CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Keselamatan Anak, Ibu Sanggup Bergelut Dengan Singa Gunung

20-6-2016 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5120| Komen: 8

Oleh : TS LOO



Kesayangan dan pengorbanan ibu terhadap anaknya memang tidak dapat dinafikan. 


Daripada kecil sampailah besar malah biarpun sudah berkahwin, ibu tetap melindungi dan memberi kasih sayang yang sama, demikianlah kesanggupan semua ibu berkorban untuk anak tanpa mengira masa dan tempat. 



sumber foto: www.washingtonpost.com



Sabtu lalu, seorang ibu yang enggan dikenali namanya tapi berasal dari barat Colorado, Amerika Syarikat terpaksa bergadai nyawa melawan seekor singa gunung yang menyerang anak lelakinya apabila terdengar jeritan anaknya yang berusia lima tahun di luar rumah mereka.


Menurut pejabat syerif di Pitkin County, ketika kejadian, mangsa yang sedang bermain bersama abangnya itu bergelut untuk melepaskan diri daripada singa tersebut yang menghempap badannya.

Pejabat syerif menjelaskan, budak itu segera dikejar ke hospital sambil menghubungi talian kecemasan 911 selepas berjaya menyelamatkan mangsa daripada dibaham oleh binatang liar itu.

Seorang jurucakap hospital kemudian memaklumkan, walaupun budak itu mengalami luka di bahagian muka, kepala dan leher tapi kini dalam keadaan stabil, manakala ibunya pula dirawat sebagai pesakit luar selepas cedera ringan di tangan dan kaki.

Difahamkan, singa gunung itu telah berjaya dikesan berada tidak jauh daripada sebuah kawasan kediaman sebelum menumpaskan haiwan tersebut menerusi kerjasama daripada pegawai penguatkuasa undang-undang di Bahagian Perkhidmatan Perhutanan AS, 

Colorado menjadi habitat kepada hampir 4,500 singa gunung, dan haiwan ini kadangkala merayau di petempatan manusia untuk mencari makanan. Sejak tahun 1990, singa gunung telah membunuh tiga dan mencederakan 18 mangsa di negeri tersebut.- CARI 






11

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 20-6-2016 03:47 PM
sapa suruh kacau habitat dia..

Quote AMDTurion 20-6-2016 04:16 PM
itu mak...

kalo anak...lari ....tingalkan ibu sampai kaki ibu kena kerat.

aish donia2...
Quote mdhelmi 20-6-2016 04:30 PM
nasib baik bukan hyena atau anjing hutan
diorg dapat mangsa terus je siat daging dan makan hidup2
tp tu kalo kat hutan africa la kot
Quote hanip_anip 21-6-2016 09:41 AM
mitak2 la anak tu da bsar nnt jadi orng bguna
Quote minah_kidal 21-6-2016 01:00 PM
huishh scary betul
Quote Artemesiaa 21-6-2016 05:13 PM
Berani betul ibunya
Quote zameyla 21-6-2016 05:16 PM
siibu sanggup buat apa saja...
Quote hsflndahmd 27-6-2016 05:42 AM
Kasih ibu...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.116217 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top