Oleh Izzah Abbasy
Tindakan seorang remaja lelaki sedang menyusun kasut para jemaah di Masjid Al Shariff Gombak mencuri perhatian jemaah dan menjadi viral semalam. Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook milik Putera Rawi dan mendapat lebih daripada 2,000 perkongsian dengan lebih 600 komen serta ditonton lebih 2 juta netizen.
Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen memuji tindakan mulia remaja itu dan tak kurang juga ada yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki serta berjaya di dunia dan di akhirat. Berdasarkan laporan Harian Metro, remaja lelaki itu dikenali sebagai Rahimi Ali Bakri, berusia 16 tahun. Katanya, "Saya suka memudahkan kerja orang apabila lepas pulang dari masjid, kadang-kadang mereka akan ada rasa marah. Saya mahu mereka gembira datang ke masjid ini. "Mereka kadang-kadang terdetik rasa marah sebab nak pulang tu lambat kerana selipar atau kasut tidak tersusun, saya nak bagi mereka rasa senang sedikit.” Rahimi bagaimanan pun tidak tahu tindakannya itu dirakam dan mendapat respon positif daripada orang ramai kerana dia tidak melayari Facebook. "Saya buat macam ini rasanya sejak tiga bulan lepas tetapi bukanlah setiap hari. Saya gembira juga sebab ada yang ucapkan terima kasih kepada saya." katanya. Menurut Setiausaha Masjid Al-Shariff, Rohaizad Ramli, 57, menyifatkan Rahimi sebagai budak yang baik, rajin ke masjid dan sering mengaji al-Quran. Nak buat amal ibadat bukan hanya dengan bersolat dan bersedekah sahaja, apa yang adik ini lakukan juga dikira sebagai membuat kerja amal dan patut dijadikan contoh. Selamat berpuasa semua! - CARI Infonet Kredit : Harian Metro dan Facebook Putera Rawi
|
14
Bagus |
25
Marah |
18
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT