CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Parlimen Sungai Besar Sah Pertarungan Tiga Penjuru

28-5-2016 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5742| Komen: 39

Oleh : TS Loo



sumber foto: mstar



Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar 

Beliau menganggap dirinya sebagai calon 'underdog' dan berjanji akan terus memberi kualiti kerja di Sungai Besar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang juga berada di bawah Parlimen Sungai Besar selain DUN Sungai Panjang.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina terhadap BN, Budiman berkata, rekod pencapaiannya dengan kumpulan itu semakin meningkat.


"Saya yakin pada kali ini pengundi Cina sudah mulai mengenali saya dan saya fikir ia (sokongan pengundi)  bukan masalah besar tetapi tidak mahu bercakap tinggi (besar)."




sumber foto: mstar


Pada hari yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ini.


Walaupun Pakatan Harapan masih belum membuat keputusan calon yang akan dipertandingkan, tetapi yang pastinya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar kali ini akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru.


PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun ini berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.  - CARI Infonet




sumber berita : www.bernama.com
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wana89 28-5-2016 12:32 AM
Ingat cikgu muslimin tu.. Sebab orang kuat arwah. Ramai yang sokong katanya.. Btw, datuk noriah ni macam ramai yang suka.. Jenis buat kerja.. Gigih dia berkerja..dan tengok macam cepat mesra. Xhairan la sampai azmin dan rapiji pun puji dia.. Wana agak jer mohon kesahihan dari @zehra2
Quote dizzek 28-5-2016 12:35 AM
Edited by dizzek at 28-5-2016 12:37 AM

Kalo mat sabu jadi calon PANt*t pun ok

Lepas tu untuk calon bebas pulak abdul rani kulop

#kipidap
Quote pyropura 28-5-2016 12:56 AM
..haha,umngok pun dah ikut pumbangkang, pilih Adun jadi calon MP, so kemungkinan salah satu (atau semua) yang berikut:

a. umngok dah takde calon yang baik pangai
b. umngok dah takde calon lain yang wibawa
c. umngok takde chance nak menang...

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN)...


Quote MarryPottet 28-5-2016 02:16 AM
padan muker atok jamal ikan bakar sekenching tak terpilih sebagai calon
rumah terbakor nampak asap, hati atok jamal terbakor ikan jadi mangsanya
Quote Lollipop111 28-5-2016 02:46 AM
pyropura replied at 28-5-2016 12:56 AM
..haha,umngok pun dah ikut pumbangkang, pilih Adun jadi calon MP, so kemungkinan salah s ...

maksudnya, pembangkang lglah teruk ye??? sbb brapa ramai yg buat mcm tuh... ad yg kawasan parlimen kt penang,
ADUN kt selangor...cross-negeri gitu..
Quote pyropura 28-5-2016 02:51 AM
Lollipop111 replied at 28-5-2016 02:46 AM
maksudnya, pembangkang lglah teruk ye??? sbb brapa ramai yg buat mcm tuh... ad yg kawasan parlimen ...

..pumbangkang memang buat bende ni dari dulu lagi, sebab kekurangan segala2 especially kewangan, logistik dsb...
umngok yang maha kaya & serba lengkap first time buat bende nih, macam desperate ke ape tak tau lah...
Quote Atheis 28-5-2016 03:02 AM
aku rasa BN akan menang cemerlang  
Quote zehra2 28-5-2016 06:11 AM
Tunggu dulu calon2 lain.
Sekinchan tu yg unpredictable voters..
Quote revolusi_30 28-5-2016 07:51 AM
pyropura replied at 28-5-2016 12:56 AM
..haha,umngok pun dah ikut pumbangkang, pilih Adun jadi calon MP, so kemungkinan salah s ...

Umno rela recycle calon dari calonkan pak jamal burger.... Habisla kerna tu kawasan pak jamal.  Godfather gitu
Quote revolusi_30 28-5-2016 07:52 AM
Lollipop111 replied at 28-5-2016 02:46 AM
maksudnya, pembangkang lglah teruk ye??? sbb brapa ramai yg buat mcm tuh... ad yg kawasan parlimen ...

pumbangkang memang buat bende ni dari dulu lagi, sebab kekurangan segala2 especially kewangan, logistik dsb...
umngok yang maha kaya & serba lengkap first time buat bende nih, macam desperate ke ape tak tau lah...  
Quote dodolgemok 28-5-2016 08:06 AM
Lollipop111 replied at 28-5-2016 02:46 AM
maksudnya, pembangkang lglah teruk ye??? sbb brapa ramai yg buat mcm tuh... ad yg kawasan parlimen ...

pumbangkang memang buat bende ni dari dulu lagi, sebab kekurangan segala2 especially kewangan, logistik dsb...
umngok yang maha kaya & serba lengkap first time buat bende nih, macam desperate ke ape tak tau lah...
Quote NAT_11 28-5-2016 08:27 AM
Kemungkinan AMANAH menang lebih cerah sebab....... Umno/pas satu team.
Yg berpecah undi ialah mereka. Amanah akan dpt undi dpd org umno yg
kecewa dgn umno. Org umno yg kecewa tidak akan undi pas sebab
pas/umno satu kapal.

Amanah juga dpt undi dpd org pas yg kecewa dgn dasar caca marba pas.
Mereka tidak akan undi umno sb sejak mula pun mereka mmg benci umno!

Amanah juga akan dpt undi dpd org dap dan pkr yg jelas2 mmg anti dgn
kerajaan umno bn. Golongan ini tidak akan undi umno atau pas dsebabkan
pelbagai isu yg membelit umno dan disenyap sunyi oleh pas. Pas terdiam
atas kebobrokan yg dilakukan oleh pemimpin umno.

Amanah akan dpt undi dpd golongan atas pagar yg kecewa dgn masalah
yg melanda. Golongan ini tidak berparti. Mereka lebih melihat kpd isu.
Sokongan mereka tidak padu kpd mana pihak. Mereka akan mengundi
pihak yg dilihat sebagai hero dan mampu menyelesaikan masalah.

Hujah...bahawa pas/ umno satu team ialah...mereka akan bekerjasama
membalun amanah dlm setiap sesi ceramah mereka. Mereka tidak
akan menyerang satu sama lain.

Kerjasama mereka akan memudahkan pengundi membuat pilihan!!
Insyaallah amanah akan menang bergaya!!

Quote wana89 28-5-2016 08:28 AM
zehra2 replied at 28-5-2016 06:11 AM
Tunggu dulu calon2 lain.
Sekinchan tu yg unpredictable voters..

Sekinchan tu byk chinese kan.. kalo ada PAN swing to PAN
Tapi melayu pun mcm pecah undi jer.. Ada group datuk noriah ni kan yg sokong SU dia..
Mana yg ok bagi uols
Quote wana89 28-5-2016 09:10 AM
NAT_11 replied at 28-5-2016 08:27 AM
Kemungkinan AMANAH menang lebih cerah sebab....... Umno/pas satu team.
Yg berpecah undi ialah merek ...

Wana pun tengok macam amanah boleh menang    but not mat sabu hokay..  
Kem BN, jangan menang jadi arang kalah jadi abu takut ada swing undi pulak nanti sebab org lain tercalon
All the best utk semua
Quote zehra2 28-5-2016 09:14 AM
wana89 replied at 28-5-2016 08:28 AM
Sekinchan tu byk chinese kan..  kalo ada PAN swing to PAN
Tapi melayu pun mcm pecah undi jer ...

Team strategik yg port kat sekinchan ckp sampai saat akhir ada nama
jamal ikan bakor.. - ketua bhgn
muslimin  - org dato noriah
widya wati - ketua puteri. ( nama mcm film star.. tak tau apa profesionnya) lawa kot.. tokey komestik?

Tetiba nama budiman pulak sangkut.
Jd iols jangka kan kalo budiman menang.. confirm next election noh omar bulih bungkus.
Jamal tu sedara mara noh omar katanya..
Tk tau ler sedara cawangan no 1 ke 2 ke lain2 ke..
Tunggu calon parti oren dulu..
Quote wana89 28-5-2016 09:26 AM
zehra2 replied at 28-5-2016 09:14 AM
Team strategik yg port kat sekinchan ckp sampai saat akhir ada nama
jamal ikan bakor.. - ketua b ...

Jamal lembu dengan yang perempuan tu, wana xjangka jadi calon.. Wana jangka cikgu tu jadi calon sebab kempen hastag tu bukan main lagi

Wana tengok xada lagi mana2 penduduk yang sayang sangat pada YB mereka macam  sungai besar ni.. tok noriah ni memang jaga kawasan ker seperti diceritakan?? rajin turun padang??

Sorry la.. MP tempat wana xpernah wana nampak batang hidung dia..  Yelah, dia bagi alasan dia TM kan..So ada MP yang rajin, tambah lagi TM, rasa kagun juga

Btw, wana harap parti oren jangan calon mat sabu.. Macam geli pun ada
Quote dodolgemok 28-5-2016 09:48 AM
NAT_11 replied at 28-5-2016 08:27 AM
Kemungkinan AMANAH menang lebih cerah sebab....... Umno/pas satu team.
Yg berpecah undi ialah merek ...

Amin sis, biar pas terdiam dek ego lobai yg menggunung.
Quote waksir 28-5-2016 10:09 AM
pas calonkan adun meru????
meru pun mundur ... walhal lokasi dh dekat dgn setia alam & klang sentral
harapkan geng2 dap tu je yg majukan meru ...
Quote Voyagers 28-5-2016 10:28 AM
pyropura replied at 28-5-2016 02:51 AM
..pumbangkang memang buat bende ni dari dulu lagi, sebab kekurangan segala2 especially kewangan, l ...

umngok yang maha kaya & serba lengkap first time buat bende nih, macam desperate ke ape tak tau lah...


macam salah je statement engkau ni
dah lama dah umno buat benda ni
mustapha mohamad, anuar musa tu semua mp dan adun ...


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.283412 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top