Oleh : TS LOO Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona serba baharu ini adalah generasi ke-2 Persona. Proton Persona serba baharu ini dikuasakan dengan enjin VVT 1.6L dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L/100km. Proton Persona yang baru saja dilancarkan siang tadi tampil dengan reka bentuk berintegrasi dinamik dan anggun sekali gus menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan serta mengutamakan ciri-ciri keselamatan. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Ianya ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard (MT dan AT), Executive dan Premium (dengan atau tanpa bodykit). Senarai harga untuk setiap varian adalah seperti berikut : 1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic) 1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic) 1.6 Executive CVT– RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic) 1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic) Persona baharu ini mungkin kelihatan kecil, tetapi but belakang sedan ini mencatatkan kapasiti 510 liter, berbanding generasi sebelum ini yang hanya mempunyai but berkapasiti 470 liter. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan nisbah 60:40 bagi memberikan ruang yang lebih untuk mengangkat barang. Untuk sistem keselamatan, kesemua varian Persona dilengkapi dengan sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HHA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Varian Standard dan Executive dilengkapi dengan dua beg udara manakala varian Premium menerima enam beg udara. Dengan kesemua ciri ini, kesemua varian Proton Persona 2016 menerima penarafan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) lima bintang.- CARI |
12
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
17
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 23-8-2016 07:43 PM
Akak dah gi showroom tadi, & surprisingly boot persona ni besar gila dekkk.. Kalo nak buat projek se ...
barfi replied at 23-8-2016 06:57 PM
Nampak better than bezza
kelapaparut replied at 23-8-2016 08:20 PM
Sorry to say, iols tgk wheel dia yg kecik mcm proton saga blm, mmg iols turn off
Burukla buat tay ...
pearl.silver replied at 23-8-2016 10:41 AM
Eh bontot dia....mcm ford sikit..
cmf_premierleag replied at 23-8-2016 08:14 PM
Semoga arwah peyno ditempatkan dikalangan org2 beriman
Al Fatihah
kivio replied at 23-8-2016 11:43 PM
haa betul betul!!
i baru nak luah tadi..
buruk neraka lah tayar haluih tu..
ADVERTISEMENT