CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Bekas Pelumba Basikal Olimpik Kini Jadi Pemandu Beca

3-8-2016 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6787| Komen: 31

Oleh Izzah Abbasy

Pasti ramia yang menyangka bekas pelumba basikal Olimpik, Muhammad Ashiq sudah tiada lagi (meninggal dunia).

Dia sering merenung trofi yang pernah dimenanginya sewaktu zaman gemilang mewakili negaranya Pakistan dalam acara lumba basikal di Olimpik berdekad lalu.


“Saya teringat yang saya pernah berjabat tangan dengan bekas perdana menteri Pakistan, presiden, para ketua eksekutif. Kini mereka semua lupakan saya. Sukar untuk saya percaya,” keluhnya.

Lelaki ini pernah bertanding di Olimpik pada tahun 1960 dan 1964 itu kini hanya menyara diri sebagai pemandu beca roda tiga di Lahore.

Muhammad juga pernah bertanding di Rome pada 1960 dan di Tokyo pada 1964. Walaupun tidak memenangi sebarang pingat, dia tetap disanjung sebagai wira Pakistan waktu itu.

Namun, apabila kerjaya dalam lumba basikal berakhir, begitu juga dengan tuahnya.

Muhammad kemudian menceburi bidang perhubungan awam namun terpaksa meninggalkannya pada tahun 1977 atas sebab-sebab kesihatan. Dia pernah memandu teksi dan van, serta terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan.

Dia tinggal di rumah seluas 450 kaki persegi dengan hutang yang masih berbaki 1 juta rupee (RM38,700) – satu jumlah yang sangat membebankan memandangkan dia hanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira 400 rupee (RM15) sehari.

Untuk menarik perhatian penumpang, dia pernah menggantung pingat yang pernah diperoleh dari kejohanan lain di becanya, namun sekarang tidak lagi.

Becanya kini hanya dihiasi mutiara kata dari bekas Presiden Amerika Syarikat Calvin Coolidge - ‘Negara dan bangsa yang melupakan wira mereka tidak akan makmur’.

Sekiranya ditanya oleh penumpang, Muhammad akan bercerita tentang kisah hidupnya, terutama soal kemiskinan dan ketidaktentuan masa depan sebagai ahli sukan.

Sumber : Astro Awani

16

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 3-8-2016 01:34 PM
Sb kau duduk pakistan kot
Quote jazaa100 3-8-2016 02:07 PM
Mutiara kata yg tak bersinar mcm mutiara......

Quote chinta89 3-8-2016 02:10 PM
kesiannya nasib dia..
Quote wajevo 3-8-2016 02:15 PM
Kena ada kabel....
Quote catalina 3-8-2016 02:17 PM
Baca tajuk akak bayangkan kejadian di mesia...baru jea nak cerca.
Quote Modngengade 3-8-2016 02:20 PM
cash lah kan....
sukan lumba basikal bukanlah sukan yg popular di pakistan...lainlah kalau kau main kriket mcm imran khan tu
Quote bioessence 3-8-2016 02:27 PM
Kalo ko dtg malaysia madey mesti suka
Ko bole jadi jutawan ejen sindiket human trafficking
Bangla paki cakap urdu jua
Asal senegara
Quote Star_el 3-8-2016 02:28 PM
"Saya teringat yang saya pernah berjabat tangan dengan bekas perdana menteri Pakistan, presiden, para ketua eksekutif. Kini mereka semua lupakan saya. Sukar untuk saya percaya,"

Haha memula aku terbayang mereka yg dimaksudkan tu bekas PM ketua2 tu semua.
Baru nak kritik kata diorang pun dah long gone
Quote kemaruk 3-8-2016 02:28 PM
Walaupon bangkem dulu kat sekolah jadi jaguh atlet pecut dan main bola ragbi bagai, nasib baik bangkem tak teruskan karier dalam persukanan.. terima kasih mak dan arwah ayah yang suruh bangkem fokus pada pelajaran..
Quote famri7 3-8-2016 02:36 PM
kalau heshe berkuntum di ibu pertiwi sah2 ramai cikki lokalis atur cekpit di tepian jalan sebab leluhur bagus kot sis
Quote taji2906 3-8-2016 02:47 PM
teringat pelumba kita.. m.kumaresan ke namanya.. lama tak dengar citer..
Quote kemaruk 3-8-2016 02:51 PM
Daripada bagi penghargaan kat ahli sukan, baik bagi penghargaan kat polis dan askar..

Profesion lain yang bangkem respek ialah doktor dan jururawat..

Ko setakat kayuh basikal nak kecoh pasal penghargaan bagai
Quote taikor 3-8-2016 02:53 PM
kemaruk replied at 3-8-2016 02:28 PM
Walaupon bangkem dulu kat sekolah jadi jaguh atlet pecut dan main bola ragbi bagai, nasib baik bangk ...

ko ni macam serba boleh. jaguh dlm apa jua bidang
Quote taikor 3-8-2016 02:56 PM
famri7 replied at 3-8-2016 02:36 PM
kalau heshe berkuntum di ibu pertiwi sah2 ramai cikki lokalis atur cekpit di tepian jalan sebab lelu ...

pentadbir negara tidak buat polisi dan sistem utk menampung atlit2 negara... sebok pasal bende2 lain...
Quote si-buta 3-8-2016 02:59 PM
Bodoh. Tuktuk dibilang beca
Quote kemaruk 3-8-2016 03:00 PM
taikor replied at 3-8-2016 02:53 PM
ko ni macam serba boleh. jaguh dlm apa jua bidang

Zaman sekolah dulu le.. bangkem ni jenis manusia yang penuh keyakinan dan berani.. member2 kat sekolah respek kat bangkem sebab cousin bangkem samseng besar kat sekolah tu, senior setahun.. jadi bangkem memang tunjuk act sesangat le.. nama bangkem terkenal sampai sekolah2 lain pun tahu sape bangkem..

Bila main bola, budak nak tackle pon tak berani.. main ragbi, bangkem dibiar berlari sampai touchdown.. tapi kalau lumba lari pecut 100m, bangkem memang laju.. sukan sekolah tetiap tahun top 3..
Quote ChildrenOfBodom 3-8-2016 03:03 PM
All glory is fleeting..,
Quote taikor 3-8-2016 03:04 PM
kemaruk replied at 3-8-2016 03:00 PM
Zaman sekolah dulu le.. bangkem ni jenis manusia yang penuh keyakinan dan berani.. member2 kat sek ...

talented weh... respek ah
Quote oppol 3-8-2016 03:09 PM
Tak perlu meroyan la pokcit,susah2datang Malaysia jual karpet.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052402 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top