CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Buka Lampu Tidur, Ia Mengundang Penyakit Kanser!

24-5-2016 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4754| Komen: 9


Oleh : TS LOO


sumber foto; http://www.betazell.com/


Mungkin kerana takut dengan kegelapan atau selepas menonton filem berunsur seram, ramai di antara kita akan tidur malam dalam keadaan lampu terpasang. 


Ada pula yang beralasan, sekiranya bilik tidur dalam keadaan gelap, risau ketika bangun tengah malam untuk berurusan di tandas akan mengundang bahaya seperti jatuh kerana terlanggar khususnya bagi mereka yang sudah meningkat umur atau kanak-kanak.


Tapi sebenarnya perkara yang dianggap remeh ini boleh mendedahkan diri kita kepada risiko yang lagi merbahaya iaitu penyakit kanser.


sumber foto: http://nlpbus.com/


Menurut kajian, tidur dalam keadaan cerah atau ada sinar cahaya akan menyebabkan penghasilan hormon melatonin berkurangan atau terhenti. 


Hormon Melatonin berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser.


sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/


Manakala bagi kaum hawa yang tidur dalam paparan cahaya lampu ketika tidur malam, risiko terkena kanser payudara turut meningkat. 


Akibatnya, selain gangguan tidur, kesihatan juga akan terjejas sehingga diserang tekanan darah tinggi, stres dan di samping itu juga akan menjejaskan sistem metabolisme yang membuatkan berat badan sukar diturunkan.


Justeru, demi kesihatan diri sendiri, segeralah belajar tidur dalam gelap. Begitu juga buat ibu bapa yang membiarkan anak tidur dalam keadaan lampu terpasang gara-gara mengelakkan anak takut,  kena ingat ia mungkin mendedahkan anak pada risiko penyakit kanser pada usia awal lagi.- CARI Infonet




Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 24-5-2016 07:33 PM
Makcik anti lampuu~

iolls suka bergelap macam duduk dalam gua batu~

makcik prefer lampu oren malap malap romantika ala ala dok hotel gituu haaa~~ romantikkan makcikk
Quote generallookp 26-7-2016 05:20 PM
Hi, boleh rujuk website ini untuk dapatkan the list of all hospitals in Malaysia. http://www.lookp.com/malaysia/hospital .This website provides all the details and informations of the hospital in Malaysia.
Quote shin_ah81 27-7-2016 08:02 PM
Errkkk..biar betul? I suka tido berlampu sekarang nih..
Quote aurorayasmeen 9-9-2016 02:37 PM
yeke? aku hari2 tdo psg lampu kecik..
Quote Meiizu 18-9-2016 09:42 AM
aku pasang lampu tidur malap.
gelap sgt terus takbole pejam
Quote haikalkah 18-9-2016 06:23 PM
membesar dlm terang... tak pernah sekalipun tidur tutup lampu sbb dah diajar dari kecik... sbnrnya mak iolls yg takut, so dari kecik kitorg tidur lampu bukak satu rumah...
Quote haikalkah 18-9-2016 06:23 PM
mak iolls elok je...sihat walafiat
Quote YGA 18-9-2016 06:24 PM
good sharing

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063527 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top