CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Tidak Akan Jadi Pemimpin Yang Ikut Arahan Bekas PM - Najib

6-8-2016 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6921| Komen: 35

Oleh Izzah Abbasy

Susulan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima "arahan" daripada bekas perdana menteri itu.

Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang "obses" dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara.

Saya Tidak Akan Jadi Pemimpin Yang Ikut Arahan Bekas PM - Najib



"Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri.

"Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.

"Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia... saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya," katanya dalam wawancara eksklusif bersama MetroTv semalam.
22

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 6-8-2016 02:32 PM
Tangkap pokemon lagi bagus....
Quote mzzenma 6-8-2016 02:42 PM
OmJualGas replied at 6-8-2016 02:32 PM
Tangkap pokemon lagi bagus....

Harooommmm harooomm

Quote tobby 6-8-2016 02:50 PM
sentap lagi madey nanti.  nanti hantar pulak2 org dia ke amerika mengadu dg amerika.. bocorkan maklumat2 sulit yg sudah dipinda kpd amerika. semua nak ikut perangai abg non bila meroyan.
Quote hanalisa 6-8-2016 03:27 PM
sambungan...

"saya akan ikut arahan bini saya sahaja. "
Quote kaseh80 6-8-2016 03:29 PM
Queen control
Quote zekMR 6-8-2016 03:43 PM
Sebab utama Tun M menyerang DS Najib dengan menggunakan isi fitnah MDB adalah kerana beliau seakan masih mahu kekal menjadi PM

Poor Tun
Quote ohnoLia 6-8-2016 03:50 PM
zekMR replied at 6-8-2016 03:43 PM
Sebab utama Tun M menyerang DS Najib dengan menggunakan isi fitnah MDB adalah kerana beliau seakan m ...

Apa2 pun kita harus bg peluang kpd najib utk memimpin dan memacu kemajuan negara. Beliau mempunyai segala barisan yg ada dan berpengalaman utk mentadbir negara yg majmuk ini..
Ai x nmpk any other leader yg layak utk fill in the blank klu dia xde.

Give him 2 more penggal at least..
Quote misscendol 6-8-2016 03:53 PM
what goes around comes around
Quote noell 6-8-2016 03:56 PM
ohnoLia replied at 6-8-2016 03:50 PM
Apa2 pun kita harus bg peluang kpd najib utk memimpin dan memacu kemajuan negara. Beliau mempunyai ...

2 penggal mana cukup atleast bagi dia 20 penggal kalo boleh forever and ever pun ok
Quote scapula 6-8-2016 04:16 PM
hanalisa replied at 6-8-2016 03:27 PM
sambungan...

"saya akan ikut arahan bini saya sahaja. "

    
Quote ohnoLia 6-8-2016 05:05 PM
noell replied at 6-8-2016 03:56 PM
2 penggal mana cukup atleast bagi dia 20 penggal kalo boleh forever and ever pun ok

Sis ni tgh jujur ke trolling ni. Ai x boleh beza        
Quote Lagubestbest 6-8-2016 05:08 PM
Ciri-ciri orang berjaya.
Quote Innrukia 6-8-2016 05:26 PM
Yer ikut arahan isteri tu yg wajib. Melingkup negara pun takpa... Yg penting hang islam & melayu
Quote tobby 6-8-2016 05:28 PM
ohnoLia replied at 6-8-2016 03:50 PM
Apa2 pun kita harus bg peluang kpd najib utk memimpin dan memacu kemajuan negara. Beliau mempunyai ...

ramai cacai dapigs di fb yg lack of info .. kononnya hidup zmn Tun tdk sengsara.. zmn najib amat sengsara kononnya.. hidup mrk dibayangi ilusi.. membandingkn harga brg zmn Tun dg zaman najib. just plain idiot termakan dakyah rba dapigs..

klu nak main banding2 gitu baik banding dg zaman Tun Razak. Tun Razak last jd PM sehingga thn 1976. tatkala mahathir naik jd PM thn 1981 terus harga brg naik menggila. Beza jarak masa Tun Razak dg Mahathir cuma 5 tahun. Tapi inflasi zmn Tun diluar kawalan. pikir2kan. Tun gagal pertahankan kos belanja wang saku budak sekolah 10 sen spt zaman Tun Razak. puncanya ialah peningkatan inflasi berkali2 ganda di zmn Tun.

klu nak buat perbandingan, yg terbaik cuma zaman Tun Abdul Razak. masa tu gula sekilo cuma 20 sen. nasi lemak sebungkus cuma 10 sen. naik saja si Madey jd PM tahun 1981 terus Msia dilanda inflasi gila2. nasi lemak 10 sen dah jadi 80 sen. naik 8 kali ganda! walhal beza masa zaman Tun dg Tun Razak cuma 5 tahun.

So blh pikir tak bala inflasi yg Madey wariskan? blh ka kita buat perbandingan gitu? zmn madey vs tun razak.
Quote bit 6-8-2016 06:45 PM
Sy hanya ikut arahan bini utk menyonglap kekayaan negara beli hormon anti tua, buat pondol pengawal guna duit rakyat bg anal tiri saya kaya
Quote wajevo 6-8-2016 07:14 PM
tobby replied at 6-8-2016 05:28 PM
ramai cacai dapigs di fb yg lack of info .. kononnya hidup zmn Tun tdk sengsara.. zmn najib amat s ...

Tu pasal aku masih tak paham bbnu yang dok puja tun m. Dorang reti kira ke tak?  
Quote tobby 6-8-2016 08:45 PM
wajevo replied at 6-8-2016 07:14 PM
Tu pasal aku masih tak paham bbnu yang dok puja tun m. Dorang reti kira ke tak?

aku pun x paham camana dorg blh compare rega rega nasi lemak zmn najib dg zaman Tun.  kenapa x compare zmn Tun nasi lemak 80 sen vs zmn tun razak nasi lemak 10 sen.. bahalol ka apa
Quote mbhcsf 6-8-2016 09:48 PM
well pada I , kalau cadangan TDM tu lebih kepada cadangan nasihat untuk pemantapan ekonomi , sscience and tech serta bersifat ' strategik' - please ikut cakap org tua ni sebab he is brilliant. asian financial crisis membuktikannya.

kalau  hal yg lain ...istikhorah. Kalau libatkan kesejahteraan rakyat dalam jangka mas apanjang then budi bicara.


dan lagi satu -  in the end ikut apa yg allah suruh tu walaupun nampak simple lebih baik dan terhindar fitnah. yg penting elakkan fitnah.

Quote wajevo 7-8-2016 05:59 PM
mbhcsf replied at 6-8-2016 09:48 PM
well pada I , kalau cadangan TDM tu lebih kepada cadangan nasihat untuk pemantapan ekonomi , sscienc ...

Sis ajelah yg jadi pm. Nak tak?  

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051182 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top