CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hong Kong Lumpuh Dilanda Taufan Nida

2-8-2016 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7494| Komen: 35

oleh Adib Za

Hong Kong dilaporkan lumpuh apabila dilanda taufan Nida yang menyebabkan hujan lebat seterusnya beratus-ratus penerbangan dibatalkan, sekolah dan  pejabat ditutup.

 
Taufan yang bergerak selaju 151 kilometer sejam itu turut memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat dan juga banjir. 

Pada Isnin, lebih dari 150 penerbangan dibatalkan manaka beratus-ratus penumpang terpaksa tidur di atas lantai di lapangan terbang di situ. 

"Saya sampai ke sini pada jam 6 pagi, namun kaunter telah tutup tanpa apa-apa pemberitahuan langsung," ujar seorang penumpang kepada Now TV. 

Memetik laporan BBC, selepas Hong Kong taufan itu kini sedang bergerak ke tanah besar China dengan bandar di provinsi Guangzhou telah mengeluarkan amaran merah, menandakan amaran paling berbahaya. - CARI


Sumber: BBC, AsiaOne

Foto: BBC


Foto: CNN

17

Bagus
30

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 2-8-2016 10:26 AM
NASA satellite imag shows Typhoon Nida approaching China. Hong Kong hunkered down August 1 as Typhoon Nida swirled towards it, with more than 100 flights cancelled and schools closed, and Guangzhou in neighbouring mainland China issued its top storm alert. - AFP.
Quote the_killer 2-8-2016 10:43 AM
dcruins replied at 2-8-2016 10:40 AM
Teruk gilerrr ni sampai stock market pun off-day.....sebagai wilayah tax haven macam Temasek, kerugi ...

druins main saham ka
Quote Peterpan17 2-8-2016 10:43 AM
Mampos. Jiran aku esok nak ke Hong kong
Quote GhostWalking 2-8-2016 10:44 AM
Astro Awani

BERITA  |  DUNIA

Taufan Nida badai Hong Kong
Agensi  Diterbitkan pada Ogos 02, 2016 10:11 MYT

Taufan Nida badai Hong Kong
Taufan Nida melanda Hong Kong pada Selasa membawa hujan lebat dan angin kencang mencecah kelajuan 151 km sejam.
HONG KONG: Taufan Nida melanda Hong Kong pada Selasa membawa hujan lebat dan angin kencang mencecah kelajuan 151 km sejam.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan manakala pasaran saham, sekolah dan perniagaan ditutup susulan taufan yang kini menuju ke selatan China.

Pihak berkuasa telah mewartakan amaran banjir dan tanah runtuh susulan angin kencang yang membadai di kawasan bandar.

Jalan raya kelihatan lengang pada pagi Selasa apabila sekolah ditutup dan pekerja tidak keluar rumah, dengan bas dan kereta api hanya beroperasi dengan perkhidmatan yang sangat terhad.

Mereka yang terjejas dengan bencana ini dilapor telah diarah menyimpan stok keperluan harian untuk tempoh tiga hari
Quote GhostWalking 2-8-2016 10:45 AM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 02:43 AM
Mampos. Jiran aku esok nak ke Hong kong

Baik suruh dia double check sbb ada airlines yg batal flights
Quote Peterpan17 2-8-2016 10:49 AM
GhostWalking replied at 2-8-2016 10:45 AM
Baik suruh dia double check sbb ada airlines yg batal flights

Ah!! Tulah. Aku nak call derang jap lg. derang pegi seminggu minta aku tlg bg mkn kucing derang
Quote lurve82 2-8-2016 10:52 AM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 10:49 AM
Ah!! Tulah. Aku nak call derang jap lg. derang pegi seminggu minta aku tlg bg mkn kucing derang

bagusnye dpt jiran gini...aku nk mintak jiran siramkan sayur pun segan...
Quote GhostWalking 2-8-2016 10:52 AM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 02:49 AM
Ah!! Tulah. Aku nak call derang jap lg. derang pegi seminggu minta aku tlg bg mkn kucing derang

Selamat kau nok kalau x kena jaga kucing derang seminggu hahaahah

Quote GhostWalking 2-8-2016 10:53 AM
lurve82 replied at 2-8-2016 02:52 AM
bagusnye dpt jiran gini...aku nk mintak jiran siramkan sayur pun segan...

Kan?jom pindah sebelah rumah peterpan  
Quote lurve82 2-8-2016 10:56 AM
GhostWalking replied at 2-8-2016 10:53 AM
Kan?jom pindah sebelah rumah peterpan

jom jom...
Quote dinopower 2-8-2016 11:07 AM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 10:43 AM
Mampos. Jiran aku esok nak ke Hong kong

td dgr radio...most dah batal penerbangan seme... so tunda je la...
Quote Peterpan17 2-8-2016 11:25 AM
lurve82 replied at 2-8-2016 10:52 AM
bagusnye dpt jiran gini...aku nk mintak jiran siramkan sayur pun segan...

Ada jiran2 ok sini. Ada yg tak ok. Mostly ok. Kita org peramah . Tp klu ada yg stuck up dgn kami, lantaklah. Rumah kena pecah msk pencuri aku nmpk pun buat tak tau
Quote Peterpan17 2-8-2016 11:26 AM
dinopower replied at 2-8-2016 11:07 AM
td dgr radio...most dah batal penerbangan seme... so tunda je la...

Aku dah call jiran aku. Tgh gelabah derang. Psl naik Air Asia tak tau klu flight tunda derang kena top up duit ke apa. Derang satu family 6 org. Kopaklah klu kena tmbh duit
Quote Peterpan17 2-8-2016 11:28 AM
GhostWalking replied at 2-8-2016 10:53 AM
Kan?jom pindah sebelah rumah peterpan

Kikiki!! Kucing dia manja & jinak dgn kita org psl kami jaga klu derang blk kampung atau holiday. Tp takut dgn org lain yg dia tak kenal. Moh!! Pindah sini. Sebelah kiri depan unit aku kosong
Quote dinopower 2-8-2016 11:55 AM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 11:26 AM
Aku dah call jiran aku. Tgh gelabah derang. Psl naik Air Asia tak tau klu flight tunda derang kena ...

bkn airasia kena cover ke.... ade insuran bagai tu kan...
kecuali la jiran tu tak ambik pakej insurance tu skali
Quote Peterpan17 2-8-2016 12:08 PM
dinopower replied at 2-8-2016 11:55 AM
bkn airasia kena cover ke.... ade insuran bagai tu kan...
kecuali la jiran tu tak ambik pakej ins ...

Aku tak pernah naik Air Asia. So aku tak tau procedure dan terms and condition airline tiket low cost carrier ni. Klu MAS aku tau derang tak akan charge apa2. Cuma tukar tarikh travelling je.

Quote dinopower 2-8-2016 12:10 PM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 12:08 PM
Aku tak pernah naik Air Asia. So aku tak tau procedure dan terms and condition airline tiket low c ...

sbb kdg2 aku skip je bab insurance tu... since dekat je....rasanya insurance tu cover...
yela diakui mmg jarang nak baca segala menda alah terms ni....
Quote Artemesiaa 2-8-2016 12:11 PM
Dah berangsur kurang sekarang dan airport authority sana kata kul 2 pm dah boleh mula beroperasi semula so hopefully by tomorrow semuanya ok balik.  Lagi pun ni bukan petama kali dia orang kena dah berkali2 setiap tahun bezanya antara kuat dengan tidak je.  So benda biasa je kalau kena cam ni office sekolah semua akan tutup sehari dua.
Quote arffa 2-8-2016 12:12 PM
Peterpan17 replied at 2-8-2016 10:43 AM
Mampos. Jiran aku esok nak ke Hong kong

katanya semua flight dr malaysia cancel.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.127487 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top