CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terbang Dari Holand Ke China Untuk Bertemu Kekasih Online, Tapi "Frust Menonggeng"

2-8-2016 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10083| Komen: 30


Oleh : Dean BZ


Penangan "Cinta Online", seorang lelaki dari Holland sanggup terbang sejauh 4.500km ke China semata-mata untuk bertemu dengan kekasih hatinya yang dikenali di media sosial.

Zhang


Namun yang menyedihkan, segala usaha Alexander Pieter Cirk, 41, berakhir dengan kekecewaan apabila kekasih yang sepatut bertemunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghu, China tidak kunjung tiba biarpun sudah 10 hari dia menunggu di lapangan terbang itu.

Alexander akhirnya dimasukkan ke hospital kerana terlalu keletihan menunggu kekasih hatinya yang dikenali sebagai Zhang, 26 tahun.



Memetik dari portal Siakap Keli, setelah berita tentang Alexander mendapat liputan media di China, Zhang kemudian menghubungi Hunan TV dan menjelaskan bahawa dia tidak faham dengan gambar maklumat penerbangan yang diberikan oleh Alexander. Zhang juga ada berkata, dia dan Alexander telah bersetuju untuk menunggu setahun untuk berjumpa sebelum ini.

Tambah Zhang lagi, dia tidak dapat bertemu dengan Alexander di lapangan terbang kerana dia berada di luar untuk melakukan pembedahan kosmetik di Zhengzhou, wilayah Henan.

Zhang juga ada memberitahu wartawan bahawa dia masih lagi berminat untuk menjalin hubungan dengan Alexander selepas apa yang berlaku. Namun, Alexander kini sudah kembali ke Holland dengan hati remuk selepas kegagalan membuat kejutan untuk kekasihnya itu.

Kesian pula mengenangkan nasib Alexander yang benar-benar bersungguh ingin berjumpa kekasih hatinya itu. Tapi apa kan daya, tiada rezeki atau ditipu? Bila penulis fikir balik macam cerita Bollywood pula kisah ini. Namun ini lah risiko besar yang perlu dihadapi jika bercinta di "internet" lebih-lebih lagi cinta jarak jauh.  - CARI



Sumber - SiakapKeli
10

Bagus
9

Marah
18

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Super-M 2-8-2016 05:53 PM
Salah faham ke tu?
Nasib aku kenal online tak kena tipu
Quote Star_el 2-8-2016 05:53 PM
tgh sibuk buat plastic surgery lagi perempuan(?) tu
Quote barfi 2-8-2016 06:10 PM
Nampak gambo pompuan yg dicensored tu macam sexy dan lawo. No wonder la mat salleh kertu jongos sanggup terbang jejauh dan menunggu 10hari

By the way mat salleh ni looks so haggard and old. Maybe sebab exhausted.
Quote missinpiece 2-8-2016 06:27 PM
Hm, xtaula betoi or x. Mcm tipuuu je. . Tapi rajin pulak call Hunan Tv utk xplain. I saspek nak sambung tipu duit kot..
Quote Artemesiaa 2-8-2016 06:55 PM
Macam kes kena tipu je ni
Quote PongKang 2-8-2016 10:42 PM
kalo mat saleh ni dtg mesia mesti ramai awek2 yg offer jd kekasih. xkisah la bangsa melayu ke cina ke india suma teringin nk ada bf mat saleh. gitu
Quote arffa 3-8-2016 08:23 AM
ke tak jadi jumpa sebab dari jauh nampak mat salleh tu jongos? mesti perempuan tu membayangkan mat salleh yang handsome dan sado.
Quote CrowneGlory 3-8-2016 08:24 AM
kokesen expired selayaknya awek xmo jumpa... dahla rupa busuk...manala dia dpt duit nk terbang tu
Quote Zaien 3-8-2016 09:06 AM
alahai.... kesian pun ade..tapi dalam cintan2 internet ni kena jujur tnjuk muka btol.. klau aku pun x mau jumpa la huhuhuh
Quote rosa_canina 3-8-2016 09:24 AM
mybe gf dh mai awal2 tgk dr jauh je kot
skali bf nya kusut masai plk
terus takjadi jumpa
Quote cucuq 3-8-2016 09:24 AM
ala zaman sekarang bukan boleh percaya sangat dengan cinta online2 ni...banyak yg tipu dari yg jujur
Quote cucuq 3-8-2016 09:25 AM
kesian kat laki ni..hope die boleh dapat pompuan yg jujur lepasni
Quote Gadis_sarawak 3-8-2016 11:16 AM
Alahai..sian pulak laki ni..next tme tak payah nak buat suprise sangat..kan dah tersuprise diri sendiri
Quote chinta89 3-8-2016 12:00 PM
kat mesia ni ramai lagi ummah nk berlakikan kokosen.
Quote romeor 3-8-2016 01:20 PM
Made in china byk yg fakekan
Quote emmaisa 3-8-2016 02:40 PM
awek belum siap repair muka, bf dah datang...
Quote kurga 3-8-2016 03:10 PM
Ingat kan abu dari kumpulan mamu raja lawak la tadi... rupanya omputih... muka nak sama..




Quote kambeng_masam 3-8-2016 05:55 PM
hehehe...kes tak sempat nak bedah muka la malu nak pi jumpa tu..
Quote misscendol 4-8-2016 12:42 AM
kurga replied at 3-8-2016 03:10 PM
Ingat kan abu dari kumpulan mamu raja lawak la tadi... rupanya omputih... muka nak sama..

serious ni lawak. bukan nk mengejek tp aku terkejut

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.351213 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top