Oleh : Dean BZ Thomas Ford, seorang penghibur dari Australia menjadi popular selepas dia memuat naik video lagu Rihanna, Work dalam bahasa Melayu di Facebooknya.
Tidak pandai bercakap dalam Bahasa Melayu tetap tidak menghalang niatnya untuk terus mencuba. Lagu berjudul "Esok Nak Raya" ini ditujukan khas untuk rakyat Malaysia yang bakal menyambut hari raya beberapa hari lagi. Muzik video itu menggunakan melodi lagu berjudul "I Gotta Feeling" nyanyian Black Eyed Peas dan lirik pula dihasilkan dengan kerjasama penyanyi pop elektro Malaysia, Sarah Zainal, atau lebih dikenali sebagai Ze Rebelle. Ford berkata dia yakin sebutannya dalam bahasa Malaysia agak teruk sama seperti masakannya (ketupat tak jadi) tetapi berharap lagu itu dapat menghiburkan mereka yang menonton. Dia juga mengakui masih belajar mengenali sifat Melayu dalam diri sendiri dan merancang untuk membuat persembahan pada tahun ini.
Sehingga kini muzik video itu ditonton lebih 100,000 kali dan hampir 4 ribu perkongsian. Jom layan. - CARI. Loading FB Video... Sumber - thestar.com.my
|
24
Bagus |
39
Marah |
35
Terkejut |
36
Sedih |
37
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT