Oleh : TS LOO
Babbette Jaquish, seorang wanita yang sangat gemar bunga matahari dan diberi gelaran sebagai 'Wanita Bunga Matahari' oleh masyarakat setempat. Sebelum meninggal dunia akibat penyakit kanser, Babbette mempunyai satu impian untuk menghasilkan ladang bunga matahari yang membolehkannya menjual benih dan hasilnya jualan itu disumbangkan kepada pusat penyelidikan penyakit kanser. Suaminya, Don Jaquish menyedari hasrat murni Babbette, justeru mengambil alih cita-cita isterinya itu untuk menjadikannya satu realiti sebagai tanda kesayangannya dan kerinduan terhadap Babbeette.
Don membuka syarikat yang bernama Babbette’s Seed Of Hopes, hasil kejayaan menanam bunga matahari di sepanjang lebuh raya 85 Winsconsi di Eau Claire seluas 400 ekar. “Semua orang yang bertemu dengan Babbette akan jatuh cinta padanya. Saya sangat bertuah kerana menjadi lelaki yang dia cintakan,” kata Don kepada sumber. Semoga usaha Don untuk mendiang isteri kesayangannya itu memperolehi faedah serta pulangan yang baik serta mencapai apa yang dicita-citakan mereka. |
5
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT