CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rawatan Menakutkan, Kepala Kanak-kanak 'Diputar' Ganas Oleh Doktor!

20-7-2016 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5137| Komen: 10

Oleh : TS LOO



Seorang doktor yang menggelar dirinya Pakar Kanak-kanak telah memuat naik sebuah video berdurasi 26 saat yang bertajuk: "Tontonilah Kanak-kanak Diurut Sebelum Tidur", isi kandungan video sungguh menakutkan. 

Setelah menyaksikan video tersebut, rata-rata netizen mengecam sekeras-kerasnya aksi doktor itu terlalu ganas ketika menjalankan rawatan. 

Paparan video jelas kelihatan seorang doktor lelaki tanpa berhenti 'memutar' secara kasar bahagian kepala seorang kanak-kanak sebanyak hampir 20 kali dalam jangkamasa 10 saat.  

Sepanjang proses tersebut, kanak-kanak itu kelihatan tidak berhenti menangis dan kepalanya tetap 'diputar' secara berterusan sampai kemerahan.

Paparan video itu, menyebabkan ramai netizen rasa takut dan bimbang. Sehinggakan ada yang bertanya, "Macam ini caranya, takkan nak putuskan kepala budak itu? " 

Termasuk ada yang mengecam doktor itu sedang mendera kanak-kanak terbabit, selain curiga dengan pengalaman dan kelayakan doktor, ada juga menyelar ibu itu seorang yang bodoh.

Laporan berita Peng Bai, doktor Lee yang muncul dalam video itu berasal dari unit pemulihan hospital kesihatan kanak-kanak dan wanita di Wilayah Hubei. Walaupun berkelayakan tidak tinggi tapi mempunyai pengalaman lebih 30 tahun, dia berjaya lulus ujian dan memperoleh lesen perniagaan kedoktoran pada 2011. 

Timbalan Pengarah hospital tersebut, Doktor Wang menjelaskan, cara rawatan tersebut adalah untuk merawat kecederaan saraf. Setiap kali rawatannya ambil masa seminit, barulah bahagian saraf pesakit terangsang, sekaligus fungsi seluruh badannya beransur dipulihkan.

Tambah Dr Wang, walaupun cara rawatan dipertikaikan, tetapi Dr Lee tidak pernah terima komplain.  Menurut laporan, ibu tersebut pun tidak percaya pada awalnya, namun selepas mendapat nasihat seorang rakan, dia terpaksa mencuba kaedah itu.

"Sebenarnya melihat kedaan anak sebegini, saya pastilah rasa sedih, tetapi tiada cara lain, demi kebaikannya saya terpaksa merawatnya."

Selepas mendapat rawatan selama 8 bulan, ibu pesakit itu menyifatkan banyak perubahan yang berlaku kepada anaknya, dan kini boleh memijak lantai secara sempurna. - CARI



23

Bagus
31

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-7-2016 03:35 PM
Silap haribulan kalau tergeliat terus dapat kecacatan kekal
Quote CrowneGlory 20-7-2016 04:50 PM
sampai hati mak bdk tu tgk....mak pun ikut gila sama
Quote kampderlieben 20-7-2016 06:34 PM
Mak ye pon bodoh:
Quote PongKang 20-7-2016 07:49 PM
dia fefeeling ip man kot
Quote misscendol 20-7-2016 11:33 PM
macam2 heyyy lah. terpaksa aku mutekan speaker xnk dgr budak tu jerit
Quote bictoria 21-7-2016 12:19 AM
Carik pasal. Silap ribulan mati pulak budak tu
Quote HazeLJoseph 21-7-2016 12:24 AM
Aku yang berkelayakan buat chiro pun taklah memandai2 tak tentu hala.. tak memasal kualifikasi medik dan lain2 diangkut sama.. sia2 belajar ponek2 h
Quote Loloq89 21-7-2016 09:10 AM
cm bangang je
Quote zameyla 21-7-2016 11:01 AM
adoila..........ngilu..
Quote chinta89 21-7-2016 12:29 PM
yg ptg ujung2 aman2 dan ok jah budak tu.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065621 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top