Oleh Izzah Abbasy
Anda pakai kereta lama atau baharu? Jika kereta lama, simbol yang ditunjukkan tidaklah sebanyak kereta baharu. Teknologi kereta semakin canggih kan, jadi semuanya simbol-simbol ada depan mata anda sahaja. Tapi perlu diingatkan tak semua kereta ada semua simbol. Seperti 13 simbol pada 'dashboard' meter kereta anda. Pasti ramai yang masih tak tahu apa fungsinya. Adakah ia sekadar perhiasan? Simbol yang dibuat sudah tentulah untuk memberi peringatan dan info kepada anda bukan perhiasan semata-mata ya. Jadi, jangan tahu isi minyak dan pandu sahaja ya! sebenarnya penting sangat-sangat untuk kita tahu setiap fungsi kereta yang ada pada 'dashboard' meter kereta. 1. Temperature Enjin
Apa maksudnya? Maksudnya, enjin kereta anda dah terlalu panas. 2. Tekanan Tayar Maksudnya tekanan tayar anda tak sama balance. Mungkin ada tayar yang kurang angin. 3. Tekanan Minyak Maksudnya minyak pada enjin anda kurang, ataupun ada masalah pada sistem minyak enjin. 4. Kawalan Cengkaman Maksudnya cengkaman kawalan tayar kereta anda tak berfungsi dengan baik dan boleh membahayakan. 5. Amaran Enjin Banyak sebab yang boleh menyebabkan simbol ni akan berkelip-kelip. Jadi jangan ambil mudah bila ia berkelip. 6. Kunci Anti Break Maksudnya ada masalah pada sistem break anti lock anda yang anda kena cek. 7. Automatic Shift Lock dan Engine Start Indicator Maksudnya anda perlu menekan break untuk start enjin atau pun tukar ke neutral. 8. Bateri Maksudnya bateri kereta anda dah semakin lemah. 9. Minyak Ini bermaksud anda semakin kehabisan minyak. Fun fact! Ada simbol anak panah pada sebelahnya yang menunjukkan di mana tempat buka gas kereta anda. 10. Tali Pinggang Ini adalah peringatan supaya anda memakai tali pinggang. Jangan sampai telinga dah bingit dengar bunyi ini tapi masih tak nak pakai! 11. Airbag Ada masalah pada salah satu airbag dalam kereta anda atau mungkin sistem airbag secara keseluruhannya. 12. Lampu Kabus Tahu tak lampu kabus tu apa? Hehe simbol ni maksudnya lampu kabus anda terpasang. 13. Air pada wiper Maksudnya anda kena refill air untuk wiper! Sumber : Mentalfloss.com
|
37
Bagus |
26
Marah |
27
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Elle_mujigae replied at 26-7-2016 04:26 PM
yg refill air utk kereta tu tak pernah buat tapi air wiper sentiasa ada je..dengan sabun...wonder wh ...
turboturtle replied at 26-7-2016 06:38 PM
Kena isi sendiri, klu utk wiper tu jarang2 guna tu selalu ada, melainkan duduk kawasan berdebu mmg ...
Elle_mujigae replied at 26-7-2016 08:34 PM
ohh kena isi sendiri ye..ingtakan automatic refill bila drive dalam hujan..
boyfriend kita busy ...
Elle_mujigae replied at 26-7-2016 04:26 PM
yg refill air utk kereta tu tak pernah buat tapi air wiper sentiasa ada je..dengan sabun...wonder wh ...
ADVERTISEMENT