CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Selfie Atlet Korea Selatan, Utara Tonjolkan Semangat Olimpik

10-8-2016 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6348| Komen: 18

Oleh : TS LOO


sumber foto: http://media.viva.co.id/



Gambar selfie yang diambil oleh ahli gimnastik Korea Utara dan Korea Selatan yang menyertai Sukan Olimpik di Brazil mendapat pujian meluas dan disifatkan sebagai menonjolkan semangat Olimpik.

Lee Eun-ju dari Korea Selatan dan Hong Un-jong dari Korea Utara kelihatan tersenyum ketika berselfie semasa sesi latihan sebelum kejohanan itu bermula.

Tindakan harmoni itu menunjukkan kepada dunia erti perpaduan yang tanpa menunjukkan unsur permusuhan.

Pakar sains politik, Ian Bremmer beri komen dalam akaun Twitternya berhubung gambar selfie tersebut dengan mengatakan sebab itulah Olimpik diadakan. Tweet beliau dikongsi semula lebih 18,000 kali.


"Sukan menyatukan semua orang," kata seorang lagi pengguna Twitter. 

Sementara yang lain menyifatkan ia sebagai 'foto paling ikonik' sukan itu. 

Olimpik Rio 2016 di Brazil ini merupakan penyertaan pertama buat kedua-dua atlet, mereka bertanding sebagai kelayakan individu.

Hong menjadi ahli gimnastik pertama Korea Utara menang pingat di Sukan Olimpik apabila membawa pulang emas pada temasya 2008 di Beijing. 

Secara teknikal, Korea Selatan dan Korea Utara masih berperang antara satu sama lain dan hubungan kedua-duanya semakin tegang sejak kebelakangan ini berikutan pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang.- CARI



sumber info: http://sport.viva.co.id/
14

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote binatang 10-8-2016 09:52 AM
Balik korea utara nanti masak la engko
Quote JpA0606 10-8-2016 10:39 AM
Balik korea entah2 kena penjara pula...
Quote RatuDunia94 10-8-2016 11:26 AM
Teringat kes miss israel ajak miss lebanon selfie d miss universe 2014 sampai jd huru hara nk berperang dunia bagai...

Quote BebeQ 10-8-2016 11:27 AM
jaga2 haa..balik korea selatan mungkin ok2 lagi, takut dengan yang korea utara je.
Quote Artemesiaa 10-8-2016 12:05 PM
Hanya pemimpinnya je sebegitu rakyat tak semestinya sebegitu juga lagi pun ramai antara mereka ni masih ada sanak saudara yang tinggal di Korea Selatan
Quote Rorra 10-8-2016 12:22 PM
Biasalah tu kan. Bila pemimpin yang bergaduh, ajak pula rakyat untuk ikut cara mereka.
Quote huehue 10-8-2016 02:08 PM
Iolls pula yang seronok tengok theyolls bergambar bersama. Pengaruh tengok korean show banyak sangat jadi iolls pun fefeeling macam south korean yg berharap sangat theyolls boleh unite
Quote tuan_wu 10-8-2016 02:08 PM
xyah balik ar pasnehh
Quote shuk_one 10-8-2016 04:48 PM
tak paham ngan article nih,
dua2 first time masuk olimpik,
tapi Hong tu pernah dapat pingat Emas kat beijing 2008...
ke I yang salah baca  
Quote Emperor95 10-8-2016 05:17 PM
Mesti semua risau akan atlet daripada North Korea itu.
Quote caprut 10-8-2016 10:55 PM
shuk_one replied at 10-8-2016 04:48 PM
tak paham ngan article nih,
dua2 first time masuk olimpik,
tapi Hong tu pernah dapat pingat Emas  ...

Kelayakan individu. Mgkin ni sblom duo
Quote kotinpo 10-8-2016 11:51 PM
Balik nanti kena sumbat dlm camp 14
Quote hanakikan 11-8-2016 02:20 AM
boleh apply asylum kat brazil. ke argentina.
Quote -electrifying- 11-8-2016 11:01 AM
Korea Utara yg cm hawaw skit perangai pemimpin nya tu
Quote shuk_one 11-8-2016 01:25 PM
caprut replied at 10-8-2016 10:55 PM
Kelayakan individu. Mgkin ni sblom duo

oh maybe...
tq bagi pencerahan
Quote matchstick 11-8-2016 02:30 PM
muka putih seleput..gigi kunin. sekian.
Quote cmf_Kimmy 11-8-2016 03:39 PM
mintak2 dia selamatlah bila balik ke Korea utara nanti....
Quote makton 16-8-2016 04:00 PM
kuningnya gigi...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.067859 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top