CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel Mewah 6 Bintang Jangka Siap Selama 19 Bulan Di Langkawi - Najib

30-5-2016 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8090| Komen: 116

Oleh Izzah Abbasy

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembinaan hotel mewah seperti The St Regis Langkawi merupakan strategi bagi meningkatkan lagi reputasi pulau peranginan ini di persada dunia, khususnya dalam kalangan pelancong berpendapatan tinggi

Beliau berkata dengan pembukaan hotel mewah itu, nama Pulau Langkawi akan mendapat tempat lebih tinggi lagi di peringkat antarabangsa melalui pembangunan lain yang bakal menyusul.

"Apa yang belum dapat kita lakukan ialah (promosi untuk) membawa pelancong 'upmarket' (kelas tinggi) atau pun 'premium market' (pasaran premium) ke Langkawi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pembinaan hotel bertaraf enam bintang itu merupakan permulaan kepada usaha mewujudkan lebih banyak lagi infrastruktur pelancongan yang bersesuaian dengan citarasa pelancong berpendapatan tinggi.

"Hasilnya, hotel ini siap dalam masa 19 bulan. (Ini merupakan) satu rekod (kerjasama) swasta dan kerajaan yang boleh menjayakan projek bertaraf antarabangsa dan menepati bajet," katanya.

Projek The St Regis Langkawi merupakan usaha sama di antara Kementerian Kewangan menerusi Ministry of Finance Incorporated dan Rajawali Group, sebuah syarikat dari Indonesia. - CARI Infonet



Foto : BH Online


Kredit : Astro Awani

7

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote parilala 30-5-2016 11:17 AM
mahal ler nak msuk langkawi pasni
Quote parilala 30-5-2016 11:17 AM
dah ade ke benang ni?
Quote sipendiam 30-5-2016 11:20 AM
ke untuk bini ko melepak sambil bersopping habiskan dana negara
Quote axl_bach 30-5-2016 11:24 AM
Satu malam RM2000-4000,hmmmmmm
Quote jelitaqasyah 30-5-2016 11:26 AM
acah2 nk jadikan negara cam dubai meh? rakyat pun terumbg ambing
Quote axl_bach 30-5-2016 11:28 AM
Quote sarahmirza 30-5-2016 11:30 AM
Hotel mahal tapi persekitaran kampung, ada tempat yang pemandangan bukan sahaja sakit mata memandang tetapi menjijikkan. Boleh tak bantu orang kampung naik taraf ekonomi mereka dan sekaligus mencantikkan rumah mereka dan memastikan persekitaran bersih dan cantik. Yang itu patut diutamakan dulu sebab Langkawi ni kecil, sehari ronda naik kereta pun boleh. Malu je pelancong asing meronda pulau tengok daif penduduk tempatan.
Quote espri6006 30-5-2016 11:31 AM
habislah..belum pun sempat aku merasa jejak kaki di Langkawi..sudah mau naik taraf pulau mewah...adoi.
Quote axl_bach 30-5-2016 11:33 AM
sarahmirza replied at 30-5-2016 11:30 AM
Hotel mahal tapi persekitaran kampung, ada tempat yang pemandangan bukan sahaja sakit mata memandang ...

tu baru laa rare, percutian mewah yg kekampungan....lol
Quote axl_bach 30-5-2016 11:34 AM
espri6006 replied at 30-5-2016 11:31 AM
habislah..belum pun sempat aku merasa jejak kaki di Langkawi..sudah mau naik taraf pulau mewah...ado ...

alah, aDA JER otel murah....Adya hotel pun ok what...
Quote sarahmirza 30-5-2016 11:36 AM
axl_bach replied at 30-5-2016 11:33 AM
tu baru laa rare, percutian mewah yg kekampungan....lol

Kekampungan okay je... Tapi kalau rumah kampung dijaga & persekitaran cantik macam kampung Morten pun boleh la jadi contoh sikit, tak la malu sangat.. Ini rumah kampung, persekitaran dah tak ubah macam apa entah. Pengotor juga orang langkawi.
Quote nikaido 30-5-2016 11:36 AM
Bagi aku, kl dah harga mahal, baik pergi bercuti dkt island oversea. Maldives ka,bora2 ka, Mauritius ka. Nanti org tanya “cuti pegi mana nikaido?” “pergi langkawi“ “la pergi langkawi je ke?“ walhal kos pegi langkawi lagi mahal haha!
Quote sarahmirza 30-5-2016 11:37 AM
espri6006 replied at 30-5-2016 11:31 AM
habislah..belum pun sempat aku merasa jejak kaki di Langkawi..sudah mau naik taraf pulau mewah...ado ...

Banyak hotel/chalet or homestay harga patut kat langkawi.
Quote axl_bach 30-5-2016 11:46 AM
nikaido replied at 30-5-2016 11:36 AM
Bagi aku, kl dah harga mahal, baik pergi bercuti dkt island oversea. Maldives ka,bora2 ka, Mauri ...

Ko jgn igt langkawi x best......Langkawi laa best, DISCOVER KEDAH 2016.....
Quote epis 30-5-2016 12:06 PM
bagi saya berbanding phuket dan langkawi, lebih kurang je.. tapi phuket lagi menjadi pilihan pelancong sebab banyak direct international flight ke situ... masa saya ke phuket ritu, flight dari brazil pon ade ke phuket... lepas tu, banyak aktiviti boleh dibuat, ada taman harimau, gajah, pertunjukan binatang air...

langkawi kene pelbagaikan lagi... tanah banyak kot pulau tu...
Quote intan_smsb 30-5-2016 12:07 PM
pantai langkawi bg aku x brp cantik
Quote patt_sue 30-5-2016 12:14 PM
banyak gila hotel2 mewah kat langkawi....

Datai,andaman, tanjung rhu,4 seasons, danna,westin, st regis
Quote CiliPadiSedap 30-5-2016 12:41 PM
pekan kuah banyak je bajet hotel..

dekat kilim, padang mat sirat, ayer hangat banyak je homestay..

tapi jangan pergi masa peak season macam LIMA

dinasihatkan bawa khemah sebagai back up kalau tak de tempat tidur
Quote becir 30-5-2016 12:44 PM
kat langkawi, tg rhu tu je cantik utk mandi manda berjemur...

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055685 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top