Oleh Izzah Abbasy
Kegembiraan pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar tragedi di Gaziantep, Ankara Turki. Sekurang-kurangnya 50 maut dan 94 lagi cedera dalam serangan bom lewat Sabtu malam pada satu majlis perkahwinan di bandar itu. Angka itu meningkat daripada jumlah awal sebanyak 22 dan kemudiannya 30 kematian sebelum ini. Letupan yang berlaku secara tiba tiba menyebabkan beberapa tetamu majlis cedera. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Lokasi serangan berhampiran sempadan Syria. Sementara itu, pemimpin tempatan, Mehmet Erdogan pula melaporkan pengebom bunuh diri bertanggungjawab meletupkan bom tersebut. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa, seorang pengebom bunuh diri berusia sekitar 12 hingga 14 telah bertanggungjawab ke atas serangan bom pada satu majlis perkahwinan di bandar Gaziantep itu. "Letupan itu adalah hasil daripada seorang pengebom bunuh diri yang berusia antara 12 hingga 14 yang sama ada diletupkan sendiri atau diletupkan orang lain," kata Erdogan pada sidang media di Istanbul pada Ahad. Erdogan mendakwa kumpulan pengganas Daish dipercayai menjadi dalang utama serangan bom yang menyasarkan majlis keramaian yang dihadiri ramai tetamu daripada bangsa Kurdi. - CARI Sumber : Astro Awani |
16
Bagus |
31
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 22-8-2016 11:21 AM
Ugama apa sis?
Takziah semoga dicucuri rahmat.
ADVERTISEMENT