CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kejam! Wajah Pembunuh Adik Noor Amila Edrus Disebarkan

19-8-2016 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 38399| Komen: 194|Original author: Oleh Izzah Abbasy

Sungguh tidak berhati perut! Penemuan mayat adik Noor Amila Edrus Norsham, dalam keadaan tragis semalam sungguh mengejutkan seluruh Malaysia. Kanak-kanak berusia 5 tahun itu dilaporkan hilang minggu lalu sebelum ditemui mati dibunuh di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.


Murid Tadika itu dikatakan pergi menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang sebelum hilang.

Polis telah menahan suspek dan identitinya kini didedahkan. Difahamkan suspek 25 tahun yang dikenali sebagai Made Hamid adalah warga Myanmar yang ada pertalian keluarga dengan mangsa, suspek mendapat taraf penduduk tetap di negara ini.

Suspek ditahan di rumahnya di sekitar Jinjang Isnin lalu, yang kini ditahan reman.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menculik mangsa untuk mendapatkan wang tebusan untuk menjelaskan hutangnya.

Arwah adik Noor Amila Edrus
dipercayai mati beberapa jam selepas diculik 11 Ogos lalu dan merupakan anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan 12.30 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh.

Foto : www.infokini.my

Info mengenai Pembunuh Kejam arwah adik Edrus

1) Bapa arwah adik Edrus mempunyai 4 orang isteri.

2) Edrus anak isteri nombor 4 (anak sulung) dan dijaga oleh isteri nombor 2.

3) Made Hamid (suspek) adalah suami kepada Nazurah Norsham iaitu anak perempuan kepada isteri nombor 2.

4) Made Hamid (warga Myanmar) adalah menantu kepada ayah Edrus dan isteri nombor 2.

5) Made Hamid (suspek) adalah abang ipar kepada arwah Edrus.

6) Isteri nombor 4 (ibu kandung arwah) bekerja di KLCC.


Hanya kerana wang, nyawa anak yang tidak berdosa tergadai. Menitis air mata tatkala mendengar khabaran ini. Pihak keluarga apatah lagi. Kejam dan tergamak sungguh perbuatan si pelaku menculik mangsa, membunuh, dan membuangnya ke gaung hanya kerana ingin mendapatkan RM10,000 wang tebusan namun bertindak menamatkan riwayat arwah adik ipar sendiri gara bapa mentua enggan membayarnya.

Semoga adik Noor Amila Edrus Norsham tenang di sana.
Sudah pasti hukuman berat bakal dikenakan kepada pembunuh berhati binatang ini. - CARI




Kredit : Info Kini

18

Bagus
23

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bemyself 19-8-2016 01:07 PM
Hermmm..kawin la ramai2 lagik...pening  kapla baca...
Apa pun..smoga adik tenang disana..sorga tempatmu dik
Al_fatihah
Quote RamboMandul 19-8-2016 01:09 PM
Al Fatihah buat Arwah Adik Edrus .

Tolong pass Made Hamid ni kat rumah aku . :
Quote RED 666 19-8-2016 01:09 PM
Warga myanmar tp muka mcm bangla, kemungkinan besar keturunan rohingya
Quote kemaruk 19-8-2016 01:12 PM
lelaki jahat ada sampai 4 orang bini

lelaki baik macam bangkem sorang pon takde
Quote ms.mango 19-8-2016 01:13 PM
Mcm celaka. Mohon hukum bunuh! :
Quote pr3ttytw33ty 19-8-2016 01:14 PM
sambung jelah kt tred lg 1
Quote ifanonline 19-8-2016 01:17 PM
sebab tu malaysia tidak boleh membenarkan warga myanmar dan rohingya bertapak di malaysia...walaupun rohingya islam...tetapi homeland security kita perlu di jaga...ambil pendekatan donald trump di mana dier akan menyekat kemasukan warga mexico ke amerika syarikat sebab trump tahu kebanyakan warga mexico akan membawa jenayah ke dlm negara USA..

Myanmar dan Rohingya akan membawa jenayah tanahair mereka ke dlm negara malaysia...
Quote arasham 19-8-2016 01:19 PM
ifanonline replied at 19-8-2016 01:17 PM
sebab tu malaysia tidak boleh membenarkan warga myanmar dan rohingya bertapak di malaysia...walaupun ...

Seribu kali like ifan...
Quote gula_tebu 19-8-2016 01:24 PM
uoll baca la betul-betul. yang jahat tu bukan pakcik berbini empat tapi menantu dari bini no.2 dia tu ha yang jahat.
Quote arasham 19-8-2016 01:26 PM
gula_tebu replied at 19-8-2016 01:24 PM
uoll baca la betul-betul. yang jahat tu bukan pakcik berbini empat tapi menantu dari bini no.2 dia t ...

Penyebabnya p cikberbini empat berhutangkan? Kalau mampu berpoligami awat berhutang- piutang sampai ank mati kena bunuh dek menantu sendiri? Pandai poligami tak pandai urus keluarga.. Takziah to the mothers..
Quote Lina66 19-8-2016 01:29 PM
ifanonline replied at 19-8-2016 03:17 PM
sebab tu malaysia tidak boleh membenarkan warga myanmar dan rohingya bertapak di malaysia...walaupun ...


Harus....

Quote fishcracker 19-8-2016 01:30 PM
sape hutang sape ni smpai nak bunuh budak kecik?
Quote Lina66 19-8-2016 01:30 PM
arasham replied at 19-8-2016 03:26 PM
Penyebabnya p cikberbini empat berhutangkan? Kalau mampu berpoligami awat berhutang- piutang sampa ...


sabor kak..
Quote gula_tebu 19-8-2016 01:31 PM
arasham replied at 19-8-2016 01:26 PM
Penyebabnya p cikberbini empat berhutangkan? Kalau mampu berpoligami awat berhutang- piutang sampa ...

pakcik tu yang berhutang? bukan si myanmar psiko tu?
ke pakcik yang berhutang dengan menantu myanmar?
Quote Lina66 19-8-2016 01:32 PM


sedih nye tengok muka arwah ni..
Quote apikwaeh 19-8-2016 01:34 PM
ifanonline replied at 19-8-2016 01:17 PM
sebab tu malaysia tidak boleh membenarkan warga myanmar dan rohingya bertapak di malaysia...walaupun ...

setuju sangat.


Quote vandergooh 19-8-2016 01:37 PM
ifanonline replied at 19-8-2016 01:17 PM
sebab tu malaysia tidak boleh membenarkan warga myanmar dan rohingya bertapak di malaysia...walaupun ...

Sangat betul dik.. akak sangat2 setuju..  akak sangat berharap kalau dapat pemimpin negara boleh ubah policy jadi macam kanada... nak masuk dan jadi warganegara mereka ... kena interview dan cukup kewangan.  Baru bleh jadi wrga mereka ..
Quote zeed 19-8-2016 01:39 PM
arasham replied at 19-8-2016 01:26 PM
Penyebabnya p cikberbini empat berhutangkan? Kalau mampu berpoligami awat berhutang- piutang sampa ...

Bkn pakcik norsham hutang..menantu rohingya dia..culik adik edrus sbb nk suruh pakcik norsham byr wang tebusan seterusnya jelaskan htg made hamid pada org lain..
Quote MsKathryn 19-8-2016 01:59 PM
Muka macam bangla

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061143 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top