Oleh : TS LOO Ketua pegawai eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, sejak kecil lagi sudah mempunyai impian untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan. Tetapi apabila dia beritahu ayahnya mengenai impian tersebut, ayahnya pula mengatakan, "Anda boleh jadi penjaga pintu di Hotel Hilton, saya sudah amat gembira." Ketika temubual bersama Bloomberg, Tony menegaskan, apa yang dinyatakan oleh ayahnya itu sehingga kini masih jelas dalam ingatannya. Kenyataan yang masih segar dalam ingatan itu, serta kejayaan yang diperolehi Tony setakat ini, sekali gus merupakan bukti yang terbaik buat ayahnya. Pada Disember tahun 2001, syarikat peribadi Tony yang bernama Tune Air membeli sebuah syarikat penerbangan yang banyak berhutang dengan harga RM1 atau bersamaan dengan AS$0.26, ketika itu Air Asia memiliki hutang sebanyak RM40 million.
Tetapi syarikat itu dalam tempoh masa yang agak pendek iaitu setahun sahaja telah mengubah daripada sebuah syarikat yang merugikan menjadi menguntungkan, sehingga tahun 2015, Air Asia telah mempunyai bilangan penumpang seramai 50 million, memperolehi pendapatan tahunan melebihi 2 billion. Menurut Tony, Eropah boleh melaksanakan pasaran penerbangan tambang rendah, kenapa Asia tidak boleh? Ketika melakukan penganalisis data, dia mendapati ketika itu hanya 6% rakyat Malaysia yang pernah menaiki kapalterbang, oleh itu peratusan tersebut membolehka dia yakin masih terdapat 94% pasaran yang boleh dilakukan nuntuk menjana keuntungannya. Dengan menjadikan syarikat penerbangan Amerika Syarikat seperti Southwest, syarikat penerbangan Ireland iaitu Ryanair, syarikat penerbangan Britain iaitu EasyJet sebagai bahan rujukan, Tony melaksanakan perniagaan Air Asia dengan konsep "Now Everyone Can Fly". Berapa besar pasaran yang boleh Syarikat Air Asia terokai di rantau Asia? Kini, terdapat sebanyak 5 hingga 6 syarikat penerbangan di Eropah yang memiliki lebih 500 kapalterbang, namun di rantau Asia hanya Southern Airline bagi negara China sahaja yang mampu berbuat demikian. Tony berpendapat, pasaran di rantau Asia sesungguhnya boleh membuatkan sebuah syarikat penerbangan memiliki 500 hingga 1000 buah kapalterbang. " Saya ingin menegaskan adalah, sekarang hanyalah permulaan sahaja." Biarpun, kini semakin banyak syarikat penerbangan merujuk kepada cara "penerbangan tambang rendah", tetapi Tony tetap yakin, persaingan membolehkan industri menjadi semakin bagus. " Sekiranya ada orang lebih bagus daripada kami, tersepak punggung kami, kalau macam itu jadinya, memang patut kami disepak punggung." "Persaingan adalah cara yang terbaik untuk memerangsang seseorang menjadi lebih hebat. Saya suka ada saingan, kerana ini memjadikan saya terus rasa lapar, membolehkan saya meneruskan perjalanan saya."- CARI |
2
Bagus |
21
Marah |
20
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT