh Izzah Abbasy

Keharuman aroma teh hasil daripada benih berkualiti tinggi yang sememangnya menjanjikan kelainan rasa dan keunikan tersendiri khususnya bagi peminat minuman itu.

Hampir sebahagian besar masyarakat mengamalkan cara penyediaan dan minum teh yang salah.


Dipetik kajian seorang pakar dari University of Illinois, masalah gigi berlubang dan jangkitan gusi boleh dielakkan sekiranya mengamalkan meminum teh dengan cara betul.

Ini kerana, kandungan polyphenols di dalamnya boleh mengurangkan bakteria di dalam mulut selain dapat mengurangkan nafas berbau yang menjadi masalah sebahagian orang.

1) Minum teh hanya untuk menikmati selera


Dengan hanya meminum teh sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat menghindarkan penyakit seperti angin ahmar, menguatkan tulang tetapi semuanya hanya berhasil apabila tidak mencampurkan bahan pemanis seperti susu dan gula.


2) Rendaman dengan serbuk teh atau uncang

Dengan menggunakan serbuk teh yang dibancuh air panas dan kemudian ditapis, khasiatnya lebih terjamin. Namun, disebabkan agak leceh membuatkan ramai cenderung memilih teh uncang.

Kertas uncang digunakan berkualiti rendah yang turut mengandungi campuran lilin sehingga boleh menjejaskan khasiat teh apabila direndam lama.


3) Tip warna dan rasa

Air teh yang cair, khasiatnya berkurangan. Yang penting, warnanya tidak berapa merah dan rasanya tidak begitu kelat. - Pakar Teh

Ramai menyimpulkan bahawa teh pembawa angin. Ini silap dan tidak ada kaitan langsung. Masalah kembung perut, adalah disebabkan minum teh yang sudah sejuk dibiarkan lama dan selalunya berlaku bagi mereka yang tidak tahan. - CARI Infonet

15

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 16-5-2016 04:33 PM
teh O nipis giler satuuuuuuuu...
Quote chinta89 16-5-2016 04:39 PM
zulka replied at 16-5-2016 04:33 PM
teh O nipis giler satuuuuuuuu...

kalau mtk kat kedai sebut pktaan 'gilerr' tu harus tuan kedai garu kepala...
Quote zulka 16-5-2016 04:42 PM
chinta89 replied at 16-5-2016 04:39 PM
kalau mtk kat kedai sebut pktaan 'gilerr' tu harus tuan kedai garu kepala...

hehe..
tapi kalau kedai melayu memang dorang fahamla nipis giler tu..
kalau kedai mamak teh o kaw2 gak dia bagi...
tak suke minum yg kaw...kelat
Quote chinta89 16-5-2016 04:46 PM
zulka replied at 16-5-2016 04:42 PM
hehe..
tapi kalau kedai melayu memang dorang fahamla nipis giler tu..
kalau kedai mamak teh o ka ...

iols suka pekat2..

dh rupe nescafe lak. kalau order kat kedai siap ckp lagi " sy nk kaw.. ni tak kaw" <---- sambil geleng kepala kat tn kedai
Quote zulka 16-5-2016 04:53 PM
chinta89 replied at 16-5-2016 04:46 PM
iols suka pekat2..

dh rupe nescafe lak. kalau order kat kedai siap ckp lagi " sy nk kaw.. ni ta ...

biar betik...tak sembelitke?
kalau time sakit perut memang elok la minum pekat2..
Quote fly_in_d_sky 16-5-2016 05:09 PM
zulka replied at 16-5-2016 04:53 PM
biar betik...tak sembelitke?
kalau time sakit perut memang elok la minum pekat2..

jangan le minum teh boh or teh lipton
buat pekat memang sembelit ler ...
teh yang guna buat teh o atau teh tarik tuh

minum teh macam english breakfast tea or earl grey tea
dari jenama Dilmah ke Ahmad ....
teh nie di import ...
tekstur dia lain ...
pekat tak rasa kelat ... tak sembelit
ada rasa ...
ada tu chamomile tea .. lemon earl grey tea ...
teh macam ni takde gula sedap ... lebih terasa compare campur gula

if english breakfast tea ... normally diorang campur susu sahaja ...
jarang campur gula ...
kalau tengok movie luar negara normally tea and coffee jarang letak gula
susu tu normal ...


Quote zulka 16-5-2016 05:14 PM
fly_in_d_sky replied at 16-5-2016 05:09 PM
jangan le minum teh boh or teh lipton
buat pekat memang sembelit ler ...
teh yang guna buat teh  ...

tq for the good info..
dulu memang penggemar tea... tapi lepas stop smoking beralih pada nescafe O pula..
masih rindu kan nikotin..
Quote red_cattleya 16-5-2016 05:15 PM
tapi ioll suka teh ais nk buek camno
Quote Artemesiaa 16-5-2016 06:32 PM
Kat Malaysia ni kalau teh berquality agak mahal harganya berbanding dengan teh jenama local biasa.  Orang dulu2 suka teh wangi orang muda2 suka teh omputih.
Quote fly_in_d_sky 16-5-2016 09:02 PM
zulka replied at 16-5-2016 05:14 PM
tq for the good info..
dulu memang penggemar tea... tapi lepas stop smoking beralih pad ...

nescafe takde gula perghhh sedap terangkat urat saraf
kalau black coffee pun ermm sedap ...
tapikan lepas minum kopi/nescafe kena "bilas" dengan air kosong
kalau tak hurmmm harum semerbak tandas


try beli imported tea - dilmah ke ahmad ke darjeeling ke twinnings ke
even tea yang dijual kat coffee beans pun ok
rendam dalam 5 minit ... then angkat letak tepi (boleh guna banyak kali .. rasanya 5x kali kot)
minum suam-suam panas ... fuhh sedap
kalau lepak coffee beans ... 5x minta diorang refill air panas ... FOC
ear grey ada bau wangi ... english breakfast tea mmm bau dia keras sesuai minum time pagi
tu sebab panggil english breakfast tea


enjoy your tea ... !
Quote zulka 17-5-2016 08:58 AM
fly_in_d_sky replied at 16-5-2016 09:02 PM
nescafe takde gula perghhh sedap terangkat urat saraf
kalau black coffee pun ermm sedap ...
tapi ...

dulu pernah dpt hamper client oversea, dlm tu ada teh..lupa dh nama teh tu...
memang sedap sgt, tapi sayang takde jual kt Msia..
Quote chinta89 17-5-2016 09:04 AM
zulka replied at 16-5-2016 04:53 PM
biar betik...tak sembelitke?
kalau time sakit perut memang elok la minum pekat2..

da tbiasa kot, jd imun gtuh..
kalau ceroi, iols x selera minum.
kalau ceretberet tu mmg pekat extra pekat la buat tea..
Quote zulka 17-5-2016 09:09 AM
chinta89 replied at 17-5-2016 09:04 AM
da tbiasa kot, jd imun gtuh..
kalau ceroi, iols x selera minum.
kalau ceretberet tu mmg ...

perisa2 ni ada yg takleh masuk ar pening bau dia

Quote BelovedTaeyeon 17-5-2016 09:21 AM
Aku stop minum teh susu lama dah.

Minum pagi...petang perut masuk angin

Silap cara
Quote chinta89 17-5-2016 09:25 AM
zulka replied at 17-5-2016 09:09 AM
perisa2 ni ada yg takleh masuk ar pening bau dia

iols ade beli satu perisa teh ni mse g cameron.. iols mula2 x suka sb rasa dia mcm cawan yg basuh x cuci gtuh (bau sabun lekat kat cawan).
lama2 tu baru perasan eh ni bukan cawan lekat bau sabun tp aroma teh tadi

ade la jiran2 dtg bertandang, meols buat air teh tu.. depa x minum u hahaha.. ak plk lupa aroma dia bau sabun. mesti dorang ingt iols basuh cawan x cuci

lupa plk teh tu ape nama tp iols suka
Quote fly_in_d_sky 17-5-2016 09:34 AM
zulka replied at 17-5-2016 08:58 AM
dulu pernah dpt hamper client oversea, dlm tu ada teh..lupa dh nama teh tu...
memang sedap sgt, t ...

adoi ... sila guna kuasa flashback anda
hahaha just kidding

Quote zulka 17-5-2016 09:35 AM
chinta89 replied at 17-5-2016 09:25 AM
iols ade beli satu perisa teh ni mse g cameron.. iols mula2 x suka sb rasa dia mcm cawan yg basuh  ...

mesti jiran awak kata bau sabun..
perisa blackcurant tak...tak sukala...
masa membeli mcm best..perisa stoberila, blackcurant la...
sudahnya simpan bertaun taun...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081816 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top