CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hari Raya 2016 Gaya Lebaran Lihat artikel

‘Grace Kelly’, Koleksi Jovian Mandagie Untuk Zalora Raya 2016

17-6-2016 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14394| Komen: 40


Oleh : Dean BZ


Koleksi-koleksi busana hari raya dari pereka fesyen tersohor, Jovian Mandagie sememangnya dinantikan oleh setiap wanita setiap kali menjelang hari raya Aidilftri.

Dibawakan oleh LUX Magical Spell,Jovian Mandagie sekali lagi menghasilkan koleksi sentuhan ikonik ala "Grace Kelly" khas untuk Zalora.

Membawakan 40 rekaan kurung moden Ready-To-Wear dengan pelbagai warna dan fabrik bertekstur seperti kain krep mewah, Jovian berusaha mempamerkan personaliti klasik Hollywood, mendiang Grace Kelly yang akhirnya menjadi Puteri Monaco.  

Apa yang lebih menarik tentang koleksi ini adalah didatangkan dengan haruman dari wangian Lux Magical Spell yang berkekalan sehingga 8 jam.


Grace Kelly 


Menurut Jovian, dia memilih Grace Kelly sebagai ilhamnya untuk koleksi hari raya ini kerana sangat mengagumi keperibadiannya sebagai ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini. 

“Grace Kelly menarik perhatian saya sebagai tema tahun ini dan koleksi yang terhasil dari kerjasama ini adalah tentang kecantikan, kewanitaan dan ciri lain dari kehidupan ikon fesyen kegemaran yang masih dikenang sehingga ke hari ini, setiap reka bentuk yang dibuat adalah disediakan untuk semua wanita di luar sana tidak kira umur,” kata Jovian Mandagie. 

“Saya sentiasa mendapat ilham oleh wanita cantik dan dengan konsep tahun ini, ia mempesonakan saya untuk memberikan setiap wanita perasaan Grace Kelly.” tambahnya lagi.

Koleksi ini direka khas untuk setiap wanita yang mahu kelihatan feminin serta luxe dengan daya tarikan diraja. Harga untuk koleksi ini adalah antara RM320 hingga RM590. Jovian Mandagie untuk ZALORA, yang dipersembahkan kepada anda oleh Lux, boleh didapati di ZALORA.com.my, aplikasi mudah alih ZALORA, dan di kedai-kedai Jovian bermula bulan Jun . - CARI Infonet.




Sumber - utusan.com.my
Kredit foto - safura3.rssing.com
32

Bagus
25

Marah
32

Terkejut
27

Sedih
29

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-6-2016 04:24 PM
OK le not bad ada kelainan sikit
Quote kimchipedas 17-6-2016 11:04 PM
Bole tahan cantik tp rega mampu tgkje buat masa ni...
Quote nour2001 18-6-2016 05:39 AM
Pesen tah hapa2 tah...tak boleh lawan baju kurung asli jugak...kalau badan kurus kerimping bolehlah Pakai baju camni...yg pungkok besar elakkan lah Pakai baju mcm ni...
Quote Levespa 18-6-2016 02:00 PM
Retis boleh lah pakai baju yg lengan bersayap tu.. Kalau org biasa nampak pelik
Quote fifie_olin 20-6-2016 07:48 AM
yg pki ni selim melim cntk la di mata..
kalo yg debab pakei...haukkkk
Quote niena90 7-6-2018 09:51 AM
Tahun ni mmg design baju keras kejung kan. tak boleh imagine ddk kat kmpg pakai cmni, mmg berkicap la jwbnya. panas oiii
Quote farhana008 7-6-2018 10:06 AM
Kalau x basuh pinggan masa raya,boleh lah melawa pakai mcm ni
Quote fushimi 7-6-2018 10:28 AM
orang yang betul betul body cam cutting model je lawa pakai baju ni

kalau gendut sikit confirm hodoh yang amaks
Quote paz 7-6-2018 10:30 AM
Tak minat baju raya macam ni. Seksa rasanya.
Quote pittjie 7-6-2018 12:40 PM
tu gambar baju JM tahun 2016 ke tahun ni?? awat thread tahun 2016 naik balik ni?
Quote rukia2 15-4-2019 07:30 PM
590 tu ai bole dpt 5 helai baju raya
Quote michaepham 9-1-2021 06:05 PM
Edited by michaepham at 9-1-2021 10:07 AM

Thank you for sharing the article.Street View Online

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.040102 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top