Oleh : Dean BZ
Kapal pelayaran yang terbesar di dunia akhirnya memulakan pelayaran sulungnya menuju ke Pelabuhan Southampton setelah dibangun selama 32 bulan . Kapal persiaran yang diberi nama "The Harmony of the Seas" ini mampu membawa 6,296 penumpang dan 2,384 anak kapal dalam setiap pelayarannya. Beribu-ribu orang hadir di pelabuhan Saint-Nazaire untuk menyaksikan kapal setinggi 70 meter itu ditarik ke laut menggunakan enam bot tunda semalam. Kapal bernilai 1 bilion euro (RM4.54 bilion) dan seberat 120,000 tan itu dibina untuk syarikat kapal persiaran Royal Caribbean International (RCI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, ia akan diserahkan dalam tempoh dua bulan lagi. Hormany of the Seas mempunyai dek 16 tingkat dan sepanjang 362 meter, iaitu 50 meter lebih panjang daripada Eiffel Tower, Paris. Kapal persiaran ini sememangnya mewah dan mengingatkan kita kepada kapal Titanic yang tenggelam pada tanggal 15 April 1912. Namun kapal ini jauh lebih besar dari kapal Titanic yang kini sudah menjadi kenangan. - CARI Infonet.
Sumber - dailymail.co.uk |
9
Bagus |
29
Marah |
27
Terkejut |
20
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 17-5-2016 05:52 PM
berapa la agaknya tiket paling murah..
eizarz replied at 17-5-2016 06:03 PM
kelas tiga,titanic dulu yg kelas tiga nye leonardo dicaprio salah sorang passenger
Muntz replied at 17-5-2016 06:39 PM
Cruise nie kalau kat laut yg sejuk2 sikit sedap lah. Kalau laut panas membara mcm area Asia Tenggara ...
ADVERTISEMENT