CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Difteria: Dapatkan Imunisasi Vaksin 5 Serangkai Untuk Anak

23-6-2016 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8059| Komen: 36

Oleh : TS LOO


sumber foto:http://www.bharian.com.my/


Susulan Selasa lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berasal dari Ujong Pasir, Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka pada Sabtu lepas akibat dijangkiti bakteria difteria.

Justeru itu, memetik laporan BH Online, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B. 



"Ia diberikan pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini."


"Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi."


Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan. 

Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Sehingga kini terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan itu dengan masing-masing satu kematian di Melaka pada Sabtu lepas dan Kedah, semalam.







24

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
21

Sedih
24

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 23-6-2016 10:44 AM
I guess this thread will sambung fight dari last thread
Quote idakamaruddin 23-6-2016 12:13 PM
seronok baca geng2 antivaxx yg bangang copy paste hadis je haha
Quote minah_kidal 23-6-2016 12:18 PM
geng2 antivaxx nak hujah apa lak ni?
Quote dinopower 23-6-2016 12:20 PM
minah_kidal replied at 23-6-2016 12:18 PM
geng2 antivaxx nak hujah apa lak ni?

tak amalkan habatus sauda....
Quote kemaruk 23-6-2016 12:30 PM
kalau korang nak tau, difteria ni penyakit panas..

habbatussauda hanya berkesan untuk penyakit sejuk je..

korang ape tau? penghina hadis dan sunnah!
Quote kemaruk 23-6-2016 12:33 PM

Quote enji 24-6-2016 08:09 AM
Me jumpa ni

https://www.organicfacts.net/hom ... for-diphtheria.html

And, one more thing.. tak pyh la nak membangangkan org sgt.. kata2 yg keluar tu doa utk diri sdri jgk. Jd, ada baiknya keluarkan yg baik2 saje..
Quote Innrukia 24-6-2016 08:14 AM
enji replied at 24-6-2016 08:09 AM
Me jumpa ni

https://www.organicfacts.net/home-remedies/home-remedies-for-diphtheria.html

Sapa yg bangang? Antivaksin? Ye betul tu. Benda2 neutral/ semulajadi sgt baik kalau pengambilan hari2 biasa lps dh amik semua suntikan vaksin...
Quote dinopower 24-6-2016 08:23 AM
enji replied at 24-6-2016 08:09 AM
Me jumpa ni

https://www.organicfacts.net/home-remedies/home-remedies-for-diphtheria.html

tp klau dah spesis antivax ni bangang sgt mmg itu realiti.... ikut je membabi buta.....
baca teori konspirasi pastu share kat org senang sungguh terperangkap dlm teori konspirasi yahudi
Quote dinopower 24-6-2016 08:27 AM
Innrukia replied at 24-6-2016 08:14 AM
Sapa yg bangang? Antivaksin? Ye betul tu. Benda2 neutral/ semulajadi sgt baik kalau pengambilan ha ...

puak2 anti vax suka baca sekerat je.... sah2 ujung2 die suh prevent ngan ambik vaksin jugak
pastu siap ckp home remedies ni bkn efektif kat seme org..... depend pd tubuh bdn.... so takyah la klaim pakar dgn stakat baca kat fb... google...
baca artikel yg bias... yg bkn ahli... yg ujung jual produk habatus sauda....



Quote famri7 24-6-2016 08:29 AM
Allahuakkbar xkuasa akak nk inject dna babi dan benda2 shubhah dan membesar jd darah daging anak akak.Allahu allahu selamatkan umat islam drpd usaha yahudi nasrani dalam menyebarkan penyakit kepada kami.

Tengok zaman rasullulah xpernah ada vaccin tapi mampu jer diorang hidup dgn iktikad dan kemaslahatan perubatan islam yang agung.kenapa kita harus percaya ubatan kafir yahudi semata2 ingin mengukit peredaran zaman? Perubatan islam adalah yng terbaik.

Mastura Kirana bt Saiful Batu
34, Jeli.kelantan.
Quote dinopower 24-6-2016 08:32 AM
famri7 replied at 24-6-2016 08:29 AM
Allahuakkbar xkuasa akak nk inject dna babi dan benda2 shubhah dan membesar jd darah daging anak aka ...

sis klau bleh p la join fb masyarakat perlu tahu tu.... bg tazkirah skit
Quote chazey 24-6-2016 08:36 AM
enji replied at 24-6-2016 08:09 AM
Me jumpa ni

https://www.organicfacts.net/home-remedies/home-remedies-for-diphtheria.html

Takda kata2 baik aku nak bagi untuk golongan antivax bodoh macam bakal ex bini @kopiluwak tu yang lagi sanggup bercerai dengan suami daripada setuju untuk vaksin anak.
Quote arasham 24-6-2016 08:40 AM
chazey replied at 24-6-2016 08:36 AM
Takda kata2 baik aku nak bagi untuk golongan antivax bodoh macam bakal ex bini @kopiluwak tu yang  ...

Teguh sunggu pendirian hingga sanggup runtuhkan masjid, sedangkan yg dipertahankan perkara yg tak boleh di terma akal..
Quote dinopower 24-6-2016 08:41 AM
chazey replied at 24-6-2016 08:36 AM
Takda kata2 baik aku nak bagi untuk golongan antivax bodoh macam bakal ex bini @kopiluwak tu yang  ...

tu bleh klaim antivak ni takde effect apa2....
yg backing imam muda ammar tu bkn main kat isu kecil yg dibesarkan....
nak mencarut pun ade... dah la tulis post tak matang....bile ditegur kata teleport pahala ka die..... org mcm ni korg nak follow?
Quote dinopower 24-6-2016 08:42 AM
arasham replied at 24-6-2016 08:40 AM
Teguh sunggu pendirian hingga sanggup runtuhkan masjid, sedangkan yg dipertahankan perkara yg tak  ...

tu besar peranan puak2 antivak ni..... mmg takleh dibiarkan.... bahaya gile kot mcm ajaran sesat.....

Quote arasham 24-6-2016 08:56 AM
dinopower replied at 24-6-2016 08:42 AM
tu besar peranan puak2 antivak ni..... mmg takleh dibiarkan.... bahaya gile kot mcm ajaran sesat.. ...

Itu pilihan mereka katanya, depa nak org hormati depa at the same time depa tak tau nak hormati org, bila ada yg kata tlg war2 kan yg anda ativac supaya kita boleh berjaga2 bila berjumpa depa, depa kata kita pandang rendah, siap tanya soklan setengah masak yg di ulang2 ank2 hang divaksin apa hang takut? Mcm saya almost a middle aged, saya ada prob dgn immune sistem, my white blood cells agak menurun sbb ambil ubat, very prone to penyakit jangkitan, mestilah saya kena jaga2 so depa fikir ank depa je, kemaslahatan ummah yg lain guane?
Quote dinopower 24-6-2016 09:02 AM
arasham replied at 24-6-2016 08:56 AM
Itu pilihan mereka katanya, depa nak org hormati depa at the same time depa tak tau nak hormati or ...

mmg depa selfish sgt..... depa ingat cucuk vaksin tu kira selamat la...nak takut apa katanya....
org cite risau psl outbreak.... penyakit lama dtg balik..... dahla ikut sunnah membuta tuli......apsl tak naik unta je dah kata ikut sunnah sgt
Quote Lina66 24-6-2016 09:18 AM

Org2 yg anti vax ni mase dorang baby2 dulu kene inject vaksin tak?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.071551 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top