CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa hidu busuk sampah

23-7-2013 02:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3364| Komen: 5

SUNGAI BESAR – Penduduk menggesa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) supaya mencari penyelesaian berkesan bagi mengatasi masalah bau busuk dari tempat pembuangan sampah di Jalan Anggerik Sungai Besar, di sini.

Penduduk, Khairul Idlan Ismail, 28, berkata, usaha untuk mengatasi masalah itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh memandangkan terdapat banyak perumahan di sekitar kawasan berkenaan.

Menurutnya, antara cadangan yang perlu dipandang serius penukaran tapak lokasi pembuangan sampah dan menangani masalah haiwan liar seperti anjing dan monyet.

“Haiwan liar yang menyelongkar sampah sarap dari tong sedia ada dipercayai punca masalah bertambah serius hingga menimbulkan bau kurang menyenangkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kedudukan tapak pembuangan sampah yang terlalu hampir dengan kawasan penempatan juga menyebabkan penduduk sering terdedah kepada bau busuk yang kurang menyenangkan.

“Selain bau kurang menyenangkan, penduduk juga terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti gatal-gatal dan gangguan pernafasan, terutama kepada kanak-kanak dan orang tua.

"Jika sebelum ini tong sampah itu diletakkan di kawasan berhampiran menyebabkan sisa sampah diselongkar bertaburan atas jalan hingga mencacatkan pemandangan," katanya.

Sehubungan itu, penduduk mencadangkan pihak berkuasa terlibat mencari lokasi lain yang lebih sesuai dan jauh daripada tempat penduduk.

“Bau busuk yang berpunca dari tempat pembuangan sampah itu akan menjadi lebih serius apabila hujan. Ketika hujan, nak makan pun kami tak sanggup kerana terlalu busuk.

"Selain busuk, keadaan tapak pelupusan sampah yang terlalu kotor juga menyebabkan penduduk terdedah dengan kekotoran yang dibawa serangga seperti lalat," katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan MDSB Noraini Ahmad berkata, jika ada cadangan. penduduk diminta supaya merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan susulan.

“Bagaimanapun, ia bergantung sama ada tempat itu boleh dilalui lori sampah untuk mengangkut sampah atau tidak di kawasan berkenaan.

"Sikap pengutip sampah mencari barangan kitar semula juga dipercayai menjadi punca sampah berselerak selain disebabkan haiwan liar," katanya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 23-7-2013 11:37 AM
111.jpg
Khairul Idlan menunjukkan tempat pembuangan sampah yang menimbulkan kurang senang penduduk setempat.
Quote pakwetizzaqyah 23-7-2013 11:38 AM
kerajaan tempatan tki buat kerja...mongok
Quote izamahmed 23-7-2013 11:41 AM
hari2 hidu sampah, makanan sedap pun takde rasa dah
Quote geng_tx 23-7-2013 11:53 AM
Besor itu je tempat buang sampahnya... kalau x de tong besor tu.. esok esok org buat tepi jalan gitu je...
Quote nicuya 23-7-2013 12:22 PM
hidu bau busuk bising....buang sampah merata2(kt luar tong) xnk bising ke?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056834 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top