Oleh : TS LOO
Dalam dunia percintaan , jarang sekali kita akan berjaya dalam cinta pertama kali, lazimnya akan melalui sekurang-kurangnya 3 kali putus cinta, barulah kita dapat memiliki seorang pasangan idaman. Sebenarnya bukan dikatakan putus cinta itu adalah sesuatu pengalaman yang tidak elok atau negatif. Adakala, hasil putus cinta barulah kita lebih mengenali diri kita dan memahami jenis pasangan yang macam mana yang kita mencari. Ya, putus cinta memang menyakitkan tetapi kalau boleh 'Jangan' melakukan 5 perkara berikut selapas mengalami putus cinta khususnya kaum hawa, ingat tau?
1. Mengubah penampilan secara tiba-tiba Tak usahlah macam itu, kerana putus cinta tiba-tiba pergi mengubah penampilan, sekiranya anda berbuat demikian pasti akan menyesal, tindakan sebegitu hanya dapat mengubati kesakitan putus cinta dalam sekelip mata sahaja, tak akan hilang sakit itu. Jadi, apa kata, relaks dan buat macam biasa sahaja. Ubah penampilan seperti mengunting rambut bukan penyelesaian masalah. Just move on, ok. 2. Telefon si dia setiap kali teringat Sista, jangan gatal-gatal menelefonnya lagi walaupun memang susah untuk melupakan seseorang yang pernah atau telah bercinta secara mendalam dengannya. Tapi untuk apa? Tanya khabar? Jangan buang masa dan tenaga, cuba bayangkan jika anda terdengar suara perempuan atau wanita di gagang sana, kan lagi sakit hati, setuju tak? 3. Kongsi perasaan sedih dan gembira di media sosial Walaupun tak tuju kepada sesiapa tapi percayalah ramai yang membaca apa yang anda luahkan. Walaupun sekadar quote dari lagu atau kongsikan filem. Semua orang akan tahu apa yang anda tuliskan tu, seperti: “Setiap perkara berlaku dengan sebab.” Kenapa kamu hentikannya? Simple, don’t do it! 4. Cuba berkawan rapat Tak senang tapi boleh sahaja jika sanggup hadapi realiti. Ada individu sebegini tetapi selalunya makan masa. Cuba bayangkan, si dia mula bercerita tentang that hot-new-girl dia baru berkenalan di tempat kerja? Kalau kamu sedang rasa kecut perut dan kerut dahi, jawapannya kamu tak bersedia. 5. Terus ada cinta hati baru Mungkin ini cara anda. Memang wajar untuk anda miliki cinta hati baru tetapi bukankah ianya masih terlalu awal. Namun, tak dinafikan jika wujud tarikan kimia yang begitu kuat antara kalian tapi silalah berhati-hati untuk pastikan peluang masa depan yang lebih cerah masih ada.- CARI Infonet Sumber : Majalah Wanista |
7
Bagus |
20
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT