CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Digigit Tikus Di Dalam Pawagam, Wanita Dapat Pampasan Kos Rawatan!

27-7-2016 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5717| Komen: 10

Oleh : TS LOO


Berlaku lagi kejadian tikus menggigit penonton di pawagam. Sebuah pawagam yang terletak di Melaka, terjadinya insiden penonton digigit tikus ketika sedang tengon wayang. 


Teman lelaki si mangsa kena gigit meluahkan kehairanannya, "Macam mana di dalam pawagam boleh ada tikus?"

sumber foto: FB Alans


Netizen bernama Alans menulis status di laman facebooknya dengan menyatakan dia bersama teman wanitanya pergi menonton filem 'Ghost Buster' di pawagam yang terletak di Dataran Pahlawan, Melaka pada Ahad lalu.


Tempat duduk yang ambil adalah di barisan belakang iaitu B05 dan B06, namun tanpa disangka semasa wayang ditayangan,terdapat seekor tikus berulang-alik bergerak di bawah kaki para penonton. 



"Teman wanita saya digigit tikus ada luka yang serius. Tidak faham kenapa terdapat tikus di dalam pawagam."

"Tikus biasanya berada di belakang iaitu barisan A , barisan B dan termasuk juga barisan C dan kelihatan bergerak ke sana ke sini untuk mencari makanan."

"Disebabkan itu, rata-rata penonton tertumpu pada tikus yang berlarian tanpa menumpu perhatian pada layar perak."

Justeru, Alans memcadangkan semua orang, apabila menonton wayang harus memakai kasut bersukan, seluar panjang, sarung kaki yang tebal, atau terus meletak kedua-dua kakinya di kerusi. 

"Semoga semua boleh bantu kongsikan, biarlah pihak pengurusan pawagam terbaca status tersebut dan mengambil tindakan sewajjarnya, perkara yang sama berulang lagi. 

Akhirnya menurut Alans, "Kami belanja wang untuk menikmati tayangan filem, bukanlah untuk tengok tikus di dalam pawagam."


sumber foto: FB Alans


Susulan itu, kapsyen yang ditulisnya itu tersebar meluas, biarpun Alans tidak segera membuat aduan kepada pihak pengurusan pawagam, namun menurut Alans, kakitangan pawagam telah menghubunginya dan membenarkan teman wanitanya pergi klinik untuk rawatan sewajarnya dan semua perbelanjaan ditanggung oleh syarikat pawagam tersebut. 




Selain itu, pihak pawagam turut membalas komen buat netizen yang lain, "Jangan risau, kami sudah mengambil tindakan segera tahap kebersihan pawagam telah diperketatkan. Mangsa yang terbabit juga telah dihubungi kami, terima kasih!" 

Pihak pawagam apabila dihubungi wartawan Cari turut menjawab bahawa mereka telah mengambil tindakan terhadap aduan netizen terbabit. 

"Jaminan daripada kami, selama ini keselesaan penonton menjadi keutamaan kami dan pencegahan masalah serangga serta haiwan perosak juga merupakan salah satu Prosedur Operasi Standard, SOP pihak pagawam iaitu GSC."



Beberapa tahun lalu, sebuah pagawam yang terletak di Kuala Lumpur juga pernah terjadi insiden penonton digigit tikus, ketika itu pihak pagawam turut menanggung kos rawatan mangsa terbabit, dan memohon maaf secara terbuka melalui laman facebook.- CARI

10

Bagus
3

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 27-7-2016 03:05 PM
Pprt nya pawagam itu membela tikus.
Quote prettyuglybabe 27-7-2016 03:45 PM
mesti kaki busuk masam macam bau cheese..
sampai tikus ingat tu makanan dia..
dan sebagai pengunjung, makan minum dalam panggung tu jangan la sepah-sepah..
makanan bersepah tu lagi menarik tikus lipas membiak..
Quote Artemesiaa 27-7-2016 05:48 PM
Petugas pembersih pawagam kena le selalu pastikan pawagan bersih selepas setiap sesi, juga jangan lupa panggil pihak pest control datang buat pemeriksaan berkala.  Meklum le penonton ni makan pop corn pun kuat bersepah tak tahu le dah hobi ke atau sebab terperanjat ketika menonton aksi yang mendebarkan,
Quote sambaldurian 27-7-2016 07:19 PM
Nk slh kn pekerja kebersihan pun xbleh sgt.tgk le org mkn pop corn cmne, dgn hot dog la. Dorg pas abis wayang nk kena cpt2 sapu.
Quote dubuk 27-7-2016 07:45 PM
parah lukanya.. gigi tikus bandar besar besar
Quote arffa 28-7-2016 08:18 AM
lain kali kita ni sebagai penonton jagan tinggal sisa makanan dalam wayang. tikus suka le tempat yang ada sumber makanan ni.
Quote Samm_BM 28-7-2016 11:54 AM
Kalau lah wayang boleh bawa masuk makan yang tapau dari rumah tak da la jadi mcm nie..
Quote kucen_miang 28-7-2016 12:20 PM
Samm_BM replied at 28-7-2016 11:54 AM
Kalau lah wayang boleh bawa masuk makan yang tapau dari rumah tak da la jadi mcm nie..

lagi la hauk, dgn nasik gaul budu, tenyeh tempoyak sambal belacan lagi ikan pekasam bagai.
Quote Samm_BM 28-7-2016 12:23 PM
kucen_miang replied at 28-7-2016 12:20 PM
lagi la hauk, dgn nasik gaul budu, tenyeh tempoyak sambal belacan lagi ikan pekasam bagai.

Baru meriah.. Ala tengok senetron dekat rumah time makan nasi depan TV
Quote JpA0606 28-7-2016 02:41 PM
Teruk nya!!!!!!!!!!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042897 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top