Oleh : TS LOO
Berikutan tidak puas hati dibunyi hon, seorang individu bertindak ganas menetak pemandu yang membunyikan hon dengan parang. Menurut laporan Free Malaysia Today, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang tadi di Jalan Buluh Gading, Kuala Terengganu. Ketika itu, mangsa bersama isteri dan dua anak mereka dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Besut untuk meziarahi sanak saudara sempena hari raya Aidilfitri. Tanpa diduga, apabila kereta mangsa tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Kancil memotong masuk di hadapan kereta mangsa, disebabkan kejadian itu berlaku dalam sekelip mata, sekali gus mengejutkan mangsa. Justeru, mangsa pun bertindak membunyikan hon pada kereta Kancil itu.
Akibatnya, tuan punya kereta Kancil terbabit tidak puas hati dan turun kereta, membawa sebilah parang menuju ke arah kereta mangsa. " Mangsa turut keluar dari kereta dan bergelut dengan suspek." Menurut pihak polis, dalam pergelutan itu suspek dipercayai melibas parang lalu terkena lengan dan kepala mangsa. Difahamkan, ketika kejadian, ramai yang berada di sekeliling cuba membantu mangsa. Kelihatan orang semakin ramai di tempat kejadian, suspek kemudianya melarikan diri dengan kenderaannya dari tempat kejadian. Bagaimana pun, ketika meninggalkan tempat kejadian, suspek tercicir telefon bimbitnya. Kini telefon bimbit itu telah diserahkan kepada pihak polis oleh orang awam yang terjumpanya. Suspek sedang dikesan oleh polis dan kes disiasat siasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- CARI |
6
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
13
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cupu replied at 8-7-2016 06:32 PM
drama indon btol.ttgal tel bimbit plk
arrowtotheknee replied at 8-7-2016 07:37 PM
Bodohnya. Sendiri buat salah, sendiri mengamuk nak parang2 orang. Mental:
AkuSeru replied at 9-7-2016 08:26 AM
kalau xpuas hati lebih baik diam dan jgn buat apa2 scr melulu. aku pegang pd satu prinsip
"biar ...
AkuSeru replied at 9-7-2016 08:26 AM
kalau xpuas hati lebih baik diam dan jgn buat apa2 scr melulu. aku pegang pd satu prinsip
"biar ...
ADVERTISEMENT