Oleh : Dean BZ
Mengejutkan! Pelakon Adi Putra akhirnya mengumumkan akan mengundurkan diri daripada industri hiburan. Jelas Adi atau nama sebenarnya Mohamed Adi Putera Halim, 35, dia seboleh-bolehnya akan memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan sebarang gosip dan mahu fokus pada kerjayanya di layar perak nanti. "Saya akan keluar daripada industri hiburan tetapi saya tetap kekal dalam industri perfileman. Saya ada perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya dalam dunia perfileman," kata anak kelahiran Singapura itu. Ditanya pula mengenai kehidupan selepas berkahwin dua, Adi hanya memberitahu tidak banyak dapat dikongsikan memandangkan dia masih baru merasai sendiri kehidupan berpoligami.
Walaubagaimanapun tambahnya, dia dan isteri-isterinya tidak mempunyai sebarang masalah dan bahagia bersama. Keputusan yang diambil oleh Adi untuk meninggalkan dunia hiburan mungkin kerana sering kali dihimpit kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan beberapa gosip panas. Apa pun tindakan yang diambil, kami doakan yang terbaik untuk Adi sekeluarga. - CARI Sumber : Malaysian Digest |
7
Bagus |
10
Marah |
17
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT