CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Akan Daftar Parti Baru Dengan ROS Esok

4-8-2016 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9117| Komen: 85


Oleh : Dean BZ

Muhyiddin Daftar Parti Baru Dengan Ros Esok


Desas desus yang mengatakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuka parti baru selepas dipecat dari Umno akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dalam tulisan di Facebook, Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.


"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini keada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.

"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

Muhyiddin turut berkongsi beberapa keping gambar di mesyuarat itu yang dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Parti baharu yang bakal ditubuh ini akan diketuai oleh Muhyiddin sebagai presiden, Tun Dr Mahathir sebagai penasihat manakala 7 lagi akan menjadi kumpulan ahli pertama parti antaranya adalah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid

Difahamkan dokumen pendaftaran akan dikemukakan esok. - CARI




Sumber - Malaysiakini

15

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 4-8-2016 01:37 PM
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.


amin
Quote EJALTI 4-8-2016 01:39 PM
Edited by EJALTI at 4-8-2016 05:40 AM

Muhyiddin Akan Kemuka Permohonan Parti Baharu Kepada RoS

http://www.mstar.com.my/berita/b ... -daftar-parti-baru/

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 11:18 AM

Oleh: THE STAR



PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai penubuhan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin berkata, mesyuarat mengenai penubuhan parti baharu itu diadakan di kediaman bekas perdana menteri pada Rabu malam.

"Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman Dr Mahathir malam tadi berlangsung dengan sempurna.

"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat," katanya menerusi posting di akaun Facebooknya pada Khamis.

Menurut Muhyiddin, beliau berharap agar permohonan tersebut diluluskan.

"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

Posting tersebut turut memuat naik beberapa gambar mesyuarat yang dihadiri Dr Mahathir, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Quote OmJualGas 4-8-2016 01:44 PM
abis laaaa malaya....
Quote lazim 4-8-2016 02:28 PM
patut la jiran aku hr tu dh tnya bapak aku. nk masuk parti bru tak parti tun..
Quote zamzarai 4-8-2016 02:58 PM
berapa banyak parti daa...
Quote dizzzzek 4-8-2016 02:59 PM
kita tidak gentar dengan parti nyamuk ini
Quote Stingerr 4-8-2016 03:02 PM
Sapeek mempedal mana?
Quote chinta89 4-8-2016 03:06 PM
mohon komen dari bang jibby sepatah dua..
Quote namirulmukminin 4-8-2016 03:10 PM
Dah kalu lagu ni, kerusi mana lah agaknya Amanah nak betanding ye...
Quote nexusys 4-8-2016 03:12 PM
Go TUN!! amik balik Mesia ni ha..
Quote Stingerr 4-8-2016 03:22 PM
chinta89 replied at 4-8-2016 03:06 PM
mohon komen dari bang jibby sepatah dua..

Saya tidak Ada masalah dengan sesiapa sahaja Yang ingin membentuk Parti baru.....ini negara demokratik berpelembagaan.....kalau ikut pandangan peribadi Saya, the more the merrier.....kerana secara stategiknya dgn lebih banyaknya parti2 pembangkang Yang ditubuhkam hanya akan mengecilkan/ split undi pada pihak pembangkang....

Sekian....
Quote dinopower 4-8-2016 03:28 PM
knp berdaftar ngan ahkak ROS....
Quote turboturtle 4-8-2016 03:31 PM
namirulmukminin replied at 4-8-2016 03:10 PM
Dah kalu lagu ni, kerusi mana lah agaknya Amanah nak betanding ye...

Tunggu Dap sedekah le....
Quote turboturtle 4-8-2016 03:36 PM
Suatu masa Tun M bersama PH untuk menjatuhkan jibby atas alasan selamatkan rakyat & negara.
Suatu masa pula Tun M bersama rakan untuk jatuhkan PH atas alasan selamatkan rakyat & negara.

Manakala macai2 bersorak tak tau apa, hujung2 kena tipu semua, padan muka.
Quote bangcak 4-8-2016 03:43 PM
kompom @dcruins  misti panas bontot lepas nih.
Quote catalina 4-8-2016 03:44 PM
Sebagaimana ramainya sultan, mentri2 di mesia ni, begitulah jugak banyak parti2 nk ditubuhkan di negara sebesar jantung pisang ni.



Quote -electrifying- 4-8-2016 04:18 PM

kata nya mahu parti baru juga tuk rkyat sabah
Quote -electrifying- 4-8-2016 04:20 PM
Diharap semua parti pembangkang dapat bekerjasama..
Kalau x, buat pecah undi je
Kalau macam tu sampai bila-bila la UMNO akan berkuasa.
Sekian terima kasih.
Quote EncikRhoma 4-8-2016 04:29 PM
rasa macam dejavu pulak. Tiba2 teringat parti semangat 46

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.096124 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top