CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Halalkan 'Hutang' Wang Hantaran Belum Dibayar Bekas Suami?

13-6-2016 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 37980| Komen: 175

Oleh Izzah Abbasy

Menjadi ibu tunggal ketika mengandungkan anak sulung pastilah perit bagi seorang wanita.

Hal ini jugalah terpaksa ditanggung oleh pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang berpisah dengan suami ketika hamil permata comel mereka terdahulu.

Jika kita masih ingat, Elly pernah membuat kenyataan bahawa beliau bersyukur bekas suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada bayi mereka.

Terkini Elly mendedahkan perkara sebenar bahawa beliau terkilan dengan tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikannya kerana telah 'menangkap' Elly dengan lelaki lain sewaktu menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.

"Sepanjang perceraian,
Azmi Hatta langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.

"Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan," katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam masa yang sama, Elly turut meluahkan rasa terkilannya dengan dakwaan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi. Namun katanya beliau tidak menyimpan dendam dan berkira dengan tindakan bekas suami malah beliau halalkan sahaja wang hantaran berjumlah RM11,111,11 yang sehingga kini masih belum diterimanya. Wang hantaran masih hutang? Bagaimanakah? - CARI Infonet








24

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
25

Sedih
13

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 13-6-2016 09:41 AM
hantara 11k pun hutang? direct dram bertepek2 kt tv
Quote sarukhan 13-6-2016 09:47 AM
mungkin masa mula2 tu cuba jaga aib, sementelah beliau sedar masyarakat tahu love-story diorg tu, lantas memilih untuk cover the true story bagi mengelakkan di-CASH-kan oleh para netizen..

mula2 boleh kot sabar & cover.. lama2 xboleh sabar, pommmm keluarlah statement br dr mek elly!


Quote Mleeen82 13-6-2016 09:49 AM
Mana betul la citer ni
Quote sepitsiput 13-6-2016 09:50 AM
yg penting nickname TT mengingatkan meols pd single pertama Elly....sutera kasih

jom karoks @refleCtion
Quote gula_tebu 13-6-2016 09:51 AM
apekah? dah orang buat spekulasi itu ini baru nak verita hal sebenar.

cerita asal tu sekadar wayang nak sedapkan plot jelah ye.
Quote sarukhan 13-6-2016 09:52 AM
Elly Mazlein Dedah Punca Penceraian, Nafi Curang Dengan Bekas Suami
Oleh Hazawani Ariffin pada 13 June 2016, 5:06AM
Sebelum ini Elly Mazlein ada memaklumkan bahawa beliau akan membuat tuntutan hak penjagaan anaknya selepas penceraiannya dengan bekas suami setahun lalu. Namun setakat ini beliau masih belum mendedahkan punca sebenar penceraian itu berlaku sehingga ramai pihak membuat andaian bahawa Elly berlaku curang dengan bekas suami.

BACA: Elly Mazlein Bakal Fail Hak Penjagaan Anak

“Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi”

“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan”

“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung punca sebenar penceraian diantara beliau dan suami, Azmi Hatta bercerai kira-kira setahun lalu yang tidak diketahui ramai.

Dalam masa yang sama, Elly turut meluahkan rasa terkilannya dengan dakwaan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi. Namun katanya beliau tidak menyimpan dendam dan berkira dengan tindakan bekas suami malah beliau halalkan sahaja wang hantaran berjumlah RM11,111,11 yang sehingga kini masih belum diterimanya. (rkty/w)

kredit -rotikaya
Quote azalia72 13-6-2016 09:52 AM
betul... kalau baca the whole article dlm paper mmg dia ada mention. terpaksa berselindung kisah sebenar sebab x nak burukkan keadaan.

rasanya bekas laki cam pun nak buat come back...siap terjah2 tempat shooting.

Quote manehnya 13-6-2016 10:00 AM
tu lah kejap kata baik sangat laki dia, sebelum beranak p scan sama2 la.. bla bla...

Quote watachiwa 13-6-2016 10:07 AM
sepitsiput replied at 13-6-2016 09:41 AM
hantara 11k pun hutang? direct dram bertepek2 kt tv

tokojut den membaco
seyes ko.. utang ke
camno setuju nikah ituhari
nasib x bergaduh mcm kes pantai dalam tuh
Quote siasia 13-6-2016 10:13 AM
tu dia..abes da suma org tau hantaran pon x dapek lagi. mujur la 11k..kalu 33k? 100k?
wahaaha..
Quote annehuda 13-6-2016 10:16 AM
ramai je aku kenal, bini sponsor duit hantaran. kasi senyap2 kt laki takut nk malukan die
Quote MISZZZ 13-6-2016 10:21 AM
kesian.. kurang2 rakyat marhaen share2 duit hantaran pon dapat la jugak separuh dari 11k tu heeee.......... bertabah la
Quote refleCtion 13-6-2016 10:24 AM
sepitsiput replied at 13-6-2016 09:50 AM
yg penting nickname TT mengingatkan meols pd single pertama Elly....sutera kasih

jom karoks @refl ...

ala kak sepit, iols baruu bersmule usah ditambah nasi dalam pinggan pecah ditepi tadi...
Quote -electrifying- 13-6-2016 10:27 AM
hamekkkk... asal berlaki kan
Quote LindaCat 13-6-2016 10:28 AM
die ni dari bertunang smpai kawin smpai dh beranak..byak benor hal nyer..sekejap cerita ini sekejap cerita tu..
Quote rinur123 13-6-2016 10:39 AM
Tabahlah Cik Elly ye ..
Quote prettyuglybabe 13-6-2016 10:40 AM
laki sengkek tu jugak yang ko rebut dulu kan..
tak berbaloi.. duit hantaran pun kena hutang
Quote sukacactus 13-6-2016 10:41 AM
Edited by sukacactus at 13-6-2016 12:25 PM

Dr awal perhubungan pun xbermula dgn baik
Quote fuzzyfuzzy 13-6-2016 10:42 AM
asal berlaki ke elly?? kesian kt ko...tapi apa nak buat..ko jg yg pilih jantan tak guna tu...

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.072753 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top