Oleh : Dean BZ
Penyebaran beberapa keping gambar yang menunjukkan pelawak terkenal, Acappan memakai baju Melayu, berkopiah dan berada di surau telah tersebar luas di dunia maya pada hari ini. Melalui beberapa status dan kenyataan di media sosial, Acappan dikatakan telah memeluk Islam sempena Ramadhan ini. Namun sejurus mengetahui berita mengenai dirinya itu, pelawak Acappan segera memberi penjelasan dan meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita fitnah kononnya dia sudah memeluk Islam. Memetik penjelasannya kepada mStar Online, Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.
"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu. "Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan akwan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin. Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan. Dikukuhkan lagi dengan gambar bersama rakan artis itu, berita palsu mengenai Acappan telah memeluk Islam tersebar dengan pantas dan ramai yang mengucapkan syukur atas penghijrahannya itu. Acappan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan. "Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama kerana dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam. "Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya. Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada semua rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya. Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul. "Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berkenaan berita ini," ujarnya. Diharapkan pembaca menghormati permintaan Acappan dan menghentikan penyebaran berita palsu ini. Mungkin berita sebelumnya mengembirakan kita disaat mendengar Acappan telah pun berhijrah menjadi "saudara baru", kerana itu berita palsu ini sangat cepat tersebar. Apa pun, tindakan pembuat fitnah ini sangatlah tidak bertanggungjawab dan memalukan walau apa pun alasannya. - CARI Infonet. Sumber - mStar Online |
7
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FanTasyCreaTioN replied at 13-6-2016 03:28 PM
bagus cara dia memberi penjelasan
kemaruk replied at 13-6-2016 03:30 PM
Dekat carigold dah berpusu pusu ummah ucap alhamdulillah..
Akhirnya hampa..
ADVERTISEMENT