CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paksa Anak Panjat Tiang Lampu Latih Kung Fu, Ibu Bapa Terima Amaran Polis

22-7-2016 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3852| Komen: 14

Oleh : TS LOO


sumber foto: wp.news365.my


Kebanyakan ibu bapa sanggup melakukan apa cara sahaja semata-mata membolehkan anaknya mencapai kemahiran yang diimpikan ibu bapa berkenaan tanpa mengambil tahu kemahuan atau kemampuan anak itu sendiri. 

Sebagai contoh, baru saja lepas sekolah, ibu bapa zaman sekarang lazimnya akan menghantar anaknya pergi belajar kamahiran yang lain sebagai tambahan seperti main piano, belajar menari, dan lain-lain.

Di bandar Qingtao, Wilayah Shantung, China, sepasang ibu bapa berikutan ingin anaknya mempunyai asas latihan Kung Fu yang berkesan, maka memaksa anaknya memanjat sebatang tiang lampu di sebuah taman awam. 

Tujuannya semata-mata untuk membantu meregangkan tulang anaknya dan keadaan tersebut disaksikan oleh orang ramai yang berada disekitar taman. 


Pihak pengurusan taman tersebut telah beberapa kali menasihat ibu bapa berkenaan tapi gagal. maka mereka terpaksa membuat laporan kepada polis.

Semasa proses latihan, selepas mengepit kedua kakinya di tiang lampu, ayah tersebut menggengam dua tangan anaknya dan terus tarik anaknya ke atas.

Setiap kali anaknya jatuh tergelincir ketika memanjat tiang lampu, ibunya akan menyokong anaknya di bawah dengan tangan dan memaksa anaknya sambung memanjat lagi.

Menurut pengawai taman : " Budak itu kelihatan asyik menjerit dengan kuat, seolah-olah tidak ingin untuk memanjat ke atas."

Setelah pegawai polis yang bergegas ke lokasi mengetahui keadaan sebenar apa yang berlaku, kedua-dua ibu bapa ditegur dan diberi amaran keras.

Kedua ibu bapa itu diberi peringatan bahawa cara latihan yang dilakukan ke atas anaknya itu boleh disabitkan kesalahan penderaan anak dan akan menerima hukuman setimpal di sisi undang-undang. - CARI




sumber info: http://wp.news365.my









2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ms.mango 22-7-2016 01:17 PM
tah apa2
Quote cmf_Kimmy 22-7-2016 03:32 PM
bodohnya mak bapak ni...kesian budak tu.
Quote Rainrein 22-7-2016 09:55 PM
Bongok punya mak bapak. Kesian anak anak yang dapat parents selfish macam ni.
Quote Artemesiaa 22-7-2016 11:15 PM
Lain kali gi pasang tiang sendiri kat rumah yang gi guna harta awam mana le tak kecoh
Quote HazeLJoseph 23-7-2016 12:56 AM
Berenti laaaa mentally , dan physically abuse budak tu.
Quote JpA0606 24-7-2016 12:44 PM
bongok ...
Quote yayah8989 24-7-2016 02:56 PM
ingat budak yg panjat tiang masjid tu
Quote misscendol 24-7-2016 11:11 PM
kesian. pengorbanan nk berkungfu
Quote spiderman80 24-7-2016 11:36 PM
Banyak sangat manusia pelik di China Darul Pelik.
Quote izriani 24-7-2016 11:50 PM
Buat tempat latihan sendiri lah di rumah..macam hal china ni
Quote izriani 24-7-2016 11:51 PM
yayah8989 replied at 24-7-2016 02:56 PM
ingat budak yg panjat tiang masjid tu

Itu bakat semulajadi, tak payah dipaksa
Quote yayah8989 25-7-2016 12:44 AM
izriani replied at 24-7-2016 11:51 PM
Itu bakat semulajadi, tak payah dipaksa

kene menurun ngan budak tu lah kekdahnye nanti   
Quote DeeHanania 18-8-2016 03:50 PM
Mcm2 yg pelik dri Tanah Besor China...
Quote Daisyna 25-8-2016 02:46 PM
gila ke apa suruh budak buat mcm ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.146223 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top