20 Julai 2013 ALOR GAJAH - Seorang penganggur akhirnya berjaya ditahan polis kelmarin setelah taktik mengail duit dari tabung sebuah masjid di Kuala Sungai Baru di sini, berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV). Penahanan lelaki berusia 28 tahun itu sekaligus menjawab persoalan siapakah yang sering mencuri wang derma di dalam tabung berkenaan selepas kejadian disedari pengurusan masjid sejak awal bulan lalu. Menurut sumber, pihak pengurusan masjid kemudian membuat laporan polis sebelum siasatan lanjut terhadap rakaman CCTV dilakukan dan mengesan suspek mengail wang menggunakan lidi dan benang. “CCTV juga berjaya merakam suspek bukan sekali malah beberapa kali mengail duit di dalam tabung masjid dengan lidi dan benang. “Setelah CCTV itu berjaya diproses, akhirnya suspek berjaya dikesan dan penangkapan dilakukan di rumahnya di Kuala Sungai Baru kira-kira jam 4 petang semalam (kelmarin),” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan turut mempercayai suspek terlibat beberapa kes di daerah itu. “Kami percaya, penangkapan suspek membantu menyelesaikan beberapa kes curi membabitkan wang tabung masjid di sekitar daerah ini,” katanya. Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 /511 Kanun Keseksaan.#
|
8
Bagus |
2
Marah |
7
Terkejut |
1
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Muntz posted on 20-7-2013 11:53 AM
Takder ker org2 masjid yg inovatif sikit cipta tabung yg susah nak dicuri?
sepiITUindah posted on 20-7-2013 02:38 PM
mesin ATM tu dah sehabis canggih pun tewas ditangan pencuri
ADVERTISEMENT