CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Derma Darah Ketika Puasa, Amerika Muslim Dipuji

15-6-2016 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5613| Komen: 6

Oleh : TS LOO


Setalah kejadian tembakan yang berlaku di kelab malam di Orlando, Amerika, ratusan masyarakat tempatan beratur panjang di depan setiap bank darah di bandaraya tersebut, dengan niat untuk menderma darah kepada mangsa-mangsa penembakan. Walaupun tindakan tersebut hanya merupakan sumbangan yang biasa, tetapi sudah membuatkan ramai pihak rasa amat terharu.



sumber foto: CNN


Dalam pada itu, salah seorang penderma yang bernama Mahmoud telah menulis 9 ayat yang mudah faham tetapi menyentuh hati buat mereka yang membaca di facebooknya. Catatan status itu telah dikongsi lebih 170 ribu kali dalam tempoh masa satu hari sahaja dan berjaya mengumpul lebih 400 ribu orang memberi 'like', malah ratusan orang beri komen memuji tingkah laku Mahmoud. 



sumber foto: FB Mahmoud


Terjemah keseluruhan ayat yang ditulis Mahmoud:

- Ya, saya bernama Mahmoud, saya bangga pada diri kerana saya seorang Amerika Muslim.
- Ya, saya tetap derma darah biarpun dalam keadaan tanpa makan minum ketika bulan puasa, 
- Ya, saya marah dengan kejadian tembakan yang berlaku dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.
- Ya, saya sedih, kecewa dan marah, kerana perbuatan keji yang dilakukan oleh seorang individu gila yang menganggap dirinya seorang muslim.
- Ya, saya menjadi saksi ribuan orang berdiri dibawah matahari terik untuk menunggu giliran derma darah, biarpun dimaklumkan jangkamasa tunggu akan mengambil kira-kira 5 hingga 7 jam, itu semua saya tidak ambil kisah.
- Ya, inilah negara yang paling hebat di atas bumi ini, kelihatan orang ramai dari pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang secara sukarela mengagihkan air, jus, makanan, payung, krim sun block. Turut kelihatan ramai warga emas tampil menderna darah, di sebelah tepi saya terdapat wanita muslim yang bertudung memberi makanan dan minuman buat penderma darah yang sedang beratur.
- Ya, kami akan berada dalam satu barisan yang bersatu untuk sama-sama menentang segala ideologi permusuhan, ekstremis dan perkauman. 
- Ya, kami mempunyai jenis darah yang sama, jadi kami datang mendermanya. Ini kerana terdapat rakyat Amerika mengalami kecederaan, mereka memerlukan darah kami.
- Ya, kami masyarakat yang duduk di bahagian tengah Florida rasa amat pilu, tetapi kami mengetepikan segala persepsi seperti warna kulit, kaum, daerah, jantina dan pandangan politik,  sebaliknya berganding bahu menentang anasir yang cuba merosakkan kami. 

Mohmoud turut memuat naik gambar ketika dirinya sedang menderma darah pada status facebooknya.

Susulan 'posting' nya mendapat perhatian orang ramai, kebanyakan media utama berpusu-pusu menemuramah dia. Antaranya yang melaporkan, Mahmoud seorang penasihat kewangan dan kini berusia 38 tahun. Dia berhijrah ke Amerika sejak 14 tahun dahulu. Ketika itu dia hanya mempunyai beberapa US dollar dalam poketnya. Dia bekerja keras daripada seorang kerani di kedai serba guna, berubah menjadi seorang pegawai bank, dan kini telah berjawatan sebagai seorang penasihat kewangan. 


Setakat ini, dia merupakan seorang ayah yang mempunyai dua orang anak, oleh kerana anak lelakinya pernah masuk wad pada dua tahun lalu, pada masa itu, anak tersebut perlukan dua bungkusan darah setiap hari untuk terus hidup, hasil daripada pengalaman anaknya, membuatkan Mahmoud menyedari kepentingan darah. 

" Saya sedar mereka perlukan darah, jadi saya harus menderma"- CARI Infonet
33

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-6-2016 05:00 PM
Kat Malaysia pun kalau gi Pusat Darah Negara ada je yang menderma walaupun berpuasa.  Rasanya ada penerangah dari Utz dlm tv baru2 boleh je kalau nak menderma darah walaupun sedang berpuasa kalau tak memudaratkan diri.  Sama macam orang yg ambik jap utk diabetes dan inhealer utk pengidap asma.
Quote Esmiria 15-6-2016 05:05 PM
kloaku..idokle..tuk org tersyg jew
Quote Esmiria 15-6-2016 05:05 PM
tpi aku rsa, x baik tunjuk kebaikan kita pda org
Quote manjalara_01 15-6-2016 06:05 PM
Edited by manjalara_01 at 15-6-2016 06:08 PM
Esmiria replied at 15-6-2016 05:05 PM
tpi aku rsa, x baik tunjuk kebaikan kita pda org

alaa..die buat mcm ni ..sbb die ade rasa tanggungjawab...

kat sana & kat sini mana same...ade ke islamophobia kat malaysia?..
ade kot? tp antara org islam sndiri...

kalau u kat negara die org..mesti u rasa x senang ati..sbb yg "terrorist" club gay tu org Islam..
lagi2 skrg ni tgh hot dgn Donald Trump bagai....lagi2 dgn propa media kat sana nak buruk2kan org Islam...


pernah x baca komen2 ummah kokesen..kalau u tgk youtube..documentary Islam Amerika?..
so much of hate...like 95%....all hate,prejudice posts/comments towards muslims/Islam...cer tgk ni..then bc komen2 die org...[youtube]ulRRCA39qO8[/youtube]

i guess i bleh paham kenapa die nak bersuara tentang isu..ni...


Quote Lolzer 17-6-2016 04:47 AM
Esmiria replied at 15-6-2016 05:05 PM
kloaku..idokle..tuk org tersyg jew

We did for loved ones tu mmg benda obvious. But for the other people tu sense of humanity. So blergh belum pape dah idokle pfftttt
Quote minah_kidal 17-6-2016 04:33 PM
Esmiria replied at 15-6-2016 05:05 PM
kloaku..idokle..tuk org tersyg jew

sombongnye statement

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.250714 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top