CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Demi Kemenangan Anak, Ibu Bertindak Kasar Persoalkan Juri Dikecam!

10-8-2016 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6500| Komen: 23

Oleh : TS LOO


Program Realiti Kanak-kanak Britain, Child Genius sejak disiarkan mendapat sambutan di kalangan ibu bapa. 


Dalam episod terakhir telah disiarkan Selasa lalu, terdapat seorang budak perempuan, Rhea yang berusia 10 tahun dari bahagian barat London menunjukkan presitasi yang cukup hebat sehingga berjaya menjuarai program berkenaan dan Child Genius atau Kanak-kanak Terpandai. 


Demi Kemenangan Anak, Ibu Bertindak Kasar Dalam Program Realiti Kanak-kanak Britain


Ketika pertandingan, 5 orang peserta perlu menjawab 20 soalan yang ditanya oleh pengacara program bagi merebut kelayakan peringkat terakhir. 

Apabila pengacara tanya Rhea, "jururawat yang bernama Nightingale adalah melaporkan kepada doktor yang mana satu di Crimea?"


Jawapan yang diberi Rhea adalah Duncan Menziea. Namun, jawapannya tidak sama dengan jawapan yang ada pada pengacara, akhirnya dia hanya jawab dengan betul sebanyak 15 soalan, markah sama dengan seorang budak lelaki yang lain. 


sumber foto: Daily Mail


Pada ketika itu, ibu bapa Rhea yang duduk di tempat duduk penonton, melambaikan dua tangannya untuk menarik perhatian juri, antaranya terdapat seorang pengadil  bergerak ke tempat duduk ibu Rhea untuk memahami keadaan sebenar. 


sumber foto: Daily Mail


Ibu Rhea ketika itu menjelaskan bahawa jawapan bagi soalan itu kurang tiada satu yang tepat, semuanya boleh jadi jawapan, penjelasannya berjaya meyakinkan juri dan menerima jawapan anaknya Rhea. 

Ibunya berjaya membantu Rhea memperoleh satu mata. Budak lelaki yang sama mata dengannya sebelum itu terus mendapat tempat ketiga, tiada perlu untuk masuk ke finale. 

Pada segmen finale, Rhea bertembung dengan Safea yang baru berumur 9 tahun. Oleh kerana kedua-duanya sama hebat, masing-masing jawab dengan betul dan mendapat 9 mata. Akhirnya, Rhea berjaya mengeja perkataan  'eleemosynary' perkataan ini yang membolehkannya menang tipis ke atas Sofea, dan memenangi pertandingan tersebut.

Menurut laporan media Britain, selama ini ibu bapa Rhea amat sayang anak perempuan tersebut. Sejak kecil lagi telah menyemai bahawa kemenangan itu amat penting, dan dia hanya ingin melanjutkan pelajaran di Oxford Universiti atau Cambridge Universiti. 

Bagi mendidiknya menjadi seorang kanak-kanak berbakat tinggi, ibunya tersebut sanggup lepaskan kerja sebagai seorang doktor sakit puan agar lebih fokus menemani anaknya belajar buku di rumah.

Manakala, setelah berjaya memperoleh anugerah "Kanak-kanak Terpandai", Rhea dengan yakin menyatakan dirinya akan menjadi Einstein suatu hari nanti. 

Bagi Ibu Rhea, anaknya digelar "Kanak-kanak Terpandai" memang menggembirakan, tetapi tindakan kasar ibu Rhea yang mempersoalkan pengadil telah mengundang kritikan hebat para pengguna di media sosial.

Ramai netizen mengecam tindakan ibu Rhea itu terlalu keras dan pendidikan seumpama itu amat menakutkan.  




Tidak dinafikan semua ibu bapa mahu anaknya menjadi manusia yang terhebat, tetapi pada masa yang sama, bukankah lebih penting mengajar mereka menjadi seorang manusia yang berbudi bahasa dan displin? - CARI



sumber info: http://www.dailymail.co.uk/

20

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Emperor95 10-8-2016 04:20 PM
Simpati dengan anaknya.
Quote zulka 10-8-2016 04:22 PM
biasala keturunan macha....
Quote missinpiece 10-8-2016 04:30 PM
Mudah beria
Quote CrowneGlory 10-8-2016 04:38 PM
hitam kalau x kecoh mmg x sah
Quote oneders 10-8-2016 05:44 PM
ku ada terbaca tadi kat Malaysia, dah ada budak 7 tahun sudah sakit mental sebab mak nak anaknya terlalu pandai..
Quote Artemesiaa 10-8-2016 06:22 PM
Biasa le selalunya mak pak yang lebih teruja berbanding si anak sendiri.
Quote mieymiey 10-8-2016 08:03 PM
Kesian anaknya. Confirm stress
Quote mamatkilau 10-8-2016 08:28 PM
bijak kena bergerak seiring dengan disiplin dan budi bahasa.
Quote binatang 10-8-2016 08:44 PM
Hok alohhh
Quote L211 10-8-2016 10:08 PM
india kalau bab mdesak anak ikut kemahuan depa mmg no 1.. hampeh
Quote hanakikan 11-8-2016 05:45 AM
Cina pun sama uols. Especially cina2 kat usa. Tu yg menjadi. Kalau kat ivy league melambak je muka2 oriental
Quote JpA0606 11-8-2016 09:15 AM
kesian bdk tu...
Quote zameyla 11-8-2016 10:34 AM
mesti mak pak dia eksyen dgn jiran2... tengok muka pun tau...
Quote rosasa 11-8-2016 10:38 AM
akak prefer tengok little big shot dari yang ni dik, rasa aman2 saja tengok rancangan tu dari child genius kejadah ni
Quote yasinfi 11-8-2016 10:41 AM
hmmm..tp mak dia persoalkan soalan tu sbb banyak jawapan..kalau jawapan tu salah takkan juri senang2 nak terima jawapan mak dia tu...lgpun mesti mak pak org lain pun ada kat situ..semua akan persoalkan kalau jawapan itu mmg salah..

tapi mak dia sangup tingalkan keje doktor dia utk didik anak dia..aku salute kat dia sbb mak2 skrg sangup tingal anak dan kejar kemewahan...ada yg ayah dah keje elok..tp mak tak mau henti keje jugak..gila duit dan pangkat

tp ibu rhea jgn la bg tekanan kat budak tu sangat..baru 10tahun..tkut nnti dia ada masalah mental pulak...

anak i ABC pun tak pandai lg...tp dia pandai cakap..kalah org tua..so i tak kisah sangat la pasal school education..yg penting dia faham sikit2 pun sudah la...tak mau push2 dia sangat...
Quote HazeLJoseph 11-8-2016 12:55 PM
Yang penting menang walau apa.jadi katanya
Quote chinta89 11-8-2016 02:02 PM
oneders replied at 10-8-2016 05:44 PM
ku ada terbaca tadi kat Malaysia, dah ada budak 7 tahun sudah sakit mental sebab mak nak anaknya ter ...

yeke.. mne berita ce bg sikit iols nk baca.. sian anaknya sapa sakit mental..
mak pak nya pandai sangatkah sapa anak2 dipaksa pandai?
Quote miszclassique 11-8-2016 02:35 PM
Kecik2 dah di bagi tekanan banyak2 nnti dah besar budak tu tak jd org baru ko tau...dh brp ramai org genius msa kecik yg tak menjadi bila dh besar. Eh ke tu kat malaysia je
Quote aku_best 11-8-2016 03:00 PM
Boleh bertanding ngan ustaz sohai nih..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055601 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top