Oleh : TS LOO Tahniah buat pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang kerana berjaya mencipta sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik apabila meraih gangsa di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi. Selepas gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012, kejayaan kali ini nyata amat bermakna buat pelumba berusia 28 tahun yang digelar The Rocketpocketman itu. Kemenangan tersebut juga merupakan pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita. Perlumbaan yang dua kali dibatalkan selepas pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu dimenangi Jason Kenny dari Britain yang juga pingat emas keduanya selepas memenangi acara pecut.
Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli.- CARI |
14
Bagus |
12
Marah |
30
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aHoi83 replied at 17-8-2016 07:55 AM
Tahniah bro
Glass_shoes replied at 17-8-2016 07:58 AM
Bp pakcik askar pencen makin naik
sipendiam replied at 17-8-2016 08:19 AM
aku rasa pakcik2 askar bakal berdemo.. hahah
Glass_shoes replied at 17-8-2016 07:58 AM
Bp pakcik askar pencen makin naik
ADVERTISEMENT