CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lim Guang Eng Diberi Amaran Terakhir - Peguam Negara

23-7-2016 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3930| Komen: 15

Oleh Izzah Abbasy

Amaran terakhir kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berhenti mengulas mengenai tuduhan jenayah salah guna kuasa dan rasuah yang sedang dihadapinya. 


Amaran itu dikeluarkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan terbaru yang dilihat menyerang integriti Mohamad Apandi sebagai Pendakwa Raya. 


"Guan Eng berbuat demikian sejak beliau didakwa di mahkamah dan saya sudah memberikan amaran menerusi (akhbar) The Star supaya berhenti bertindak sedemikian, selain sudah meminta peguamnya untuk menasihati beliau. 

"Saya perlu mengeluarkan amaran terakhir ini kerana komen terbarunya sama seperti serangan ke atas integriti saya sebagai Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang. Mohamed Apandi berkata, beliau perlu mempertahankan diri atas tuduhan tidak berasas yang mempertikaikan integritinya. 

"Dalam proses mempertahankan diri, saya mungkin perlu mendedahkan bukti yang pihak pendakwaan ada untuk mensabitkannya dan semua dokumen itu berada dalam simpanan saya," katanya.

Kredit : BHarian 
4

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakletop 23-7-2016 03:09 PM
Bila nak trial ni
Dah la sprm mcm siput kes lge ni
Quote mak_wa95 23-7-2016 03:16 PM
amaran menerusi akhbar
Quote roy3 23-7-2016 03:20 PM
Cehh lge ke dlm ni..nk cite pe lg..tetibe nk bubar dun bagai.ingat org xde kj lain ka?
Quote dizzzzek 23-7-2016 03:21 PM
apundek

rasuah 1mdb di mata depan anda buat buta ya
Quote pakletop 23-7-2016 03:33 PM
Pm tak di namakan dlm suit
Lge kena charge complete documentary evidences
Jgn marah eh kafir harbi
Quote wajevo 23-7-2016 05:36 PM
pakletop replied at 23-7-2016 03:09 PM
Bila nak trial ni
Dah la sprm mcm siput kes lge ni

Kalau kes merhain bilis laju aje sprm.
Quote juboqlembu 23-7-2016 05:56 PM
Takyah nak habis tenaga tahan ikn bilis. Jangan nak cocky sangat pandi, lepas najib karam hang ingat hang boleh srlamat
Quote bioessence 23-7-2016 06:28 PM
Yg nampak lge ke jail
Daddy angkat madey hilang tun
Quote oppol 23-7-2016 08:28 PM
Edited by oppol at 23-7-2016 10:16 PM





Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali diminta tidak "mengugut" Lim Guan Eng kerana bercakap kepada umum mengenai kes mahkamahnya.

Peguam Gobind Singh Deo berkata sebagai ketua menteri Pulau Pinang Lim berhak menjelaskan pendiriannya kepada orang ramai.

Gobind yang juga peguam bela Lim berkata ADUN Air Puteh itu adalah ketua menteri dan wujud keperluan untuknya memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa dia minta dibicarakan atas tuduhan rasuah, serta alasan mengaku tidak bersalah.

"Saya menyeru peguam negara berhenti mengugut anak guam saya, jika tidak saya tidak akan teragak-agak memulakan prosiding ke atasnya di mahkamah tinggi Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pagi tadi Apandi Ali membuat kenyataan mengingatkan Lim supaya derhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi.

Kata Apandi, ia adalah peringatan terakhir berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak hari beliau dihadapkan ke mahkamah.

"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.

"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.

"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya.

Dalam perbicaraan itu Apandi mengetuai sendiri pasukan pendakwaan ke atas Lim.

Mengenai kenyataan bahawa Apandi sudah memberi peringatan kepada Lim memalui peguam ketua menteri itu, Gobind menafikannya.

“Saya cabar beliau kemukakan bukti mengenainya. Saya tidak bercakap dengannya sejak hari anak guam saya didakwa dan dia tidak pernah menyatakan kebimbangan kepada saya secara peribadi sehinggalah kenyataan dibuatnya kepada media hari ini," kata Gobind.

Dia turut mengingatkan Apandi supaya bertindak sesuai dengan jawatannya.

"Beliau mesti ingat peranannya sekarang ialah pendakwa awam yang mengendalikan kes di mahkamah tinggi, dan saya mengetuai pasukan peguam bela ketua menteri.

"Ada peraturan terpakai untuk pegawai undang-undang. Jika anda ada masalah anda patut bangkitkannya kepada peguam di pihak satu lagi, dan jika ada pertikaian, ada cara ia boleh diatasi dengan wajar," katanya.
Quote pakletop 23-7-2016 08:45 PM
Kebenaran akan terserlah jua
Quote alieyrina 23-7-2016 09:55 PM
Dalam tamil, pandi tu bukan maksud kerbau pendek ka..
Quote shamsadis 23-7-2016 10:10 PM
Chittt kalau kena gang sendiri semua boleh dasar mentaliti Pakatan Rakyat
Quote juboqlembu 23-7-2016 10:35 PM
Apundi ni mmng pundek. Muka pedo nih.
Quote misscendol 24-7-2016 11:08 PM
hahahahahaahhahahahahahhahaha
Quote zekMR 24-7-2016 11:19 PM
Lagi cepat sumbat cina bermulut longkang bernama LGE ke dalam penjara lagi baik

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.105508 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top