Oleh : TS LOO
Enam suspek kumpulan militan IS yang dikaitkan dengan pengeboman di kelab malam Movida di Puchong dibawa ke mahkamah Petaling Jaya untuk didakwa siang tadi. Menurut laporan , suspek bernama Imam Wahyuddin Karjono, 20, menghadapi 11 pertuduhan sementara Junius Ondie @ Jahali, 24, berdepan 10 pertuduhan, termasuk cuba membunuh dan kesalahan dibawah akta senjata merbahaya. Di Mahkamah Majistret, mereka menerima lapan pertuduhan melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan menggunakan fius lever jenis M213 di premis tersebut sehingga menyebabkan lapan individu cedera. Sementara Imam Wahyuddin menerima satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk melanjutkan ideologi menggunakan aplikasi 'Telegram' di telefon bimbit.
Tiada pengakuan direkodkan dan majistret Zaki Ashraf menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Selain itu, dua orang lagi suspek dibawa ke mahkamah Klang untuk pendakwaan. Manakala dua orang lagi masing-masing dituduh di mahkamah Kuala Lumpur dan Ampang. - CARI |
10
Bagus |
17
Marah |
12
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT