Oleh Izzah Abbasy
Kejadian ini berlaku pada 29 Mei lalu apabila lelaki bernama Laksh Yah mendakwa kakitangan HKL berkenaan bermain telefon, berborak-borak dan makan semasa sedang bekerja. Menjadi viral di laman sosial kisah yang dimuatnaik di laman sosial Facebook miliknya dengan beberapa keping gambar dan artikel yang mendakwa kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur buat kerja main-main. Terpanggil dengan viral itu, Penolong Pegawai Perubatan telah tampil untuk menjawab dakwaan lelaki tersebut yang dikatakan cuba memburukkan nama kakitangan HKL berkenaan. Berikut adalah penjelasan mereka. Terkini terjadi lagi satu kes viral di alam maya yang di muat naik oleh seorang individu yang tidak profesional iaitu dengan menggunakan medium media massa dalam menyampaikan aduan sedangkan saluran aduan yang sebetulnya telah di wujudkan sejak sekian lama lagi. Memandangkan kes ini melibatkan dengan staff Penolong Pegawai Perubatan (PPP) seperti gambar di bawah, kami selaku rakan sejawat akan menjawab bagi membersihkan kembali nama PPP yang di salah ertikan tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada masa kejadian. Penjelasan yang bakal di jelaskan akan merangkumi fakta secara umum bagi memudahkan pemahaman orang awam dan akan menerangkan serba sedikit tugas staff perubatan khususnya PPP dalam kes viral ini. Untuk makluman pengadu dan orang awam :
Kepada staf kesihatan umumya termasuk PPP yang terlibat dalam isu ini, bertabahlah dalam menghadapi tomahan ini kerana zaman sekarang orang lebih menggunakan kecerdikan yang ada tidak pada tempatnya dan lebih mengejar populariti tanpa mereka sedar ia nya memakan diri sendiri dan seharusnya mengambil iktibar atas apa yang terjadi seperti tidak melakukan perkara yang boleh mengundang cakap cakap dan fitnah orang awam. - CARI Infonet |
15
Bagus |
7
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT