oleh Adib Za Perjumpaan ketika rumah terbuka sempena Aidilfitri ataupun reunion rakan sekolah memang satu acara yang sangat baik kerana mengeratkan lagi ikatan silaturahim.
Malangnya, sebilangan yang hadir lupa dengan tujuan asal majlis dan segera menunjukkan taring masing-masing. Bukan lagi, majlis mendekatkan yang jauh, sebaliknya menjadi majlis menunjuk-nunjuk kelebihan diri, kekayaan dan juga perkembangan diri yang kononnya begitu hebat. Ini yang dikongsikan oleh seorang netizen, bernama Nain Hanafiah. Dalam majlis reunion sekolah rakannya (dia hanya menemani) didapati terdapat beberapa kelompok manusia. Kelompok mereka yang makan gaji, bekerja sendiri, berstatus besar dan juga suri rumah. Soalan yang ditanya pula semuanya menjurus kepada elemen materialistik seperti pekerjaan terkini, kereta terbaharu, dan sebagainya. "Lagi memualkan ada sahabatnya yang terang-terang bercerita perniagaannya yang besar,
berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara." Mereka yang berstatus pula menyapa seperti mahu tidak mahu dengan rakan mereka yang 'biasa-biasa'. Ini membuatkan netizen berasa tidak faham mengapa kemampuan dan harta boleh memisahkan ikatan sebuah persahabatan? Baca nukilan netizen ini. |
21
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
27
Sedih |
14
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT