CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungai Terpanjang Di Semenanjung Kini Di Ambang Kemusnahan - Pakar

21-5-2016 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7125| Komen: 35


Oleh : Dean BZ

Penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling. - Foto ihsan akuanakpahang.blogspot.com


JERANTUT: Penerokaan hutan tanpa kawalan di Ulu Tembeling memungkinkan nama Sungai Pahang sebagai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia tidak mustahil terpadam dalam lipatan sejarah negara.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed, berkata ini kerana Sungai Pahang serta anak sungai utamanya iaitu Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam itu sehingga lupa kepada implikasinya. 

"Ramai yang mengaitkan punca sungai ini cetek disebabkan El Nino, pemanasan global. Benda tu pada skala dunia, memang boleh jadi ada impak, tetapi persoalannya berapa peratus. "


Isunya kini ia lebih daripada itu, lebih kepada faktor tempatan iaitu pengurusan kawasan tadahan air tempatan. Impaknya kini dirasai oleh penduduk dan ini terbukti apabila Sungai Kancing yang sebelum ini dapat membekalkan air kepada masyarakat sehingga ke Kampung Bantal sudah tidak dapat lagi berbuat demikian. 

"Sehubungan itu, sudah sampai masanya untuk kerajaan negeri dan pusat bekerjasama cari jalan penyelesaian bagaimana nak perbetulkan masalah ini," katanya selepas menyertai Misi Selamatkan Kawasan Tadahan Air Negara di Ulu Tembeling baru-baru ini. 

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed berkata Sungai Tembeling hampir berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia meneroka khazanah alam.


Misi berkenaan disertai oleh 150 anggota yang terdiri daripada pakar alam sekitar dan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Persatuan Pelindung Alam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, dan Jaringan Orang Asli Pahang. 

Pihak berkuasa perlu segera bertindak menangani masalah ini kerana ia bukan isu kecil yang boleh dipandang remeh. - CARI Infonet.



Sumber - BHarian/BERNAMA  

49

Bagus
36

Marah
32

Terkejut
30

Sedih
36

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (220 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 21-5-2016 12:42 PM
bukan ka tanpa kawasan tadahan air means air hujan semua cepat ke laut, bukan sungai jadi pupus....

ka aku yang silap faham?...

Quote bluehedgehog 21-5-2016 12:43 PM
pahang darul dinosaur
Quote Changa 21-5-2016 12:45 PM
selayak nya la dek...dengan penduduk pahang yang hauk ini
Quote caprut 21-5-2016 12:51 PM
Changa replied at 21-5-2016 12:45 PM
selayak nya la dek...dengan penduduk pahang yang hauk ini

Penduduk mne yg tk hauk? Klo sya negeri yg hauk penduduknye pantai timur ngn johor
Quote famri7 21-5-2016 12:53 PM
Cash la sis..nanti ujung2 tahu ujan lebat barulah nk meratib menetes bagai time kering sbegini membabi kau sondol.
Quote protonpersona 21-5-2016 01:10 PM
Sultan, perdana menteri dan menteri besar...penyamun 3 serangkai..negeri mana la agaknya tu
Quote FOTHER-MUCKER 21-5-2016 01:20 PM
Sungai bertambah tetet sebab tu senang banjir.

Apa boleh buat warga msia tak ada kuasa untuk buat bantahan. Pemushah negara semua tu tak fikir ke apa akan jadi pada anak cucu cicit mereka akan datang?
Quote sepiITUindah 21-5-2016 01:24 PM
derhaka weiii
Quote kakiah12 21-5-2016 01:30 PM
ape ade hal? nanti anak cucu cicit mureka boleh menetap di LONDON. tempat pprt ini hanyalah utk marhaen yg tiada kepentingan pon bg mureka ini.
Quote FARRAZOOL 21-5-2016 01:59 PM
So sad
Quote edoraixora 21-5-2016 02:05 PM
Skarang ni air sungai pahang keruh ya amat
Quote Lollipop111 21-5-2016 03:28 PM
Prof Maketab nih dulu ajar sy. Ms tuh dier Prof. Madya lg..English accent dier sdap. Ala2x koboi sbb dier study kt US dulu...hihi
Quote sofiazara 21-5-2016 03:33 PM
cubalah korang baca blog wzwh. dia ni macai umno. dia salahkan jabatan hutan pahang aje sbb bagi kebenaran. ajli politik..raja semua tak salah
Quote Acong_II 21-5-2016 03:35 PM
balasan cash utk manusia............  hahahaha  
Quote cherub 21-5-2016 04:48 PM
When the last tree has fallen..the last fish caught and the last river dries up then people realize that you cannot eat money. Take that ummah pahang. Senyapppp je dgn kemusnahan negeri sendiri. Brainwashed much?
Quote honeybee1802 21-5-2016 04:53 PM
Decaffeinated replied at 21-5-2016 12:42 PM
bukan ka tanpa kawasan tadahan air means air hujan semua cepat ke laut, bukan sungai jadi pupus....
...

Nak tertadah apa...kawasan penadah kot they all ngap skali...musim panas kering kontang...musim tengkujuh kalo abis segala dr hulu di bawa ke hilir...
Quote epis 21-5-2016 05:57 PM
Lepas ni sungai terpanjang di semenanjung milik Sungai Perak kah?
Quote flying_cow 21-5-2016 09:40 PM
Tunggu cash sahajalah kepada ummah Pahang Darul Kemusnahan Alam Sekitar ni dekkk
Quote CikNano 21-5-2016 10:34 PM
Ingat diorang heran ke?? Hasil tu yang penting..esok2 mula la cari salah siapa

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.088068 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top